Bila aku teliti balik. Memang update blog dengan exam ni ada kaitan. Macam hukum asas ekonomi pulak bila harga sesuatu barang tu naik, permintaan terhadap barang tu akan menurun. Begitulah sebaliknya.
Tapi kalau kaitan antara exam dan update blog pulak. Bila semakin dekat dengan exam, semakin rancak aku update blog. Bila dah habis exam, malas nak update blog. Wahaha.
Exam dah habis. Merdeka lambat sikit pun takpe janji orang lain ada lagi yang terkontang - kanting duk betungkus lumus struggle sebab ada exam lagi. Maksudnya diorang lagi lewat habis exam. Padan muka.
Esok malam gerak ke Perlis. Ada kerja sikit. Huhu cakap pasal Perlis teringat kenangan belajar kat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Serius terbaik! Kawan-kawan dari matrik. Cara belajar kat matrik. Outing kena bawak buku. Jauh gila babi dari rumah. Bayangkan 9 hingga 11 jam naik bas dari Kuantan ke Perlis. Tak kematu ke bontot duduk dalam bas je? Huhu. Tak lupa nasi kandar Perlis. Waaa! Sumpah teringat. Rindu!
Walaupun Perlis tu sekangkang hanjeng kera je. Tapi kenangan kat sana sekangkang naga kau tau? Haha. Macam mana keadaan Matrik Perlis sekarang? Tasik kat dalam tu hodoh berlumut lagi ke? Cendol kat kedai luar tempat kita lepak-lepak hujung minggu tu sedap lagi tak? Cendol pulut. ABC Aiskrim. Buat aku sewel. Hooyeah!
OK cukup-cukup saja nak merepek sekejap. Kawan-kawan yang aku tak sayang, doakan aku selamat pergi and balik Perlis ok. Dan Doakan jugak segala urusan aku dan kawan-kawan yang pergi esok senang-senang mudah-mudah sahaja. INSYAALLAH. Sayang korang lebih.
Nota Perlis : Malas nak cari gambar. Dan malas nak itu. Malas nak ini. MALAS! Paham tak MALAS?! (ops teremosi jap) haha
8 comments:
gonna miss u topex ;(
aku doakan ko slmt pegi n balik....
so sila bawa balik ole2 utk aku....
nak ikot
aku terasa
aku hbs exam lmbt
tp xpe
xkisah pon
da dpt exam hbs lmbt
xkn aku nk meroyan lak kan
hihi
laksa utagha la plg bez
ahahahhaha
kuah mau pekat...
Bagus jugak teori ekonomi you tu...hmm...
ko ex kmp ker??
ak pon dlu study sne gak. masuk batch 2008. :p
weh~ topek kotak.. jom g kmp.. ahhahahah.. *gurau2*
Post a Comment