Sunday, October 3, 2010

Highslide Javascript Image | Zoom gambar dalam blog!


Ok berkenaan entri aku yang lepas. (Yang ini) ada yang tanya aku macam mana nak buat zoom gambar dalam blog? Ada yang tanya guna plugin apa untuk zoom gambar? Dan macam macam soalan lagi.

Ok sebenarnya benda (Benda?) tu dipanggil Highslide Javascript Image. Highslide Javascript Image ni memudahkan korang untuk tengok dengan lebih jelas (Dengan lebih besar lagi!) gambar yang ada dalam entri entri dalam blog yang ada guna Highslide Javascript Image ni. Senang macam mana? Senang dengan satu klik je pada gambar yang ada, korang boleh zoom gambar tu. Ada faham tak? Heheh.

Contoh gambar bawah ni. Cuba klik?

Hodohlah pulak Babi Guinea Pig ni!

Haaaaaaaaa.. Senang kan? Tak caya pergi klik gambar dalam entri blog lain yang tak pasang benda ni. Lain kan?

Lagi satu, kalau korang guna Highslide Javascript Image ni, nanti korang boleh tengok gambar gambar yang ada dalam entri (Yang banyak gambar) macam tengok slide. Just tekan je button arrow pada keyboard korang.

Contoh kita try tengok gambar-gambar kat bawah ni. Cuba klik satu gambar. Bila dia dah zoom, jangan klik lagi sekali! Korang guna button arrow pada keyboard korang. Tekan button arrow down (Kebawah!)..



Haaa betul la kiranya macam slide lah tu. Hahah. Kan?

Ok cukup untuk kebaikan korang guna Highslide Javascript Image ni. Sekarang kita cerita pasal keburukan dia pulak.

First, hanya file (Gambar) format JPG sahaja yang boleh di-zoom kan. Kalau format PNG, GIF dan sebagainya KIRIM SALAM banyak-banyak sebab memang tak boleh. HAHA

Second, bila dah gambar format JPG je yang boleh, maknanya nanti kalau korang BANYAK SANGAT letak gambar format JPG dalam blog, blog korang akan jadi berat. Maksudnya masalah lah nak loading blog korang. Tunggu dalam 80 hari 80 jam pun tak boleh buka lagi. Ok tipu! Takdelah lama sangat. Lama sikit sikit je. Agaknya. Agaknyalah~ HAHA.

Blog aku pun dah macam lembab ni sebab banyak sangat letak gambar format JPG. Sebelum aku guna Highslide Javascript Image lagi dah~

Ok cukup bab kelemahan Highslide Javascript Image ni. Seterusnya cara pasang dia pulak...

1. Korang buka browser korang. Tak kisahlah Google Chrome ke, Mozilla Firefox ke, Internet Explorer ke, Opera ke. Ke ke ke ke. 

2. Korang pergi kat sini (Sila Klik).

3. Lepas tu korang ikut je lah step kat sana! HAHAHA.

4. Jangan maki aku pulak! Aku mana reti nak buat tutorial pasal blog ni. So kat sana korang boleh tanya owner blog tu sendiri. Sebab aku pun copy dari sana! HAHA

Ok sekian sahaja. Khas buat Neo, terima kasih untuk tutorial anda. Kira ini kredit untuk kau lah eh. Terima kasih daun keladi lain kali ada tutorial kau aku nak cuba lagi! HAHA ;)

Nota Higslide Javascript Image: Thanks Devianart atas gambar-gambar babi Guinea Pig yang stylo comel gila tuh!

Nota Zoom Photo: Esok gua akan ke Banting. Teman Saidah Sumaiyah beli Guinea Pig. Semakin hari gua semakin excited dengan binatang bernama Guinea Pig ni! Sebab tu macam dah tak ada gambar lain nak letak dalam blog ni! HAHA

2 comments:

neo.. said...

Thanks for the credit :)

Suehaily Mohd Jiwa said...

aku baru nak tanye.ok tengs topex!
lama x jumpa kau kat ukm ni,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...