Tuesday, December 7, 2010

Cleaner interframe.


Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga hari-hari mendatang kita selepas ini lebih baik dari sebelumnya. Yaw!~


Ni nak cerita sikit pasal praktikal. Duduk dalam pejabat memang best. Sejuk. Aircond pasang 24/7. Salah satu penyumbang kepada penipisan ozon. Haish. Tapi kang kalau tak pasang aircond panas berpeluh habis ketiak pulak. Kakitangan kat sini pulak bukan saiz S.

Kakitangan lain semua perempuan. Haritu segan gila babas dengan diorang. Sekarang dah tak segan sangat. Diorang pun baik layan aku ok saja. Suruh buat kerja senang saja. Mudah.

Cuma tak senang dengan perangai salah sorang dari diorang ni lepas kes ni. 

Haritu diorang sambut hari jadi dua orang kakitangan kat situ. Aku join je walaupun rasa pelik gila nak masuk dengan mereka. Ah! Redah je. Selagi boleh. Diorang makan aku makan. Diorang nyanyi aku nyanyi. Diorang gelak aku gelak. Tapi bila diorang ambik gambar ramai-ramai buat mulut muncung memang aku tak boleh nak redah la. Aku sedia tawar diri jadi jurukamera. Tangkap gambar aksi-aksi lucah diorang muncung-muncung mulut takpe bagi aku daripada buat mulut muncung sama-sama dengan diorang. HAHAH.

Takpelah aku takdehal diorang nak muncung mulut tu. Trend kot!! HAHA.

Tak apalah. Janji rasa cantik.

Diorang nak add facebook aku, aku sedaya upaya dalih. Macam-macam alasan. Bila diorang tanya facebook aku, aku pergi berak. Bila dia tanya nick name aku kat facebook, aku pergi berak lagi. Haa, memang aku berak empat belas kali sehari kan?

Eh dah tersasar ke? Ok perangai salah sorang kakitangan ni aku rasa tak senang bila waktu diorang sibuk ambik gambar muncung mulut, ada sorang cleaner ni lalu belakang diorang. So, ter-interframe-lah sekali dalam tu.

Nak dijadikan cerita, lepas dah habis majlis muncung mulut hari jadi, diorang tengok balik gambar-gambar tadi. Seronok bukan main. "Eh, kenapa aku gemok dalam gambar ni!", "Eh, kenapa muka ko pelik!", "Cantiklah gambar ni!", "Hey buang gambar ni! Aku hodoh!". Tu semua boleh dengar masa diorang tengok gambar tu.

Tetiba adalah satu gambar yang cleaner tu interframe tadi. Mulut manis akak ni pun terus cakap "Ni jangan upload kat facebook ni. Malu aku ada Bibi tu!"

# Memang cleaner tu senang di panggil Bibi. Itu bukan persoalannya. Persoalannya sekarang, apa salah cleaner sampai malu macam tu sekali? 

10 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

hahhahah..hehhehe..lawak2...nak tergelak lah...tu la perangai org pompuan...hehhehe...

Homemade Pizza JB said...

xkisahlah nak comment gamba itu ini. tapi pasal bibi tu memang xpatut. huhuh..

SyahmiFikri said...

adoyaiii.. kesian bibi tuh kann.. lalaa... xde bibi tuh dorang gak susah kannn

amira faqihah said...

hais xlarat nyee,nk melayan kerenah org mcm itu

i'm shin... i'm inesen said...

pehal ckp camtu kan.. CAM BAGUSSSS.. jgn terikut ngan prangai jelik dorang ek.. babap dia nnt!!!

Hunny Maldini said...

syeeshhh! bajet bagus je nak hina-hina orang.

Azah Rahaman said...

salam maal hijrah ya, semoga segala ibadat anda sentiasa diterima oleh allah, hehe, nak mng RM50 PERCUMA? ayuhh, join kontes azzafirza

http://zaza96.blogspot.com/2010/12/review-paling-kreatif-azzafirza-rm50.html

mizzbutterfly said...

bibi tuh tak wat peace kat pic tuh kort....aduhai..bygkan jika bibi itu mama kite...sanggup nk ckp mcm tuh???

~~faizatul akma~~ said...

quack2x..=P

drsshk said...

ada budak junior aku, siap post kat facebook lagi gambar dia ambik dengan cleaner. bangga! HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...