Thursday, August 19, 2010

Ramadhan | Ragam di Bazaar Ramadhan.


Hari ini masuk hari ke-9 kita semua menjalani ibadah puasa. Puasa itu wajib. Puasa jangan tak puasa!

Sepanjang Ramadhan ini, korang biasanya berbuka di mana? Seronok & jeles bila tengok status kat facebook cakap berbuka di rumah. Makan masakan mak. Aku nak jugak! Wuwu. Tapi apalah daya, puasa kali ini kebiasaannya juadah berbuka beli kat Bazaar je. Nak balik tapi hari-hariku sungguh sibuk. Tugasan, Kertas Ilmiah (Thesis), Kerja sebagai pembanci sambilan yang sampai ke hari-hari penghujungnya (Makin nak habis hari Banci makin susah pulak), dan macam-macam kejadah yang lain! Hish.

Bercakap mengenai Bazaar Ramadhan. Kebiasaannya aku pergi Bazaar Ramadhan kat PKNS & Bazaar Ramadhan Seksyen 16 je. Bazaar Ramadhan Seksyen 3 & Hentian Kajang belum cuba. Tengoklah lain kali. Kadang-kadang perkara seronok ke sana bukanlah kerana makanan yang serba-serbi ada. Tapi karenah penjual & pembeli macam-macam ragam tu yang menghibur hati.

"MARI! MARI! Dua, tiga ringgit! Dua, tiga ringgit!" Hah, dari jauh, sayup-sayup kedengaran suara akak jual air. Kuat suara dia. Kalah bunyi vuvuzela. Gigih promote air. Tak kering tekak ya kak? Hehe.

Air! Air! Air! Aiiiirrrarghhh!!

"Cepat dik! Tinggal sikit je lagi ni! Tinggal sikit je lagi ni!" Haaa, yang ni pun banyak kali dengar bila masuk Bazaar Ramadhan. Tapi yang peliknya bila datang dekat, tengok-tengok benda yang dia cakap 'sikit je lagi' tu, ada banyaakkkkkkkkk je lagi. Heheh. Macam-macam.

"Ye dik? Nak beli ikan bakar? Boleh rasa dulu dik" Sabar je la kalau yang jenis macam ni. Mentang-mentanglah orang puasa, berani dia cakap boleh rasa dulu. Cuba kalau bukan Bulan Ramadhan? Berani?

Ada yang jual ayam dara. Sampai sekarang jadi persolan bagi aku. Macam mana diorang tahu ayam tu masih dara? Musykil! Ada nasi ayam dara berempah. Nasi lemak ayam dara. Ayam dara bakar. Ayam dara percik. Hish. Bilalah nak wujud ayam janda pulak ni?

Lari! Lari! Selamatkan dara aku!!

Ada yang terbaru. Tadi, masa dekat Bazaar.

"Amin nak roti jala, Siti pun nak roti jala. Ayah nak Roti John. Dah tu Iman nak beli apa? Duit mak bagi mana cukup.." Bila aku toleh, kelihatan seorang budak lelaki sarat dengan beg plastik berisi makanan tengah bercakap melalui telefon. Rupanya dia merungut sebab mak dia bagi duit tak cukup nak beli makanan berbuka. Haish macam-macam hal!

Nota Bazaar Ramadhan: Kepada ibu-ibu, bapak-bapak diluar sana, kalau nak suruh anak beli makanan tolong bagi duit secukupnya. Hehe.

4 comments:

maya said...

alolo.. sedihnye. ko blnje la budak tu. :)

Shahada Fauzi said...

part ayam dara tu kelakar..haha..aku pun 1st time dengar..

senandung semalam said...

lawak gle sal ayam dara tue...
xley blah btol..
hahaaa

MASA said...

kerenah-kerenah macam ni sebenarnya menjadi hiburan kepada orang berpuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...