Saturday, October 30, 2010

Kelantan menang 2-1 | Piala Malaysia 2010.


Dan itu dia akhirnya. Segala persoalan, taruhan dan pertelingkahan terjawab. TAHNIAH Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.


Walaupun padang dihias botol air mineral, namun Negeri Sembilan masih memberi saingan yang baik apabila mendahului Kelantan 1-0 pada separuh masa pertama. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Sharuain melalui sepakan penalti.


Kecederaan Aidil selaku Kapten Pasukan Negeri Sembilan membawa kepada kegoyahan pasukan itu sendiri yang kemudiannya membuka peluang kepada Pasukan Kelantan.



Masuk separuh masa kedua, Kelantan bangkit menjaringkan 2 gol sekaligus menjuarai Piala Malaysia 2010. Gol pertama Pasukan adalah hasil jaringan Hairuddin Omar melalui tadukan gaya Atromen Taro. HAHA. Manakala gol kedua menyusul 8 minit kemudian melalui Radhi Omar setelah menerima hantaran perkahwinan dari Indra Putra. Oh boleh jadi pengulas tak aku ni? HAHA. Ringkas dan tak padat!



Tahniah juga kepada Hairuddin Omar kerana dinobatkan sebagai pemain pilihan bagi perlawanan akhir. Tak lupa Tahniah kepada Badri Radhi kerana dinobat sebagai penjaring gol tercantik pilihan media. Syukur Alhamdulillah tiada upacara pembakaran berlaku tahun ini. HAHA.



Nota Piala Malaysia 2010: Yeah! *erkkk?

6 comments:

Nctrnl said...

upacara pembakaran? Haha
hancur stadium.

Taufik Jusoh said...

@annelida,
Itulah pasal nasib baik tak ada upacara pembakaran kan? :P

CallMe-NW said...

gaya bahasa tu kne betol sikit
*kang x pasal2 blog terbakar*
lain kalipon biar klntn menang.bru xde perkara yg x diingini.

Taufik Jusoh said...

@cik wawa,
Adeh marah pulak dia. Sorry. Huhu.

p/s: nak pinjam kain? mana? mana? :P

diba said...

org kate bukn sy..skali klantan menang gya cm menang world cup...opss..he

Taufik Jusoh said...

@diba,
meriah gila tadi stadium penuh warna merah!!! hoho. *cheah aku cakap macam aku pergi je. padahal tengok kat mamak je :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...