Wednesday, August 25, 2010

Apa ku kisah | Dah tak kuasa!


Maka dengan ini berakhirlah sudah kerja aku sebagai pembanci. Walaupun hari banci sebenarnya sampai 22 Ogos 2010, kerja-kerja banyak lagi sebenarnya. Bagi korang mungkinlah dah boleh tarik nafas lega lepas 22 Ogos sebab dah tak ada pembanci nak datang ketuk-ketuk rumah korang lagi dah. Tapi bagi kami sebagai pembanci, masih ada kerja yang menimbun woh!


Tapi dah siap dah semuanya. Baru jap tadi. Lega weh. Kejang habis jari jemari ni hah nak siapkan dokumen! Habis dah tak ensem jari aku. Erkk!

Jadi nak dijadikan cerita segala kuasa pun dah hilang. Kuasa? Ya. Sebelum ni aku pegang kad kuasa (Kad pembanci). Jadi sepanjang aku pegang kad tu, aku dikira ada kuasa macam kuasa Atromen Taro (aku kenal Atromen Taro je, Atromen lain aku tak sempat kenal) boleh fire-fire orang. Heh. Kuasa tu maksudnya kuasa sebagai pembanci la.

Inilah dia kad kuasa sakti aku. Dah tak ada lagi. Tinggal gambar semata-mata..;(

Hensem tak aku weh? Heheh!

Itulah hal nya. Dah tak kuasa. Dah tak kuasa aku nak jenguk-jenguk rumah korang nak sibuk-sibuk pergi banci lagi dah. Nak nak rumah yang tak reti bahasa! terlebih pandai sampai taknak bagi kerjasama. Huhu~

Terima kasih pada yang bagi kerjasama sepanjang aku menjadi pembanci. Jasamu ku kenang.. ;)

Seterusnya, ni lagu yang agak lama dah kot. Tapi makin hari makin best pulak bagi aku. Aku memang minat One Nation Emcees ni. Ah layanlah! Layanlah!

One Nation Emcees - Apa ku kisah.

Ya! Tu dia! "Aku tak kisah sama siapa kau bersama, Kau umpama musuhku untuk sekian lama..."


Nota apa ku kisah: Banci dah hilang. Ada thesis, exam dan sebagainya..-_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...