Saturday, May 7, 2011

Matrikulasi Perlis setahun VS UKM 3 tahun.


Lebih kurang 2 bulan je lagi aku lepak sebagai Mahasiswa kat UKM ni. Itupun untuk saki baki semester pendek yang ada. Kalau dikira bebetul tak sampai pun 2 bulan. Short pun 7 minggu je. Lepas ni, habis semester pendek boleh kerja & tunggu konvo bulan 9 (banyak kali cakap ni konvo bulan 9, nak bodek hadiah ke apa?).


Perasaan sedih untuk habis belajar kat UKM ni memang lain benar kalau nak bandingkan dengan perasaan sedih masa habis belajar kat Matrikulasi Perlis dulu. Masa habis belajar kat Matrik dulu, sedih bukan kepalang. Almaklumlah, jauh pun jauh. Nun jauh kat hujung Malaysia sana. Perlis.Nak boleh sampai memang payah dah. Menangis woo aku masa tu. Apa? Tak stylo la nangis²? Ah aku kisah apa memang aku nangis pun! HAHA. Sedih dol! 

Christiano Ronaldo pun nangis gak apa? Eleh!

Sekarang nak habis belajar kat UKM selama 3 tahun ni, perasaan dia... Hmmm memang takde perasaan barangkali. Cool & steady. Kenapa agaknya? Lepas aku fikir & ingat balik memang banyak sebab dia sebenarnya. Bawah ni aku senaraikan sedikit sebab kenapa perasaan tinggalkan matrik lebih sedih berbanding perasaan tinggalkan universiti.

1. Masa kat matrik, kelas/ kuliah memang dah ditetapkan dengan orang yang sama sepanjang setahun kat sana. Masa kat universiti, kelas kita yang pilih & bebudak kelas asyik bertukarrrrrrrrrr je. 

2. Masa kat matrik, satu blok hostel tu hampir semua boleh ingat nama. Memang rapat dengan budak blok. Tapi kat universiti kirim salam lah, kadang² jiran selang sebilik pun dah tak kenal siapa nama, fakulti mana sebagainya.

3. Masa matrik, tak banyak kos. Ada sains & akaun je. Pusing punya pusing orang yang sama je. Kalau kat universiti ni kos dia hulamak aih! memang 'sikit' sangat sampai tak terhafal kos apa yang ada. Jumpa pun payah, fakulti lain².

4. Masa kat matrik, tak boleh outing sesuka hati, boleh outing sekian² hari je. Bila kes macam ni, nak taknak bila nak nak riadah memang kena cari kawan dalam matrik tu sendiri. Senang untuk riadah sesama & outing sesama. Kalau tak ramai kawan, merasalah kau terperuk je dalam bilik & bila nak outing pun sorang diri. Kat universiti? Sorang pun soranglah. Outing hari². Nak keluar senang.

Loser? Nevermind, loser pun manusia kan? ;)

5. Kafe kat matrik terhad. Ada berapa ketul je. Makan, lepak, dating, belajar semua kat situ. tengok muka orang sama je. Rapatlah jadinya. Kat universiti ni berlambak pilihan kau ada, kalau ada kenderaan lagilah mudah.

Aku rasa tu je yang aku ingat or yang aku nak taip, malas nak taip panjang² ni. Hahah. Ada lagi kot reason lain yang menyebabkan perasaan untuk tinggalkan matrik lagi sedih dari perasaan tinggalkan universiti. Keakraban berkawan kat matrik tu memang kuat sampai sekarang terasa. Memang berkawan sampai sekarang & semua pun dah lali & boleh kenal perangai masing². Ada yang kuat sentap, ada yang kuat sentap, ada yang kuat sentap & ada yang kuat sentap. Ada yang gila. Ada yang ensem (Oh~ Oh~ *blushing) & macam² lagi dol!

Sampaikan, sekarang pun bila nak makan angin bercuti memana, planning pun dengan kawan² matrik. Suasana matrik tu memang lain, susah nak lupa. Bila jumpa balik kawan² masa belajar kat matrik, kumpul ramai², cerita pasal matrik memang tak pernah habis. 



Suasana kat universiti memang lain. Lebih kepada pepandailah-kau-nak-survive. Tak pandai survive, kick out! Boleh? HAHA.

** Suasana penambah rasa dalam berkawan.

6 comments:

Anonymous said...

Esk aku last paper, pastu kje...
Hari ni 7 May, ESK LAST... Tapi aku x rase pape pn...
X rsa mcm kami ni akan berpisah...
Kononnya pasni kami blh jmpa lg...
Weh, Kawan aku... Tolong r sedar...
Esk last kta bersama, Jom r kta pahatkan kenangan detik2 terakhir kta byk2...
Mmg perpisahan ini prpisahan yg smntra, TAPI bila kita akan jmpa lg???
Aku x pasti samada kta akan bertemu lagi atau tidak...

Serius, aku rindukan segala2 kenangan kat mtrik dlu...
Walaupn dalam masa yg singkat tapi impaknya besar...
Berbanding dgn bdk2 u, 3 tahun hanya utk sehelai ijazah yg X%*@@$@^&(X(*#

ainwawa said...

nice :) teringat ketua kelas aku ni dulu, nakal org nye!

sHarpEx said...

Ada yang kuat sentap, ada yang kuat sentap, ada yang kuat sentap & ada yang kuat sentap. Ada yang gila. Ada yang ensem (Oh~ Oh~ *blushing) & macam² lagi dol!

4 orang kuat sentap atau sorang kuat sentap, kuat sentap,kuat sentap,kuat sentap?

Unknown said...

oh kotakku~ ahhahaha

Mohd K. Anuar said...

1 je aku nak komen, iklan nuffnang kau ni lucah la topex.

tengok bawah ni:
http://3.bp.blogspot.com/-vwQpAJ3CaPc/TcVGd0BUfvI/AAAAAAAABJg/pxoK1MVWKVQ/s1600/s.jpg

nanad said...

matrik memang sangat2 FUN kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...