Saturday, March 6, 2010

Konsert, junior dan senior.


Salam malam semua. Bahagia tak hari ni? Jangan sedih-sedih sebab muka kau kalau sedih saling tak tumpah macam siput sedut. So jangan sedih-sedih, senyum je biar muka tak nampak macam siput sedut tapi macam siput babi tak sedut. Ok?

 
Ini namanya siput sedut ya adik-adik! Jom seduttt~ *ops 


 
Ini namanya babi. Dia senyum pun kita tetap panggil dia babi. Ye! Babi!


  
Hasil gabungan siput sedut dan babi maka terhasillah Siput Babi.. Kan?

Ok sekarang untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, aku kan dah 2nd year kat sini. Kat mana? Kat UKMalaysia ni. Mai mai datang jenguk aku. So kiranya dalam kehidupan sebagai pelajar tahun 2 ni, aku dah ada junior iaitu bebudak 1st year. Dalam masa sama aku masih memegang title junior kepada 3rd year, 4th year, 5th year and 6 or 7 or 8th year. Ops. Lamanya duk UKmalaysia, amek kos apa ya? Gurau.

Ok lupakan. Siapa nak kesah aku ada junior ke aku ade senior ke kan? Yang aku nak cerita sebenarnya pasal apa yang dah aku lalui masa aku bergelar pelajar tahun satu dan masa aku bergelar pelajar tahun dua sekarang. Takdelah nak cerita semua. Kalau cerita semua boleh muntah darah pulak korang baca.

Dulu kala, masa 1st year, aku.. Aku je? Ok silap. Kami.. Kami antara yang paling rajin ke program-program kolej yang ada. Macam sekarang ni la ada macam-macam program kolej. Biasanya yang kami selalu pergi yang suka-suka je. Yang lompat sana sini yang terpekik sana sini yang bikin banyak dosa tu. Hiburan. Ala program yang jemput artis sana sini datang tu. Macam konsert la konon, padahal takdelah konsert mana pun. Tapi bila tengok ada artis itu ini datang, pergh semangat gila nak gi tengok. Yelah masa tu 1st year.

Sekarang. 2nd year. Hmmm artis ke, bapak artis ke, mak artis ke, nenek datuk moyang artis ke.. Tak kesah la artis mana sekalipun. Semangat nak pergi tengok? Haram takde langsung! Haha semua dah bikin kisah sendiri. Dah pandai bawak diri la konon. Hoho. Tengoklah hari ni dengar cerita ada Amylea, Couple, etc etc datang untuk buat persembahan. Pelajar 1st year aku tengok bukan main gi tengok ni. Yang kami ni, ramai yang terperuk dalam bilik,  ramai yang melepak kat luar, ada jugak yang study kat library. Ops! Ada ke?

Ok untuk adik-adik pelajar 1st year, selagi korang ada peluang merasa seronok dengan segala macam ragam program yang ada kat Universiti ni, korang teruskanlah. Korang sekarang tengah akrab berkawan. Teruskan. Sebab nanti korang akan mengalami perubahan besar bila dah naik 2nd year. Kawan-kawan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. So lepas ni jangan lupa jaga hubungan. Jangan nanti naik 2nd year, kawan-kawan yang sama-sama headbanging dengan korang tu hilang tetiba.. 

Enjoy ok! ;)

Nota konsert : Babi dan siput tak boleh kahwin. Jangan korang ambik serius pulak!

4 comments:

Anonymous said...

aku macam nampak ko je td kat couple td tu..

Unknown said...

haha
setuju beb
2nd year mase dihabiskan dlm bilik, takpon meronggeng ke lua.
xdenye dlm ukm dah
hhuhuuh

et said...

ukm? bangi eh?

Anonymous said...

bila dah senior semua malas kan
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...