Wednesday, December 8, 2010

Abang dah balik!


Hari ni praktikal sungguh penat. Sibuk macam hantu rasanya. Apa pasal orang ramai sangat datang hari ni? Macam hari Isnin pulak rasa. Hari Isnin memang sibuk ya kawan-kawan. Orang datang berpusu-pusu kat tempat aku praktikal tu. Oh aku benci Isnin! HAHA.

Versi kucing.

Versi Kingkong.


Hari ni hujan lah pulak. Helmet bertakung air hujan takyah nak cakap la. Boleh buat kolam ikan keli. Mana nak perasan dah seronok sangat duduk dalam pejabat tu. Adoyai. Habis kerja, fikir tujuh puluh lapan kali nak redah hujan ke nak tunggu hujan berhenti. Tunggu sekejap dua minit hujan tak berhenti jugak. So, lari kedek-kedek kat moto, sauk helmet terus basah satu badan. Hebat tak hebat la helmet aku takung air hujan. Haish!

Mencicit bawak moto laju bukan main. Sampai UKM aku terus menghala ke Bilik UPSM. Sampai je kat pintu Bilik UPSM aku jerit "Abang dah balik!!!".. Senyap je. Budak-budak yang ada dalam bilik tu pandang sekilas je. Senyum. Terus berpaling semula buat kerja masing-masing. Pandang laptop. Pandang buku. Pandang kalkulator. Tak pandang dah muka aku yang basah lencun ni. Apa tak cukup seksi ke aku basah-basah camni?! Oh sedihnya jerit "Abang dah balik!!" tapi tak dapat respon langsung. 

"Abang dah balik!!!"

Bukan nak harap apa sangat. Cukuplah sekadar buat air kopi ke. Hidang goreng pisang panas-panas ke. Buat puding caramel pun kira ok what? Ni takde pun. Sedih seposen! HAHA.

Aku mintak diorang ambik beg laptop, then terus balik bilik. Buat air kopi sendiri. Tu hah tengah berasap lagi dalam gelas. Nak? Sila, sila!

Pastu aku terfikir, seronoknya nanti kalau dah kahwin, ada isteri duduk rumah tunggu aku balik kerja. Bila aku balik kerja, aku bukak pintu pastu jerit "Abang dah balik!!". Isteri aku sambut "Oh, Abang dah balik ya? Abang pergi salin baju dulu ya. Saya ada buat cengkodok pisang & air kopi ni. Kita makan sama-sama ya?"


Oh damn! Aku nak macam tu lah! Haa~


Oh Abang! Balik pun! Seharian saya tunggu Abang tau. Sehari tak jumpa rasa bagaikan lapan ratus empat puluh satu hari kita berpisah! Peluk sikit!!!~ (Haaa itu terlebih!)

# Taknak jerit "Abang dah balik!!" dah pasni kat diorang kat Bilik UPSM tu. Kecik hati takde goreng pisang & air kopi! Haish! HAHA

12 comments:

Homemade Pizza JB said...

kalo ko beli goreng pisang, baru kitorang hidangkan. air bleh buat sendiri yaw. haha

mizzbutterfly said...

mengada sungguh ko nih!!! btw...tak sabar nk jadi suami yerk..

AfiQ said...

koya!!!! da mule la nk menggatal!!! hahaahha

SyahmiFikri said...

hahaha.. ada plak camtuh kann..
bujang2 mmg cmtuh la kann.. nak kopi bagai kena wat sendiri la.. lalalal~~

haleinaitis0311 said...

tu la....isteri no bape ntah suh beli barang x nak beli....barang dapur da abes la ABANG..........

i'm shin... i'm inesen said...

hik hik.. setahun dua leh la wife layan... masuk tahun ketiga.. dia sebok nonton sinetron kat tv.. lantak hang la... cian cian~

Anonymous said...

haha. sabar2. tak lama lagi dapatlah macam tu.

amira faqihah said...

ahha kesian sungguh ;D

Paan Ovrtd said...

Dapat plak yang tunggu kat rumah bini pakai baju macam maid. Pergh! Fantasi terlalu liar!

ILA HonEyBuNNy said...

kelakar la abg neh....hehehe

dot dot said...

haha...semoga dpt istri mcm tu k.
follow u;)
follow me back ya ;) thx

Redbloodsnow said...

hehe..nak di hidangkan kopi ea. beli donut dulu ea. baru dpt kopi...hikss :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...