Thursday, June 17, 2010

GELI lah! (GLEE) - Faithfully.


Baik. Update pun sebulan 4 kali, ada hati nak bikin blog glamour konon.

Apa sajalah. Cuma nak korang dengar lagu ni. Macam best. Ermmm dan macam seronok. Barangkali. Ah nak cakap aku paham semua bait-bait lirik ini memang tidaklah. Cuma macam terpesona dengan sebaris lirik dalam lagu ini. Baris mana? Lirik mana? Jom dengar dulu.

Glee - Sneak Peek Season Finale Performance "Faithfully"

Ahah. Liriknya adalah sekadar baris yang diulang-ulang itu. Iaitu...

"i'm forever yours.. Faithfully"


Ya. Semua pun dah berakhir sekarang. Kita dah bawa haluan sendiri. Kau ada kehidupan kau sendiri sekarang. Dan aku bukan sebahagian daripada itu. Ya. Aku tahu kau gembira. Bergelak ketawa. Dan aku bukan sebahagian daripada itu. Ya. Aku bangga. Kerana apa yang aku inginkan adalah kebahagian kau. Ah tak kisahlah aku ada ke aku tak ada ke dalam kebahagian kau tu. Janji kau bahagia la. Hah cepatlah jerit "Hip! Hip! Hooray!" Hoho.

Jangan risau. Aku pun dah ada kehidupan aku sekarang. Hah, aku pun tengah senyum, bergelak ketawa. Bertepuk bertampar. Dan kau bukan sebahagian daripada ini. Tapi, jauhhhhhhhhhhhhh... Jauh dalam hati ni, aku masih memeluk kau erat dalam hati aku. Dalam degup jantung aku ni hah. Oh jiwangnya. Nak muntah wek wek!

Semua kerana...

Tutttttttttt, I am yours faithfully.

*Cepat! Nak muntah hijau!! Geli (Glee) - Lah! 

Nota Geli-Geli - Kau dah lain. Dah bertambah market. Dah bertambah cantik. Kau dah jauh maju ke depan. ;)

2 comments:

Frodo Baggins said...

tp lu masih ada wa kan??
nah KY Jelly

Rara said...

Wahh,jiwang pulak tibe2.hehe. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...