Wednesday, December 1, 2010

Pusat Latihan Memandu Cemerlang, Bangi VS Akademi Memandu Nilai.


PUSAT LATIHAN MEMANDU CEMERLANG
VS
AKADEMI MEMANDU NILAI


Kepada manusia-manusia yang duk dekat UKM & sekitar-sekitar UKM ni yang teringin nak buat lesen atau dah buat lesen. Sini ada satu perkara nak dikongsikan. Aku sangat mengesyorkan Pusat Latihan Memandu Cemerlang (PLMC) kepada korang berbanding Akademi Memandu Nilai (AMN). Kononnya murah lah kat Nilai tu, tapi cuba korang selidik betul-betul. Lebih kurang je harga dia.


Lagi satu, kat PLMC ni bukit dia lagi rendah dari AMN sana. So senanglah bagi korang yang baru belajar memandu untuk lepas test JPJ nanti. Haaa, lagi satu kan, dia punya cikgu-cikgi yang mengajar pun sangat peramah & senang bawak kira daripada cikgu-cikgi yang mengajar korang kat AMN tuh! Kat AMN tu sangat kurang asam masin. Pernah kawan aku cerita pengalaman dia ambil lesen kat sana. Dia ni tak pernah bawak kereta pun.



Dia cakap kat cikgu AMN tu "Cikgu, saya tak pernah bawak kereta.." dengan nada sopan santun campur cuak lah kot sebab tak pernah bawak kereta tetiba kena bawak kereta terus kan?



Cikgu tu jawab "Lantaklah, ada saya kisah? Bawak je!" dengan bongkak dan angkuh mengalahkan Dr Rozmey. Wops! Wei ni betul-betul tau. Aku cerita berdasarkan apa yang kawan aku cerita balik kat aku. Kalau dia tipu aku, jadi, aku tipulah korang balik ni agaknya.


Ada aku kesah?

Nak kata Dr Rozmey, rambut dia tak gaya camni pun?



Lagi satu, kalau korang yang baru masuk UKM, nanti akan adalah korang terpandang mana-mana iklan yang duk promote pasal AMN ni. Murahlah apalah semua nak bagus je. Ni kerja ejen diorang. Nama dia Nik. Orang panggil Cikgu Nik, Abang Nik, Pok Nik dan lain-lain Nik. Haa jaga-jaga dengan manusia nama Nik ni! Dia punyalah pandai nak tipu itu ini untuk bagi korang bayar lagi lebih dari apa yang dia duk promote kat dalam poster yang dia tampal sana sini dalam UKM tuh! Kalau dalam UKM ni ejen diorang nama Nik ni lah yang conquer!



Aku cerita sikit pasal Nik ni. Nanti korang yang duk dalam UKM ni, tolong sebarkan kat kawan-kawan atau adik-adik yang baru masuk nanti supaya jangan ambik lesen melalu ejen AMN yang bernama Nik ni! Nik ni badan berisi, kulit hitam tak manis langsung, bibir hitam kuat hisap rokok, selalunya bawak kelisa putih atau van warna hijau. Sekali lagi aku tegaskan, JANGAN AMBIK LESEN MELALUI NIK NI! Kalau korang tetap nak ambik lesen kat AMN, korang sila daftar kat sana sendiri tanpa ejen ataupun melalui ejen lain SELAIN NIK! Ingat ni dan ingatkan orang lain sekali ok!


Hitam, berisi dan berbulu? Ok ni bukan Nik. Nik hitam dan berisi je!

Hitam, berisi dan bertopeng! Damn ni pun bukan Nik! Nik tak bertopeng!

ARGH! TAK JUMPALAH GAMBAR NIK!!



Pengalaman aku kat PLMC pulak, memang best. Kalau kau daftar dengan ejen dia, so nanti ejen dialah yang ajar kau sepanjang masa. Kalau kat AMN, dah ada cikgu khas untuk ajar korang. Cikgu-cikgu yang khas ni lah kerek semacam tu! Lagi satu, kalau kat PLMC kau ambik kelas belajar bawak kereta 2 jam, 2 jamlah diorang ajar korang. Kalau kat AMN, bila ramai orang, kelas 2 jam tu jadi 1 jam je! Fikir-fikirkanlah ok. Untuk korang yang dah pandai bukan main bawak kereta tu takpelah, untuk mereka yang masih merangkak-rangkak bawak kereta ni macam mana? Haa.



Aku ceritakan kat sini berdasarkan pengalaman aku sendiri & pengalaman beberapa kawan aku yang lain. So aku kongsikan untuk penilaian korang sendiri. Memang tak dinafikan ada jugak yang dah settle semua kat AMN dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Tapi itulah, aku dah cakap kan tadi yang segala yang aku ceritakan ni berdasarkan apa yang aku dah lalui dan beberapa kes kawan aku sendiri yang kena.



Kita kongsikan bersama ok! Terima kasih! :D



Nota lesen: Bercerita pasal lesen sebab kat tempat praktikal sekarang ni banyak belajar pasal insurans kenderaan & cukai jalan. Hoho! 

14 comments:

Zuwairi said...

bapa hengget amik lesen kat
PUSAT LATIHAN MEMANDU CEMERLANG??

Nadiyayaaa said...

aha.aku pun amek lesen kat plmc,mang bagus cepat dan pantas.apesal amcam slogan kata pulak ni HAHA

then jpj2 yang test die pun baikkkkkkk gila.konpem senang kau lulus la,HAHAHA.

eyh topek.apesal kau tak mintak praktikal kat situ je.konpem kau boley jadi duta dorang lak HAHAA

nadzirah yahya said...

ak kne tipu Rm350..lesen L pon xpat wlopn ak lulus ujian komputer..hangus wet ak akdmk nilai bwh ejen nik tu mmg cm penipu(ayt sedp sikit bermslh)...pastu dia kata ak kne smn bab tu lesen L xdpt, pendusta betul,,THEN BG ALSN LAIN,,ckp ak x ikot prosuder need to pay more..owh,,sbr je lah...cikgu2 kat sna pon hangin 2 3 mcm..lesen kwn ak..nm ,addres, seme almt dia..muke bukn muke dia...

- zuriey - said...

nama samaran je agaknya nik tue..leh pula kenakan org camtu

Paan Ovrtd said...

Eh, aku pun agen insurans am jugak.

Anonymous said...

HAI..SAYA BARU JE NAK AMEK KAT SANE.RICHARD TU EJEN KAT SITU KE???

Anonymous said...

hurmmm....
bole tau x..plmc ni kt area mn?
kt area putrajaya ade x??

Anonymous said...

untuk student RM750 untuk kereta sahaja (D). Bleh dapat P paling kurang 2 bulan setengah. Mula2 booking bayar RM50 je.

Nadira said...

Kalau nak ambil lesen kat ukm better ambil kat pusanika under sekolah memandu mazris. Dengan kak iza. Dia ex student ukm. Mazris ni ada shareholder dgn institut memandu cemerlang. Servis dia memang tip top. Takde main 2 rasuah or dapat lesen tipu. Mcm sekolah memandu lain diaorng ada yg tak yah pegi ceramah pun dapat lesen L. Tu yg diaorg konon2 bagi harga murah. At the end pun kena tambah2 duit jugak. Jadi mahal. Dgn mazris kat kak iza mmg bagus. Harga dah bagi siap2. Takde tambah2 harga dah. Nak boleh contact dia . 0162256417 - ofis.

Anonymous said...

Klu AMN 10 org jpj keta confirm half or lbh yg akn failed. Kwn umh bpe org amek situ suma failed pdhal dorg ckp bw elok dh..survey2rupanya AMN ni mmg suka fail kn org..nk wet lbh

Anonymous said...

Nak contact ni PLMC boleh? Dr nilai dy mau amek ka?

Anonymous said...

Cikgu syam dr P.L.M.C- for info 0165094533

Anonymous said...

Semua penipu,,kaki ranjau,,
Nak pomot company sendiri

Anonymous said...

AMN nie mmg teruk pn.. adk aku ckp cikgu dier mngajar asyk nk marah2 jer.. then dorg tau nk duet jer.. dri thn lps book smpai tgh thn nie bru dpt blajar kete..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...