Wednesday, June 23, 2010

Derma Ikhlas Tapi... Erkkk?!


Semalam berjalan-jalan. Berjalan-jalan di Times Square di situ sana sini dan seangkatan dengannya.

Macam-macam ada. Macam-macam perkara. Tapi yang paling best dan menarik nak dikongsi kali ini perihal berkaitan seorang 'Musafir' yang meminta derma.

Dari Times Square nak ke seberang (Low Yat dan Sungei Wang), kena lalu jejantas yang biasa tu. Siapa yang pernah pergi sana tak kan tak tahu kan jejantas tu. Turun dari situ, ada seorang lelaki berjambang, berjanggut, bermisai dan ber ber ber yang lain. Tapi bukanlah Justin Bieber.

Sebelum apa-apa sila layan video ini. Ini Justin Bibir. Bukan Justin Bieber.


Ok sambung...

Dia bagi salam, menyapa dan cakap Arab sikit. Aku tak tahu Arab so aku angguk-angguk je buat-buat paham. Padahal haram tak paham pun. Kalaulah dia tanya nama awak siapa? Aku pulak angguk-angguk je, apalah dia fikir kan?

Ibarat Badak cakap dengan Kura-kura. *SIGH*

Bagi salam. Bersalaman. Cakap Arab. Angguk-angguk. Then dia bagi kad yang dah di-laminated. Tertera Surah 4 Qul. Katanya Ikhlas. Tapi lepas kami ambil Surah 4 Qul tu, dia cakap "Saya Musafir, sila derma ikhlas" sambil kuak poket baju melayu yang beliau pakai.

Aku yang terpinga-pinga dengan cara dia minta derma terus buka wallet nak keluarkan duit. Tapi, masa aku belek-belek duit dalam wallet, dia cakap "Bagi Sepuluh Ringgit"... Erk?! Apakah?

Tapi aku bagi Seringgit je. Dia dah buat muka. Nak marah-marah. Siap tanya lagi "Lima Ringgit tak ada ke?".. Erkk?! Apakah lagi?!

Kami terus blah. Haish macam ini punya orang pun ada?

Nota Derma : Macam-macam cara kan sekarang?

Nota Jalan-jalan : Semalam sempat tengok-tengok Proses meruntuhkan Penjara Pudu. Sikit-sikit diruntuhkan. Hmmm "Sikit-sikit, lama-lama jangan bangkit!" Selamat Tinggal Penjara Pudu.. -__-"

4 comments:

izansalleh® said...

aku pon selalu kena masa kat jeti penang dulu. jenis kalau kau nak derma kena bagi atas dari rm5, kalau tak aku buat muka. cis!

Anonymous said...

kata mintak derma ikhlas. bila orang dah bagi,nak lebih pulak. ciss kek betul! :)

Frodo Baggins said...

hahahahaha
ni pemintak sedekah kot
mintak derma kejadahnya.


>>__<<


justin bibir itu serius hooot!
cilake! wakkakakaka

ILA HonEyBuNNy said...

apa la org mcm tu..biarkan..janji kita derma ikhlas...duit jugak walau seringgit kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...