Sunday, January 10, 2010

Awek tinggi cari kekasih.


Hehey! pehabaq anak-anak sekalian? Harapnya sihat sihat sihat sajalah ya hendaknya.

Kali ni nak share satu kesah kawan perempuan aku. Mengeluh sana sini sebab fizikalnya yang tinggi. Haish macam-macam kan manusia ni? Demand. Ada yang tinggi mengeluh sebab tinggi sangat. Ada yang rendah pulak, mengeluh bagai nak rak sebab rendah sangat.


Sebelum teruskan lagi, aku dah mintak izin kat kawan aku untuk masukkan cerita ni kat dalam blog ni. So jangan ingat aku nak memburukkan dia ok!

Tinggi? Rendah? Macam biasa la ada keburukan ada kelemahannya. Tapi kawan aku si tinggi ni.. Dia mengeluh sebab sekarang dia cakap ramai lelaki tak tinggi (Jangan gunakan perkataan pendek! Gua sensitif!). So bila keadaan ni berlaku, kira macam peluang dia nak dapat kekasih hati yang lebih tinggi atau sama tinggi dengan dia tu sangatlah tipis.. Hoho.

Sebenarnya isu ni dah berzaman di naikkan. "Apa pandangan anda sekiranya pakwe anda lebih rendah dari anda?". Macam-macam jawapan aku dengar. Ada yang kata tak kesah sebab cinta tak mengenal fizikal la (jawapan ala-ala haram jiwang karatz). Ada gak yang cakap tak boleh terima sebab lebih senang kalau pakwe lebih tinggi dari dia sendiri (oh aku rasa kebanyakan perempuan macam ni kot?) kan? Agaknya kenapalah dia lebih selesa kalau pakwe dia lebih tinggi dari dia heh? (jangan salah paham!). Ada apa pada ketinggian sebenarnya? (ayat baik nak backup diri sendiri yang tak tinggi ni).

Bukan apa. Kawan aku ni suka berkenalan ikut internet. Blogger ni minah ni. So kenal kenal kenal tetiba dia ni pulak cepat sangat nak jatuh cintan sana sini. Haish apalah nasib cepat sangat nak jatuh cinta tengok rupa pun belum.

So rancang sini rancang sana nak jumpa la. Yelah konon nak jumpa rakan blogger kan? Hoho. Bila jumpa tengok-tengok yang lelaki ni memang rendah dari dia. ada yang rendah sikit. Ada yang rendah banyak. Yang paling tak tahan ada yang sangattttttttttlah rendah. Paras bahu dia pun ada. Oh sian minah ni. Aku dah doakan biar dia jumpa yang sama or lebih tinggi dari dia. Sedih wo tengok.



Jodoh...

Dia kata memang dia nak cari pakwe yang lebih tinggi dari dia. Doa kat dia eh biar dia jumpa. Tak pun buat la research dapatkan ubat merendahkan diri bagi kat dia ni. Haha! 



Jodoh...


Kepada minah, aku harap kau redha je dengan apa yang Tuhan bagi. Tak baik persoalkan. Tengok aku tak tinggi ni. Biarkan je la. Setiap benda yang Tuhan bagi tu mesti ada hikmahnya.

Lagi satu kan, kalau kau cari lelaki yang sama umur ngan kau. Sama umur ngan aku. Aku rasa memang banyak yang tak tinggi. Aku tengok kawan-kawan lelaki aku kebanyakan yang lahir tahun 1989 memang tak tinggi. Bukan semua. Kebanyakan. Sila alert. Hoho.

Lagi satu tengok muka diorang ni kebanyakannya dah umur 21 tapi tak berapa nak tua lagi muka tu. Haish cuba sorang buat kajian betul dak. Heheh.

Lagi satu minah, kau janganlah memandang fizikal tu sangat. Selami hati dan perasaan (jiwang la beruk) orang yang kau suka tu dulu ok! Jangan main taram je tengok tinggi terus fallin' (alicia keys).



Boleh je? Kan?


Takde masalah wei kalau dah cinta rendah mana pun pakwe kau, kau tetap cinta kan? Kau jangan berlagak sangat taknak pakwe rendah ni. Kang kena sumpahan kang baru tau. Lagi pun orang-orang tua cakap kalau suami lebih rendah, nanti rezeki murah. Apa kaitannya aku pun tak tau.



Isteri : Abg baru balik ye?
Suami : A'ah la gergasiisteriku..

Apapun minah, kau carilah ikut minat kau. Aku cuma nak cakap yang kalau dah jodoh tak kemana.. :)

Nota tak tinggi 1: Good Luck Minah Tinggi! Jangan nanti kau kahwin dengan aku je :P

Nota tak tinggi 2 : Minah bukan nama sebenar.. 
Nota tak tinggi 3 : Awek aku sama tinggi je dengan aku.. Nasib baik.. (berangan ada awek)


1 comment:

shax said...

aku kisah do.
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...