Raya dah hampir basi. Tak basi lagi. Hampir basi je. Rumah terbuka masih duk galak terbuka sana sini. So boleh lagi lah kalau aku nak ucap "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin". Aku tau ada yang terganggu batin dia dengan beberapa ketul entri aku kan? Ok aku dah mintak maaf. Pergi main jauh-jauh.
Sekarang sangat sibuk. Sibuk dengan dunia pelajar universiti tahun 3. Tahun akhir ni! Mahu tak sibuk? Kan? Tambah pulak kena bikin tesis responden duduk kat Langkawi. Kaedah Penyelidikan entah macam mana. Tempat Latihan Industri lagi. Haaaaa Haish masalah oh masalah..
Doakan aku pandai dan cemerlang eh semester ni.. Heheh.
Haaa. Ni aku nak letak gambar Steado Deado. Ingat lagi ke babi Guinea Pig yang aku bela aritu? Hah dorang dah besar! BESAR punya! Tapi mantain derhaka. Tak jinak manalah! Macam mana ntah nak ajar binatang haiwan ni! Heheh.
Hah tengok! Tengok! :P
Deado kena mandi. Padan muka siapa suruh busuk?
Nah Steado pun mandi.
Muka marah sebab kena mandi.
Steado Steady Yeah!
Kegemaran. Kan senang bela diorang. Bagi je makan rumput.
Betul lah tu diorang makin besar. Kan? Heheh. Besar berbanding dulu.
Tadi ada berita menyayat buah pinggang dari kawan aku dekat facebook. Siti Haruan dah mati. Sedih. Sedih. Eh Siti Haruan tu Guinea Pig jugak! Bukan ikan!
Siti Haruan dalam kenangan. Comel tak? Macam pakai rayban kan?!
Sekarang tinggal Muhammad Mekong je. Pasangan Siti Haruan dulu.
Haritu balik kampung cuti raya tak bawak balik diorang pun. Tinggal rumah Sharpexmuddy sebab rumah dia dekat sikit. Kalau nak bawak balik rumah aku kat Pahang sana. Risaulah demam kepialu pulak diorang ni kang. Lagipun bila Steado Deado pergi sana, boleh teman Meki. Sian Meki sorang-sorang. Sharpex bila nak beli pasangan Meki?
Ini Meki. Kecik lagi waktu beli aritu.
Actually, Steado Deado & Meki ni beli tempat yang sama je. Kat Banting. Kepada yang tanya-tanya kat mana nak beli, cuba pergi Banting sana. Menangis tengok Guinea Pig banyak gila pig. Ke korang takut nak pergi Banting sekarang? :P
Ni diorang waktu baru beli dulu. Steado kena tindih!
Kecik kan? Tapi Meki agak besar dah masa ni banding Steado Deado.
Ok cukup. Jomlah beli Guinea Pig banyak-banyak ternak kat UKM ni. Haha.
Nota BESAR punya : Tajuk Entri macam kelaut je. Haha. Kepada Saidah Sumaiyah, bila nak angkat Guinea Pig? Dengar cerita dah beli sangkar? :P
7 comments:
comel gila. :D
@© bLurr
Comel je lah. Gila belom lagi HAHA
nk bela tp geli bole x?
aku bela hamster je..dulu 2 eko..skang tgl seko..laki die mati dah..bini die jd janda..haha..
guinea pig ni mahal tak??macam comel jek..
comel!! comel tahap nak kena lempang. haha
ah sial, deja-vu ketika buka page ko ni..
comel.. tp leh tengok jer ler.. nak sentuh rasa cuak.. geli gelemen.. kang dia geget ker.. eh.. Selamat Hari Raya ek
Post a Comment