Friday, August 13, 2010

Cik Sitio | SE Satio | Gaji Banci.


ASSALAMUALAIKUM WBT. Selamat menjalani ibadah puasa semua. Bagi yang tak boleh puasa. Pergi makan jauh-jauh. Kalau boleh pergi makan dalam gua ke, bawah jambatan ke, dalam jamban ke. Janji jangan makan depan aku. Nanti aku lempang! Oh emosi pulak tiba-tiba. Ceh!

Perkenalkan kekasih baru tempat aku melepaskan nafsu membelai dan menggosok. Cik Sitio! Ya. Nama kepada telefon bimbit terbaru, selepas kes kehilangan SE C510 baru-baru ini. Cik sitio adalah sejenis kambing berkaki empat bertanduk dua telefon bimbit Sony Erricsson Satio. Warna merah semestinya. Warna kegemaran. Ya, aku tahu. Aku tahu merah itu berahi. Wops!

Tenet tenet tenet!!! *Bunyi macam dalam tv tu..

Setakat ini masih terkial-kial macam mana nak guna menatang Cik Sitio ni. Puas godek sana sini. Belajar sikit-sikit lama-lama jadi sakit. Sakit otak. Cis memang sakit otak pakai handphone ni. Aku dahlah buta IT. Nak godek mana pun tak tahu. Takpe. Slow & Steady. Steady, bukan Steado. Steado tu nama menatang Guinea Pig yang aku bela. Dan Steado bukanlah Dildo. Sekian..

Eh! Eh! Censored pulak dia! Aku nak letak gambar Dildo je pun... Ishhhhhhh!

Motif utama beli sebab kamera dia 12MP. Yelah, nak beli DSLR aku ni bukan tahu apa pun. Minat tu memang minat. Tapi rasanya tak banyak sangat aku guna nanti. So aku ambil keputusan beli Cik Sitio ni tambahan pulak telefon bimbit lama hilang meninggalkan aku. Derhaka betul handphone tu. Pergi ikut jantan mana ntah tak balik-balik! Ceh!

So kira pakej la. Boleh ambik gambar sikit-sikit. Boleh borak-borak. Boleh internet. Boleh blah! Nah sikit gambar dari Cik Sitio. Ceh.. *Apsal banyak 'ceh' entri kali ni?*



Klik gambar sesuka hati untuk tumbesaran sesuka mati. :P

Beli pun sebab aku dah rancang awal-awal. Dalam perancangannya beli Cik Sitio sebab nanti pasal duit belanja, gaji banci aku boleh backup-kan. Sekali sampai hari ni gaji belum masuk. Tadi baca blog EnCik Bedah, beliau cakap gaji banci beliau dah masuk. Huh! Gaji aku apa pasal tak masuk lagi? Marah ni! *Buat muka marah, hidong kembang, pipi merah, dahi berkerut* 

Marah ni!

Takpe, masih boleh bersabar. Sebab puasa. Ceh.. *Oh, 'ceh' lagi!*

Nota 'ceh' : Bila orang tanya "Handphone baru ke?". Aku jawab "A'ah, baru. Baru nak buruk".. ;)

14 comments:

maya said...

ohoh. kalah camera aku. camera aku 8MP je.

Taufik Jusoh said...

@maya

hoho tapi camera digital dengan camera handphone lain lah. apalah yang ada pada megapixel.

Anonymous said...

hahahaaha
tahniah2
aku xmmpu nk beli dslr
apa lg hp yg ad mp besar
hihihi

i'm shin... i'm inesen said...

beshnyerrrrrr... nak! nak! nak 2 boleh?

Hellioz said...

jeles btol gwa...
sume org ade fon baru...
cesz....

gyahahhhhahahh~

Taufik Jusoh said...

@Ain Suka Biru
Hahah! Tapi ko pandai guna DSLR kira up la tu!

One more thing, apalh yang ada pada MP.. :P

Taufik Jusoh said...

@i'm shin... i'm inesen
Nak dua? Aku pun ada satu je. Heh~

Taufik Jusoh said...

@hellioz
Hahah! Kau bila lagi? Bhahaha.

AfiQ said...

ko memang blogger terbaik!!! hahaha.. klaka la post2 ko nieh.. =D

Mohd K. Anuar said...

jangan lupa lock pintu, kalau tak aku nak rembat ini malam juga. muahaha~

Cahaya Yang Riang Gembira said...

okeyhhhhh.. itu sangatlah besar pixelnya.. tapi ye.. gmbar bukan skadar pixel tapi seni.. cewaaahhhh.. dan nmpknya tuan blog pn berseni jugee.. :)

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

weyhhh...
cantik gambar kau snap pakai menatang tu..tak payah beli dslr pun tak pe..

ielamorry.om said...

wah cantiklah~~~ berapa tu eh skrg. mcm nak beli jugak la :)

izansalleh® said...

topex, amek gambar aku...
HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...