Tuesday, November 16, 2010

Gigi geraham bongsu.


Marilah hari ini kita selidik mengenai gigi geraham busuk. Eh silap. Gigi geraham bongsu sebenarnya. Aku tertarik nak selidik pasal gigi geraham bongsu ni sebab kawan aku Si Zubed Zidane tengah menangis terkangkang-kangkang sebab gigi geraham busuk bongsu beliau sedang tumbuh. Kesian.


Ok gigi geraham bongsu ni adalah gigi geraham terakhir yang akan tumbuh dalam mulut busuk korang. Hehe. Manusia normal biasanya mempunyai empat gigi geraham bongsu. Dua di bahagian atas, dua lagi di bahagian bawah. Kalau korang tak normal mungkin empat belas di bahagian atas. Tujuh belas di bahagian bawah barangkali. Kalau terjadi kes sampai berbelas-belas gigi geraham tumbuh macam ni, pergilah jumpa doktor. Jangan biar dia jadi berpuluh-puluh. Nanti nak tutup mulut pun payah.

Third Molar (Wisdom Tooth) - Gigi busuk bongsu.

Jangan ada kes terlebih gigi bongsu sampai tak boleh tutup mulut!



Biasanya gigi geraham bongsu akan tumbuh semasa lingkungan umur kita 18 hingga 25 tahun. Ada juga yang tumbuh lebih awal atau terlewat sikit. Kalau ada nenek kita yang belum tumbuh gigi geraham bongsu aku tak tahulah. Pun kena jumpa doktor barangkali.

Haa, nenek baru tumbuh gigi terus jadi model colgate.



Gigi geraham bongsu atas biasanya tak bawak banyak masalah. TETAPI, gigi geraham bongsu bawah biasanya cukup membawa masalah. Kes ni la agaknya bila ada orang yang nak tumbuh gigi geraham bongsu bawah akan menangis terkang-kangkang macam kes Zubed Zidane ni! Kenapa terjadinya sakit-sakit ni? Sebab, gigi geraham bongsu bawah korang tu tidak cukup tempat untuk keluar. Tempat gigi geraham bongsu bawah korang tu dah di ambik oleh abang & kakaknya. Kesian.



Bila tak cukup tempat untuk keluar, gigi geraham bongsu tu akan terbenam atau keluar mencondong. Nak taknak dia tetap nak keluar jugak. Condong pun condonglah! Haa. Kalau tak bagi dia keluar nanti dia terbenam sambil tolak-tolak gusi korang. Bila tolak-tolak gusi, nanti korang sakit. Nak makan benda keras tak boleh. Nak makan benda rangup tak boleh. Makan bubur mcD je lah kan> Eh ni macam kes Zubed Zidane je?! HAHA. Jangan marah aa.

1. Gigi geraham bongsu terbenam.
2. Gigi geraham bongsu tumbuh mencondong.



Ini bukan kes tipu ya. Kalau gigi geraham bongsu ni tumbuh & menyakitkan pesakit, nanti mulut pesakit tu akan busuk. Bukan sebab pesakit tak gosok gigi, tetapi sebab pesakit sukar untuk menggosok bahagian gusi tempat gigi bongsu tu nak tumbuh. Jadi, ini akan menyebabkan makannan terkumpul di situ & apa jadi? BUSUKLAH!

Nampak tak tahap condong gigi ni sampai melintang?



Ok, kat sini ada dua cadangan secara perubatan doktor. Kalau bertukun bertabib berjampi serapah & berubat-ubatan kampung aku tak tau pulak. 



Kalau gigi geraham bongsu tu tumbuh elok & kedudukan dia boleh dikira memuaskan, tetapi ada gusi kat bahagian tepi gigi tu tumbuh & menyakitkan korang bila korang nak kunyah apa-apa, boleh potong gusi yang senang tumbuh membengkak tu. Jangan potong sendiri! Biar aku potongkan! Haish! Pergi hospital la potong gusi tu! Tapi, gusi tu mungkin akan tumbuh balik. Lepas tu sakit balik. Haaa.

Lagi gambar gigi geraham bongsu tumbuh mencondong.



So cadangan keduanya, cabut je gigi geraham bongsu tu! Habis cerita.

Tada! Dah siap bedah! Ok seram pulak aih!~



Ini aku cerita bagi yang ada masalah bila gigi geraham bongsu tumbuh. Ada jugak yang tumbuh elok duk ada je. Tak sakit pun. Haaa. Tapi kan, aku dulu rasanya ada jugak kes sakit ni, tapi tak lama pun. Sekejap je. Lepas tu baik, sihat sejahtera & hensem sahaja. Sekian.



Nota gigi geraham busuk: Jangan makan panadol selalu konon nak hilangkan sakit ni. Tak elok kot panadol tu! Serius!

11 comments:

Anonymous said...

selain cabut
ada jugak yang perlu buat minor surgery macam aku
sbb gigi geraham bungsu aku tertindih
tak ley nak buang cara cabut biasa sebab takot patah..
so maka nya kene wat operation kecil...
kalau tak buat, sakit tak hilang pulak.
haha
tu je info dr aku mengikot pengalaman

Taufik Jusoh said...

@ain suka biru, yeah! thanks for the info! :D

Get well soon yaw~

Si Sejuk said...

huhuh.. seram je tengok. Tapi cmne nak tau gigi bongsu dah tumbuh blom. Sbb mcm xpenah alami rasa sakit pun. Ke gigi bongsu aku tak nak tumbuh2? Ke dia curi2 tumbuh?

Shahada Fauzi said...

aku baru nak tanye..tapi angahpikah dah tanye dulu..hehe..

haa..jawab la weh cmne..aku nak tahu jugak..aku was2 pulak aku ni dah tumbuh ke belum gg bongsu tu..kah3..

Taufik Jusoh said...

hahaha weh korang nih. kan dah cakap ada 4 gigi bongsu. cuba check ada tak? ikut gambar tu. 2 atas, 2 bawah.

- zuriey - said...

lama dah tak cek gigi..nenek jadi model gigi tue memang tak leh blah..huhu

bedah said...

hahaha! gambar nenek sapa kau curik tu!

Anonymous said...

topek gigi geraham bongsu akak condong gak .....mase die nk tumbuh aritu akak demam lame gile.....mase 2nd year....then akak g cabut semua gigi bongsu akak....yg peliknye akak ade 2 gigi geraham bongsu...org lain biasenye 1 je

Unknown said...

aku ada kot gg tu
huhuhu

Unknown said...




obat penggugur kandungan

jual obat penggugur kandungan

obat aborsi

jual obat aborsi

obat telat bulan

obat telat bulan

jual obat telat bulan

jual cytotec

cytotec

Unknown said...

i just read your entry.. haha keep it up ..😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...