Hidup ni kadang kala bukan berjalan ikut apa yang kita rancang pun. Langkah perlahan, laju, berlari, merangkak pun kita cuma merancang. Kalau Allah kata Ya, Ya lah jadinya. Kalau Allah kata Tidak. Kirim salam bebanyak lah. Memang Tidak la jadinya.
Kita merancang bukan main itu ini begitu begini. Bila perancangan dah jadi elok tersusun teratur kita jarang atau tak pernah pun nak berterima kasih. Bersyukur. Kalau ada pun cuma beberapa kerat dari beberapa juta kerat. Haish sabor je lah.
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
Kita selalu lupa, sampaikan kita rasa semua yang kita dapat hari ni sebab apa yang kita ada, apa yang kita rancang. Kita jarang atau tak pernah fikir yang sebenarnya apa yang kita ada (Baca : Kelebihan) tu tak datang dari sesiapa kat muka bumi ni melainkan dari Allah semata-mata. Sebab tu Islam cakap setiap apa yang kita dapat, setiap apa yang kita terima kita kena bersyukur. Malah setiap musibah yang menimpa pun kita kena berterima kasih. Sebab apa? Sebab Allah dah bagi kita peluang merasa musibah yang orang lain tak pernah dapat rasa. Dalam masa sama, kita sebenarnya diberi peluang besar oleh Allah untuk ubah cara hidup dan pendirian kita. Insaflah tak banyak pun sikit. Sikit² lama² jadi banyak. Tak jadi bukit pun takpe janji jadi banyak.
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." - (Surah an-Nahl, ayat 18)
Tulis, taip, cakap, bolehlah. Cuba buat tengok? Memang susah tapi semoga apa yang dikongsi ini sebenarnya untuk peringatan buat diri sendiri & sedikit untuk kawan² di luar sana yang rasa ada secebis rasa atau ilmu dalam penulisan ni. Mudah-mudahan boleh jugak dibuat penambah pemberat kanan di sana kelak. InsyaAllah.
** Pernah sekali sampai bergenang air mata sebab lulus paper Ekonomi Antarabangsa yang orang cakap senang boleh jawab guna kaki tapi bagi aku susah gila barbie-doll. Berlari cari sejadah kat Surau PTSL.. :-P
No comments:
Post a Comment