Friday, March 5, 2010

Panas exam.


Selamat pagi. Pagi Jumaat ni berseri-seri muka kau dengan gigi tak gosoknya, dengan tahi mata slebet sana sini, air liur basi pun meleleh, gigih menghadap laptop kan? Ke semua tengah tidur lagi ni? Hoho.

Tengok macam aku. Bangun pagi. Haha ok tipu. Bangun jadahnya tidur pun tidak. Semalam tidur kejap tapi tetiba ada budak datang kacau aku cium pipi, leher, telinga, dada segala sampai aku terbangun. Fuuhh! Mimpi rupanya. Nasib tak baik. Haha!  Terus bangun sambung baca facebook nota!

Pagi ni aku ada exam. Exam Ekonomi Pembangunan. Dah gigih dah baca nota yang ada pada aku ni. Harap-harap keluarlah segala yang aku baca ni yer? Kalau tak keluar, aku yang keluar awal dari bilik pensyarah tu nanti. Haaa hebat tak? Exam dalam bilik pensyarah. Sorang-sorang ok! 

Exam sorang-soranglah dah haritu diorang pergi exam, aku pergi test JPJ. Dah kena duduk exam khas kan? Pandai kan? Seronok kan? Nanti tak tau apa, nak tiru sape kan? Haiyo kantoilah selalu meniru kan? Huhu.

Haaa lupa. Asalnya nak cakap pasal cuaca panas sekarang ni. Haiyo apsal panas bukan main sekarang ni? Beruap-ruap rasanya. Nak nak time petang. Pergh!! Terbaik. Tambah lagi aku ni miskin tak kaya mana nak ada kereta. Naik Tenggiling je. Lagilah rentung. Muka dulu macam Usher, sekarang dah macam Beyonce. Hmmm redha jer.

 
Ini namanya Usher.

 
Ini namanya Beyonce.
 

Duduk kat bilik pun. Haish kipas dah pasang nombor 5. Dah bukak baju. Panas lagi. Bukak seluar. Panas jugak. Bukak semua. Masih panas! Huyoh huyoh! Mana nak lari ni? Lepas ni mintak pihak kolej letak aircond seketui dalam bilik ni boleh?

 
See?!
 

Nak taknak ni la namanya dugaan. Tuhan baru bagi panas macam ni kat dunia. Panas kat sana nanti? MasyaAllah. Tak mampu eden nak ceritakan.

Oklah motif sangat aku nak ceramah pepagi ni. Baik aku siap-siap pergi exam. Lagi style. Doakan aku ok! Cau cin cau!~

Nota panas : Kalau bilik pensyarah tu takde aircond, dah lama aku pergi exam pakai boxer je. Hehe!

6 comments:

Munirah Zainuddin said...

haha.good luck weyh.selamat melepas sgla bom dan peluru.

bulat said...

g clas pkai boxer..style 2..br nmpk ckit tutt..hehe
alaa..pns ckit dah xthn..cm ner nk jadik mnsia yg pyabar..huhu

i'm shin... i'm inesen said...

xde gambo ker masa bukak semua tu?? hmm meh tepek sini.. x pon.. sent pvt kat email... ngee~

anyway... selamat memecahkan kepala hotak..

et said...

errr.ape beza warne kulit usher dgn beyonce?

angahpikah said...

gud luck! semart gila penulisan. Kagum

Monkey D Luffy said...

berendam ler kat sungai
bogel2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...