Siapa tak tahu apa itu facebook? Angkat tangan. Hah, kepada semua yang angkat tangan ni pergi bukak internet & pergi buat akaun facebook kat sini.
Facebook. Dah macam keperluan pulak zaman sekarang ni. Macam-macam lapisan umur dah ada akaun Facebook. Makcik, pakcik, nenek, datok, budak-budak sekolah, semua dah ada akaun Facebook. Fenomena betul!
Cucu: "Nek, kenapa profile picture nek gambar Maria Ozawa?"
Aku sendiri pun ada akaun facebook. Boleh search kalau sudi. Tak sudi? Apa ada hal?
Facebook. Hmmm banyak gunanya. Banyak jugak kekurangan dia. Macam biasalah semua benda kat dalam dunia ni. Ada pro, ada contra-nya.
Apa kelebihan facebook ni? Bagi aku sendiri, facebook ni dapat tolong aku cari balik kawan-kawan lama aku. Dari matrikulasi, PLKN, bahkan dari sekolah rendah & sekolah menengah pun ada. Ramai junior-junior aku yang dah ada akaun facebook. Dan yang paling penting diorang add aku & masih ingat aku! *terharu
Ada jugak aku add cikgu cikgi sekolah aku. Apalah yang beliau fikir bila baca status facebook aku yang macam-macam. Heh.
Kat facebook jugak tempat aku kongsi macam-macam. Video, gambar, ilmu, itu ini begitu begini yang berfaedah & tak kurang jugak yang merepek dan mengarut serta tidak berfaedah (macam blog ni!!).
Pasal masalah yang dah aku alami kat facebook pulak cuma pasal orang-orang yang tak puas hati dengan apa yang aku kongsi. Apa yang aku cakap & segala macam apa yang ada aku bagitau kat facebook. Apa ada hal? Biasalah tu, aku sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam ni.
Nasihat aku, pada diri aku sendiri (bukan untuk korang), kalau tak puas hati, tak suka, & tak berahi (berahi?) dengan kawan tersebut, mula-mula hide je segala update dari dia. Kalau tak puas hati lagi, sila delete. Ini lebih bagus dari kita bergaduh kat facebook. Semua orang boleh baca oh kalau gaduh-gaduh dekat wall. Kalau dalam mesej tu lain cerita lah. Daripada gaduh-gaduh, maki sana sini. Nak tarik perhatian orang. Nak burukkan nama orang kat facebook, lebih baik delete je.
Kan senang. Tak apa. Apa ada hal? Tak kawan kat facebook bukan bermakna tak kawan kat luar kan?
Nota facebook: Lepas ni, siapa nak delete aku bolehlah berbuat demikian kalau tak puas hati. Macam follower blog aku yang hilang sorang (semalam 319 harini jadi 318). Maybe dia ada tak puas hati dengan blog aku? Apa ada hal? ;)
Nota apa ada hal?: Tak kawan kat facebook. Tak follow blog. Bukan bermakna tak kawan kat luar ok. Ingat! Realiti & maya adalah dua dunia yang berbeza.. ;)
5 comments:
hm. betol tu. aku setujuk. kalo pening ngan shoutout ngarot2 g je delete. x payah nak kecoh2 cr pasal. hoho. lain la kalo teguran nasihat ke ape. kalo ngutuk2 bek x payah. hoho
X kawan kat luar x bermakna x berkawan kat fb.. hahha..
Facebook tgh popular sekarang nih.. Amat sesuai untuk merapatkan hubungan dan menambah kenalan secara realiti mahupun maya semata-mata.
realiti dan maya?kak maya?hehe.
suka nota apa ada hal . :)
hoh.
ko delete lalan?
:p
Post a Comment