Haaaaaa... Nak seribu daya tak hendak seribu daleh. Gitu ke eja dia? Kira betul lah.
Dapat dah menghabiskan duit kat UNIQLO tadi. Banyakkkk aku beli. Sehelai seluar dengan sehelai baju je. Banyak tak banyak? Ah!
Nak habiskan duit kat UNIQLO ni bukan senang. Kena hadapi tiga kali barisan. Tak main barisan pendek-pendek. Barisan panjang-panjang sahaja yang ada. Yelah promosi tak habis lagi cuba tengok nanti promosi dah habis takde nya orang nak berebut-rebut beratur bagai macam tu.
Barisan pertama, berbaris dari dalam Fahrenheit88 sampai ke luar sampai dapat masuk UNIQLO.
Barisan kedua, beratur nak masuk fitting room! Adoi punya susah padahal nak test baju je pun. Mana tak lama beratur dah sorang bawak masuk 18 helai baju. Cheah!
Barisan ketiga, nak bayar la. Kaunter bayar kira not bad laju dia. Yelah nak terima duit payah apa ketung ketang ketung ketang siap.
Dah kira lepas ni tak boleh nak menganjing aku tak dapat masuk UNIQLO dah. Wahaha!
Nota UNIQLO: Jom pi Nite Jam Hot FM @ icity! Jumpa anda di sana! ;)
1 comment:
damn aku tak masuk lagi! hahah
Post a Comment