Saturday, February 6, 2010

Lagu lama dikongsi-kongsi | Couple - Pergi


Takde apa yang speSIAL pasal belajar memandu tadi. Cuma dah pandai dah main naik bukit turun bukit. Kahkah lambatnya aku. Parking & tiga penjuru pun dah boleh buat sambil pejam mata. Kalau bukak mata jadi gagap sikit. Hehe..



Sambil-sambil tunggu giliran belajar memandu tadi, layan layan mp3 dalam handphone kesayangan ni. Terdengar la lagu lama ni. Nyanyian Couple. Tajuk Pergi. Layan jugak. So sajalah niat nak kongsi kat semua. Layan ok! :)



Couple - Pergi.







Lirik : Couple - Pergi.


Pergi
Jangan kembali
Sampai sini saja
Kita berdua
Aku tak mampu lagi
Jadi sang penyiksa
Yang juga disiksa

Sampai nanti bertemu lagi
Tak usah diingat kembali
Menambahkan derita hati
Pergi…


(Lirik dia memang sikit tu je. Jangan salahkan aku!)

Nak download gak ke? Ok nah! Nah!


"Aku tak mampu lagi, Jadi sang penyiksa, Yang juga disiksa"

Bagi aku, dah kalau sesuatu benda, sesuatu perkara, sesuatu hubungan yang pada mulanya hendak dijanjikan dengan sepenuh komitmen dan usaha berkekalan.. Biar kita pastikan dulu benda yang dijanjikan tu memang akan kita buat. Memang akan kita tunaikan. Kalau sekadar cakap manis di awal hubungan, baik jangan. Biasalah. Adat orang bercinta kita dengar pada awalnya Walaahh! Memang takde yang tak bahagia melainkan yang bahagia-bahagia sahaja. Ya. SAHAJA ok.

Tapi banyak jugak yang kita dengar. Bila dah sampai suku, setengah atau dekat-dekat sangat dah dengan penamat.. Boom! Janji nak bagi komitmen hilang kemana. Janji nak bagi usaha biar berkekalan pun dah mula lupa. Tulah.. Jangan janji kalau tak sanggup nak tunaikan. Jangan jugak janji kalau tak boleh nak berkorban.

Ok kalau dah tak sanggup nak berkorban, tak sanggup nak tunaikan janji.. Kita terus kepada lagu ni. PERGI. Biar selesaikan cepat-cepat. Sebab nanti takut tak mampu nak tahan. JADI SANG PENYIKSA YANG JUGA DISIKSA. Ah kira dah sama-sama tak sukalah kiranya. Terus je PERGI JANGAN KEMBALI. Huhu~!

Nota Pergi : Pernah dengar kawan cakap "Aku kalau dah berak, tak jilat balik". Erk! Aku rasa sepatutnya "Dah ludah tak jilat balik". Exotic siot mamat ni! Huhu!

4 comments:

Anonymous said...

owh owh inspirasi byk lagu ni..suatu ketika dahulu la ;)

Unknown said...

owh..thanks buat entry ni..sekarang aku dah tacing sorang2 sebab lagu ni pun pernah bagi makna yang mendalam kat aku..hurmmm..

et said...

haha.sape nk jilat blk taik sdr? haizzz.

Nurul Saadah Tumiran said...

ko ckp mcm dh pernh je bercinta ek...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...