Sunday, June 27, 2010

i - city | Peta | Gambar.


Assalamualaikum. Korang tahu i-city? Tak tahu ini serba sedikit pasal i-city (klik).

Korang pernah pergi i-city? Hari tu aku teringin nak sampai sini sebab aku tengok gambar kawan-kawan aku yang pergi sini semua cambest je. Lampu sana sini. Meriah la orang kata. Sebab tu keluar entri teringin ni. Tak lama lepas aku buat entri tu, sampai lah aku kat sana. Seronok.

Baru-baru ni aku pergi lagi i-city. Wah dah ada pembaharuan. Bagus. Shah Alam dah ada tempat menarik la kiranya. Boleh tarik ramai orang. Tak jauh pun dari Uitm Shah Alam.

Nah ni peta..



Klik-lah ia untuk tumbesaran.. ;)

Nak peta lebih-lebih sila google sendiri. Heheh! ;)

First time pergi, aku tengok lot lot kedai kat situ macam terbiar. Peliklah kenapa tempat macam tu, tapi lot-lot kedai dia kosong je. Mungkin masa first time aku pergi tu, i-city ni masih dikira baru dan ramai yang tak tahu lagi. Biasalah kot.

Kali kedua aku pergi, diorang dah tambah macam-macam. Macam-macam ada. Ada Dinosaur (Aku eja betul kan?). Ada harimau. Ada gajah. Ada kuda. Ada zifarah. Ok silap. Ada zirafah. Ada rama-rama. Ada ulat bulu. Tupai. Katak. Belalang. Burung. Ah macam-macam ada! Tapi bukan yang betul la. Patung-patung je. Tapi oklah. Pokok-pokok lampu pun dah ada penambahan.

Ada orang jual-jual dah macam downtown aku tengok. Korang nak beli tanduk bercahaya? Patung bercahaya? Pedang? Perisai? Bola? Ah macam-macam ada. Kedai makan pun ada.

Ni gambar masa aku pergi kali kedua baru-baru ni. Jangan kutuk gambar aku. Hodoh pun tetap nak letak. Handphone aku 3.2 MP je. Kalau nak gambar lagi cantik nanti korang belanja aku handphone canggih-manggih ye? ;)

Jangan muntah tengok gambar banyak-banyak-banyak-banyak ni. :P

Semua gambar sila-lah klik untuk tumbesaran.

Muntah tak tengok gambar banyak sangat? Ok bolehlah lepas ni korang pergi i-city. Bagi yang belum pergi, silalah pergi. Tengok-tengok. Yang dah pernah pergi, boleh lah pergi lagi. Tengok pembaharuan.

Lupa nak bagitahu, sekarang diorang letak skrin besar kat sana. Ada 3 or 4 lebih kurang. Ramai datang tengok world cup. Seronok.

Sekarang parking kereta dah berbayar. Isnin - Jumaat RM1. Sabtu & Ahad RM2. Kalau tak silap la. Sesak sikit.

Nota i-city : Dua kali aku pergi, dua kali aku sesat. Aku memang susah ingat jalan la *SIGH*



7 comments:

Anonymous said...

cantik!gambar kat situ..=)

Adam Raqie said...

jom reramai blogger gathering kt cni.. hehehe.. umah aku kt flat bwh i-city jerk..wakaka...

maya said...

ok. gamba2 tu cantik. *mst ko melambung2 kan. :PP

Unknown said...

mmg meluat
(pdhal jeles sbb x gi lagi)

ninie said...

bile i-city ni wujud?

ILA HonEyBuNNy said...

bestnya.....cntk2 kn..

dacron said...

bolehlah..kire ade gak pembaharuan kat shah alam tue kan..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...