Sunday, December 19, 2010

Alergi siput sedut | Terbang RM77.90


Untuk sesiapa yang ada add facebook aku mungkinlah dah tahu pasal musibah yang menimpa aku semalam. Apa? Oh aku memang suka kecoh. Kesian aku. Kan?



Tak boleh makan siput sedut lagi. Siput sedut bukan kegemaran aku lagi dah. Semua lepas kes makan siput sedut semalam sampai mata bengkak macam hantu! Hidung tersumbat (Sampai sekarang). Gatal habis satu badan. Tapi peliklah sebelum ni makan siput sedut tak ada masalah pun. Tak ada hal punya. Tapi semalam makan tetiba jadi macam ni? Apa hal?


Mungkin sebab dah lama tak makan then tetiba makan semalam baru tahu yang aku dah alergi siput sedut? Ataupun mungkin ada seketul dua ketul 'benda' yang dah diletakkan dalam masakan siput sedut semalam yang aku alergi? Wallahualam. Atau mungkin gabungan siput disungai cili padi di darat tu menghasilkan sesuatu yang baru then aku alergi terhadap sesuatu yang baru itu? Wallahualam.

Rasa gatal-gatal tu datang bila dah setengah jam macam tu lepas makan. Tetiba tengok cermin halamak aih mata dah bengkak sikit belah kiri. Mulanya rasa macam lantaklah nanti oklah kot. Tetiba lepas sejam dua tu muka, mata, hidung, telinga semua gatal Ya Rabbi tak boleh tahan! Hidung berair kalah orang selsema. Rasa nak letak baldi bawah hidung biar segala lendir bertakung dalam tu je!

Masa baru kena. Tak berapa nak 'Chinese Look' lagi.

Tengok cermin muka makin teruk bak kata kawan-kawan aku dah jadi 'Chinese Look!'. Haish. Chinese mana ada kulit gelap macam aku! Ini cina jadian namanya! Haaa. 

Fine la budak. Kau pun dah pandai nganjing aku kan?

Lepas tu nafas sesak-sesak macam asma. Kan? Asma macam tu lah kan? Macam semput-semput nak mati agaknya. Gitu kan? Kira gitulah sebab selalu tengok kawan yang asma susah nak tarik nafas & semput-semput gitu. So aku rasa macam tulah semalam. Sesuatu macam menahan nafas dekat rongga mulut ni! Adoyai takut wei. Tau pun takut nampak sangat amalan tak cukup ni! Muka pulak makin teruk. Mata tak payah cakap lagi bertambah seram. Tak letak gambar dalam ni sebab malu!

Malulah mata dah macam mata katak!

So, thank you guys! Semua yang terlibat dalam menjadi rescue team. Gua sayang you guys sangat amat. Walaupun kena bahan alergi setiap empat minit gua redha! Tapi gua marah jugak seposen nasib baik gua sayang seringgit. So mahal sikit sayang tu tak jadi nak lempang! HAHA.

Pergi klinik kena cucuk bontot! Damn! Minggu ni saja dah tiga kali kena cucuk. Haritu masa MC dari praktikal dua kali cucuk. Ini sekali cucuk. Terima kasih doktor-doktor cucuk sekalian. Semoga impian aku termakbul lepas ni yang suatu hari nanti aku dapat cucuk korang pulak! Ya! Dekat bontot jugak! Padan muka! Ok nak marah jugak doktor seposen walaupun dia cucuk untuk kebaikan aku. Malu lah! Apa ni wei main tengok-tengok bontot orang! Bayar la! Ingat atas bontot aku ni ada tulis "Sila cucuk saya dengan sesedap rasa" ke? HAHA.

Terbanglah RM77.90 tu pun belas ihsan dari Syafik Helmi anak Pakcik Sulaiman. Bagi pinjam RM50 kalau tak aku kena kerja part time kat situ dengan mata 'Chinese Look' aku untuk bayar yang tak cukup tu. Dalam dompet ada RM37.45 je! Haa. Fine. Kecemasan kononnya tak boleh nak kurang. Esok aku nak muka aku ni kembali normal atau berubah jadi Brad Pitt! Kalau tak jadi sila bayar balik RM77.90 aku! HAHA. Ok gurau je tak boleh gurau pergi cucuk kat bontot! -___-"

Lepas ni taknak dah makan siput sedut. Sedih lagi seposen. Dah jadi berapa posen pun tak tahu sedih aku ni. Sedih sebab siput sedut tu makanan kegemaran aku. Sedap kut main sedut-sedut. Tak lucah pun korang yang fikir lucah. Eh tetiba je. Teringat masa darjah 4 bila ikut mak gi pasar (Oh ikut mak pergi pasar ke dik?) selalu suruh mak beli siput sedut! Tak beli nangis. So belilah jugak. Balik suruh mak masak laju-laju tak sabar nak sedut siput! Haish.

Masa kat klinik tu doktor tanya makan apa aku cakap makan siput. Doktor cakap "Lepas ni jangan makan seafood lagi dah!" Oh lantaklah seafood ke siput ke nama pun dekat-dekat tak ada mood nak berdebat dengan doktor. Dahlah marah rambut aku panjang! Nasib ada rambut panjang ni boleh buat main sorok-sorok mata 'Chinese Look' aku ni! Benci doktor. Tapi doktor baik lah! Sayang doktor! Tak jadi nak benci. 

Lepas ni letak timun ke nak bagi mata tak bengkak? HAHAHAHA!

Siput sedut, jangan datang dalam mimpi aku dah. Aku dah tak suka kau. Kita putus. Babai gila! Huh! Doktor jangan datang jugak, nanti kau nak cucuk bontot aku lagi. Gila bontot lah doktor ni! Duit.. Mana kau duit. Suka hati kau terbang macam tu sahaja kan? Huh.

# Entri penuh perasaan. Hidung gua menangis-nangis masa taip entri ni. Camne nak hilang semua ni?! Melelehhhhhhhhh je tau! Nak tidur pun payah! Nafas ikut mulut. 
Hargailah hidung anda selagi ia boleh bernafas. Sayangi mata anda juga. Tak ada mata ta boleh sedut siput. Ingatlah orang tersayang. Selamat malam!


# Esok kalau tak ada khabar berita sila tolong jenguk gua. Takutlah gua ke syurga tetiba. Gua mintak maaf awal-awal lah kepada yang ada masalah dengan gua. Tetiba je bajet ada orang nak nangis baca kau emosi ni? Gila! Assalamualaikum!

# Hampir tukar nama blog ni jadi MENYEPETsematamata tadi!

11 comments:

AfiQ said...

aiyoo.. gile lor ko ni.. huhuh.. get well soon ye.. jaga diri leklok.. huhuh.. menyepet semata2 syok gak uh.. hahaha..

~ i K i N ~ said...

maybe sebab cuci siput tuh x bersih kot.. sebab baru nih ko kne kan.. aku pun kadang2 kne seafood allergic smpai hidung banjir semacam t'bersin mcm nk t'cabut hidung.. sume tuh kes cuci xbersin liquid2 kt seafood yg bley buat gatal tuh..

sHarpEx said...

yay topek! kita allergic seafood! haha. jom layan tom yah pokteh!

Anonymous said...

aku pon setuju cam ikin kat atas nih...rse bukan kes allergis seafood ke siput ke... mybe sbb tak cuci bersih2.. kdg2 mmg akan jadi cmtu... gatal2... pastu mse ko dok garu2..tak sedar plak tgn tak basuh... air2 siput.. air?? ke kuah siput tu ke yg ade sisa2 kat tgn ko tu buat garu muka..abes merebak..tu yg makin teruk... hmmm...get well soon k! ^_^

izuddinrahim said...

ahahaha..
doc laki ke pompuan? tak mention pon td..
kalo pompuan, gua ucap tahniah la..hahaha

ILA HonEyBuNNy said...

moga cepat sembuh..teruk ja tgk tu...

CiPoT CeDoT said...

patot la gua terbatok2...ada org sebut sepisis gua...nih yg gua hangin nih...

SyahmiFikri said...

yea.. naseb badan laa kann.. dah la sakit.. sakit lagi dgn byar mahal gila.. lalala..

aku pon allergic gak tapi lagi teruk dr ko.. makan jer.. mata putih aku akan tutup mata hitam.. lagi hebat kann.. lalaa

Anonymous said...

topek........haaa ni ahli zoology nk bgtau....siput sedut adalah haiwan vektor ....vektor tu ko tau x???? mcm nyamuk....tikus ....pembawa virus...

siput sedut adalah pembawa kebyakan cacing2 yang berbahaya....mulenye dalam siput tu telur cacing yang memerlukan manusia tok lengkapkan kitaran hidup die....so die akan menetas dlm usus....pastu die akan melalui darah...dan darah melalui seluruh bdn ko....sbb tu ade kes...kt mata pon leh kuar ulat....sbb cacing tu smpai ke otak....

seyes ni take it alert tok sume org...bukan pasai alergi je...

FH said...

semoga cepat sembuh. :) haha

Cikgu Dahlia said...

sis pun pernah kena bengkak dengan teruk macam ni... ingatkan muka nak berubah jadi teruk..rupanya allergy.. sis allergy ngan ponstan masa tu.. then lepas pada tu, dengan burung puyuh, cendawan pun sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...