Selamat Tengahari Sabtu! Rindu kat kau. Lama tak jumpa kau Sabtu. Tulah pasal, kalau nak jumpa kau kena jumpa Isnin. Isnin kalau aku jumpa dia mesti dia ajak aku pergi kelas. Dah la kelas pagi. Haish..
Haiyo dah pukul 7.25 malam! Kelas pukul 8.00 pagi!
Lepas jumpa Isnin kena jumpa Selasa. Selasa lagilah! Kau pun tau kan perangai Selasa ni.. Ajak aku pergi kelas gak. Tapi lagi ah sampai 3 kelas wei! Tak tahan aku dengan Selasa ni. Penattttttttttt.. Baik aku jumpa Isnin je.. Hmm..
Tak sempat sampai bilik aku dah pengsan tengah jalan kalau jumpa Selasa.
Tak habis dengan Selasa, kena pulak jumpa Rabu. Kau tahu Sabtu? Rabu ni lebih kurang je dengan Isnin tu. Tetap ajak aku pergi kelas. Cuma dia ni ok sikit la dari Isnin. Sebab Rabu ajak aku pergi kelas tengahari sikit. Hoho boleh la aku tidur bangun lambat sikit kan? :P
Lepas Rabu, aku mesti date ngan Khamis. Khamis pun aku tak berapa nak suka. Ajak aku pergi kelas. Tapi kelas petang pukul 2. Pergh! Mengantuk la wei kelas pukul 2! Sabtu, kau tolong slowtalk ngan Khamis boleh? Please..
Mengantuk sampai nak pakai kasut pun tertidoq..
Bukan tu je Sabtu. Satu lagi Jumaat. Aku nak jumpa kau kena jumpa Jumaat dulu. Tapi Jumaat ni baik. Senang hati aku. Dia tak ajak aku pergi kelas. Dia ajak aku pergi masjid. Solat Jumaat. Hoho.. Eh tapi dengar citer Jumaat nak ajak aku pergi kelas gak minggu depan! Kelas Malam! Haiyo.
Lepas jumpa diorang baru la aku boleh jumpa kau Sabtu. Aku rindu weh kat kau..
Sabtu, tadi kan aku jalan-jalan dalam blok ni. Bagus budak-budak blok ni. Bila Sabtu je, kat ampaian penuh dengan kain. Bagus kan? Rajin diorang basuh baju bila jumpa dengan kau Sabtu.
MAAF! Ampaian Penuh!..
Tapi kan Sabtu, yang tak bagusnya bila diorang dah penuhkan ampaian dengan kain baju diorang, aku nak sidai baju kat mana eh? Kat atas kepala kau ke Sabtu? Ops.
Tumpang sidai ye...
Lagi satu Bila Sabtu kan, aku tengok banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat baldi-baldi baju busuk kat mesin basuh. Bagus.. Bagus.. Diorang nak basuh baju la tu.. Sampai aku pun kena beratur panjang-panjang sebab nak basuh baju! Baguskan?
Tapi tulah.. Nak taknak kena gak jumpa Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat sebelum jumpa kau Sabtu. Kalau tak jumpa diorang, tak huru-hara pulak hidup aku kan?
Sabtu.... Esok aku jumpa Ahad. Aku suka gak kawan dengan Ahad. Senang Lenang. Tapi kau jangan risau la Sabtu, aku tak lupa kau punya. Nanti kita jumpa lagi..
Sabtu.. Sabtu.. Apsal kau senyap? (matilah dah gila)
Nota Sabtu : Sebenarnya tak sabar nak jumpa Jumaat minggu depan. Rindu pulak kat Jumaat. (gila lagi!)
2 comments:
aku ske malam jumaat
bnyak mende sunat leh buat
>>_________<<
seyes, wa rindu mlm jumaat.
setiap hari adalah mlm jumaat??
mmmmmmm ~
topex.jom aku teman pi klinik.
risau aku tgk ko sejak kebelakangan ni.
Post a Comment