Monday, June 21, 2010

Perkara Biasa Musim Peperiksaan.


 Demam Peperiksaan

Ada satu perkara yang biasa berlaku waktu-waktu peperiksaan. Perkara ni aku selalu buat. Kawan-kawan aku pun selalu buat.

Perkara ni bila aku yang cakap rasa seronok. Bila aku yang kena, rasa beronok-ronok nak sepak orang yang cakap kat aku tuh. Haha.

Perkara ni berlaku lepas habis peperiksaan.

1. Kalau kita keluar awal 30 minit, awal 1 jam, awal 2 jam dan sebagainya.. Orang yang keluar lambat dari kita akan cakap "Pergh kau bijak, keluar awal, jawab laju-laju sebab dah pandai". - Lebih kurang lah ayat dia. Ataupun lebih dramatis lagi.

2. Kalau kita keluar tepat waktunya, lambat dan sebagainya.. Orang yang keluar awal dari kita akan cakap "Chewah! Terbaiklah kau, keluar lambat sebab idea mencurah-curah sampai tak cukup masa menjawab". - Lebih kurang lah ayat dia. Atau lebih dramatis lagi.

So, apa kita perlu buat? Kita buat tak tahu je. Teruskan hidup. ;)

Nota Biasa-biasa saja : Kau tahu? Aku memang macam ni. Apa boleh buat? 

Nota Peperiksaan : Bakal menghadapi peperiksaan kedua untuk hari ini selepas memaki hamun peperiksaan pertama sebentar tadi. Sekian. 

4 comments:

Izzaty Zetty said...

senior terbaikk!!
^^

sharpex said...

no 1 tu slalu terkena kat aku..
huhu..baru tahu kan feel dia?
rasa beronok ronok je nk sepak org tu..haha~

Mohd K. Anuar said...

kau memang selalu keluar awal kan?

Satyajit said...

nice thought...my friend.... :-)
comment back....
happy blogging.......:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...