Sunday, October 31, 2010

Makan berbunyi atau memecap | Loud Eaters!


Korang tau tak makan berbunyi tu macam mana? Orang yang makan berbunyi ni, semak mata memandang semak lagi telinga mendengar. Hmm.


Makan berbunyi ni memang tak bagus. Bukan memang tak bagus je. Memang tak bagus langsung! Korang minat ke dengar orang makan berbunyi? Kalau orang Cina mungkin biasa la tapi ni Orang Melayu pun makan nak berbunyi. Kalau orang Terengganu cakap makan mecap. Sakit telinga bawak ke sakit hati je dengar.


Kalau makan keropok, kerepek, merepek, ayam goreng rangup, petai ke apa ke yang memang jenis kalau kita gigit berbunyi tu boleh diterima lagi. Tapi ni kalau jenis makan mecap ni yang bila makan bunyi "cap cap cap" ni, memang tak elok. Memang tak senonoh. Adab kot ni..


Dalam Islam, makan berbunyi ni memang tak digalakkan. Kalau makan guna sudu, garpu, sudu mangkuk tu kalau boleh jangan sengaja laga-lagakan bagi berbunyi. Sebab ni memang nampak kurang sopan dan kasar. Kurang sopan dan kasar ya (Sopan pulak bahasa aku).


Ini aku cakap pasal adab makan ya. ADAB. Kalau ada yang nak marah tak apalah. Jangan marah aku, pergi marah adab. Kalau kena tegur makan berbunyi nanti mula nak tarik muka muncung. Kalau orang cakap tak ada adab lagi nak marah pulak. Dah macam mana?


Sekadar kongsi mengenai adab masa makan je. Takut nanti kalau kita pergi makan rumah bakal mak mentua ke apa ke tak ke malu muka? Kalau diorang kaitkan family tak pernah ajar pasal adab makan macam mana? Dah bertambah orang lain pulak malu sebab perangai kita. Haish.

Hmppphhh!


Dulu aku pun makan berbunyi, lepas selalu kena tegur kena marah dengan mak aku baru lah dah hilang dah PERANGAI BURUK aku tu. 


Ok cuba bayangkan kalau kita pergi majlis makan, kenduri ke apa ke yang makan ramai-ramai. Orang lain makan elok beradab, datang kita ni tetiba makan berbunyi memecap. Apa lah orang cakap ya? Tak payah contoh pergi kenduri pun, cuba makan dengan kawan serumah 5, 6 orang. Kau sorang makan memecap mecap camtu? Nanti cuba lah buat. Kau tengok orang cakap apa. Tak tegur depan-depan nanti diorang cakap kat belakang. Malu ke tak?


Ni aku kongsi adab makan je tau. Jangan lepas ni ada yang nak marah pulak. Aku dah cakap tadi kalau nak marah pergi marah adab. Peace! ;)


Dekat Facebook pun ada group benci orang makan berbunyi ni. Kalau omputehnya dia panggil Loud Eater! Ni pergi jenguk page I HATE loud eaters! dengan page I hate loud eaters! Just shut your mouth while chewing!!!!


Nota memecap: Tegur tak kena, cakap belakang lagi tak kena! Dah macam mana?

49 comments:

Shahada Fauzi said...

aku tak suka orang makan mecap ni..rase mcam nak penampo je..kah kah kah..

Taufik Jusoh said...

@♥CIK SHA♥
hey samalah kita, nak pnampo penerajang pe pe pe yang lain sekali!

Homemade Pizza JB said...

kalo xbleh gak nak hilangkan memecap tu, sila makan ngan hidung. ok x idea ak? haha

Anonymous said...

jgn marah kite marah adab!!!!!!!!! TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

diba said...

mmg ase geram je..ag2 lau mkan kat tmpt xclusif..org yg duk sbelah malu..huh

Taufik Jusoh said...

@maya.sumaiyah
ok macam ko selalu buat kan kan? HAHA

Taufik Jusoh said...

@nadey
Ye please jangan marah saya. Pergi marah adab. HAHA

Taufik Jusoh said...

@diba
Yeah so then just leave him/her alone :P

Anonymous said...

geli aku kalo org sebelah makan cap cap cap.
-.-

bedah said...

aku masam kecik kecik dulu pernah kena tampa ngn abang aku sebab makan mcm tu. T_T.
terus serik. dan sekarang aku makan sangat sopan. :P

Taufik Jusoh said...

@atEe
Lepas geli tu kau lempang je dia ok?

Taufik Jusoh said...

@bedah
Aku dulu pernah hampir kena lempang. Pergh! Nasib baik hampir je. Mak aku tak jadi lempang bila aku lari makan kat depan TV sambil praktis makan tak bunyi! HAHA

~~faizatul akma~~ said...

hahahaha...aku pown geli gler ble dgr org mkn bunyik ni tp aku pnh jmper ngan org minum pon bunyik..lps minom memecap pastu nmpk air luir g kat straw tuh..euhhhh....sgt la geli tp ak maapkan jer manusia tuh coz ye r..wlpn umo dah nk jadik mak bapak budak tp perangai xmatured g..mcm bdk2x g..so,aku maapkan r mereka dan keluarge mereka..hahahahaha..=P

amirul said...

aku pling benci deyh dgr org mkan siap bnyi cap cap cap ni..sdap sgt ke dyer mkan smpai nk bg org dgr..rse nk lempang laju2 jer org cmni..tp mak aku kte xbek lempang org ngah mkan..tggu pas dyer mkan..hahaha..bile dgr org mkan bbnyi ni aku trus ilang slera seyh..tbyg mse dyer cap cap cap tuh air liur dyer berterbangan msuk dalm mkanan aku..yekss..klu bdak2 xper lg..ni klu org yg dh nk kwen dh duk mkan bnyi..haiiyyyooo..klu aku ader ank t.bkal mnantu aku xbleh mkan cap cap cap..klu bnyi tem mkan aku halau kuar umah on the spot..

ATIQAH AHMAD said...

Annoying gila dengor nyer...
Rasa nak penampor jer..
Haish!.

Anonymous said...

adoiiii.. kwan serumah aku mkn bunyik la.. anoying gle... da 2 sendawa kuat,, bunyik pingan blaga sudu 2 jgn kira la... huhuhu

Loque said...

Roommate aku mkn bunyi. Aduiii semak!!!"

Unknown said...

jgnlah marah sgt klu org makan bunyik ni, kadang2 diorang ni gigi dah xd, mcm mak ak, nak dimarah, emak sendiri, sabo jela....

Anonymous said...

Aq ader kwn yg mkn memecap..aq nk tgur tp tkut dia segan..aq penah terpikir..dia tu prnh thu x yg dia mkn memcap..or mmg dia thu but still mkn camtu..confius btul..

Anonymous said...

Aq rase mcm nk pelempang je org yg mkn cap cap..#dlm hati jer..realitinya aq x bley..sbb dia roomate aq..kalau adik aq..mmg dah lama kn makan penampor...

Anonymous said...

kenape komen korang harsh sangat ek?? tak baik tau~ maybe korang x tau n tak pernah rase berada kat tmpat orang yg mkn bunyik tu~ jgn sampai one day korang makan keluar bunyik lagi buruk dari orang yg memecap tu~ huhhh. =_="
*peacee!

Unknown said...

Korang nak tau tak? Makan bunyi cap cap cap ni.. adalah gaya makan seperti babi makan.. x caya? Ko try search macam mana bunyi babi makan....

Unknown said...

aku dulu pon mkn berbunyi, lepas tu dah latih diri..n now oke je.. pasue aq bole sakit jiwa bila tido dpn tv tjage sbb dengar bunyi org mkn bising cem gitu.. peh.. mmg naik angin tol..

Unknown said...

tempat keje aku tudung labuh lagi tapi makan mengecap naik lemas aku mcm mana nak tegur x tahulah..x kan aku nak washapp pulak

Anonymous said...

Alamak same la oes kita.. duduk sebelah menyebelah jer pon.. kadang2 terasa mcm sengaja jer buat keluar bunyi2 tu.. stress jadinya.. nk cakap kang sentap.. alahai..

Anonymous said...

Mohon share ye tuan tanah tq.

Anonymous said...

Kalau makan mencarut cmne lak? Boleh lak tu mengumpat mengata smbil makan. Bila dh tegur makan berbunyi tetibe lepas tu dia pon terbunyi sama. Lagi satu nak tegur jangan nak kurang ajar sangat tegur elok2 dah.

Atyn azman said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kdg2 org yg mkn mengecap ni diorang tak sedar so kalau rasa kwn2 tegur je cara baik bukan maki suka hati

HappyVirus said...

kau pernah tegur dye x bro?roommate aq pun gitu gak.byo kali rasa nk baling s'thing...haha.aq x prnah tegur pulak stakat ni.bajet sabar je lol

HappyVirus said...

well said.aq cuba tegur sebaik mngkin yuk.kalau dye x terima...sabaq ja la

MuhdAshraf said...

Aku bukan nak kata aku pembersih sgt tapi bila dgr org makan berbunyi naik bulu roma n rasa nak muntah .. betul takkk

Anonymous said...

Roommate aku makan berbunyi, bunyi dia y tsk tsk cik cik tu. Setiap kali makan, minum makan apa saje burbunyi. Hirup kuah pun berbunyi. Geli dengar. Org yg ada sensitif bunyi digelar misophonia. Aku ada benda tu sbb tu aku menyampah dengar bunyi. Masalahnya dia tu ada pakwe, maknanya pakwe dia tu tak kisah dia mkn berbunyi. Kalau buat video tu bising betul bunyi dia makan

Unknown said...

Ni tgh hadap bunyi cap cap cap mmber makan. Pundek btul. Makan mcm babi. (—,—“)

Wan amir said...

Saya Suka Makan Berbunyi Bila Makan Sorang2 dalam rumah Sebab lebih rasa Mnyelerakan..jika makan ngn org lain..mmg snyap la mkn..sbb dr dlu sy mkn xbunyi..
cuma skrg..bila sorg2 mkn bunyi mcm sempoi la plak...
sebab tujuan aku mkn bunyi..Nak bagi IBLIS SYAITAN benci kat aku dan annoying dgn aku..so harap..Makhluk ni p blah dok jauh2 ckt..
#done

Anonymous said...

Akak reject seorang mamat ni sebab telinga akak tak tahan bila masa makan mulut dia berdecap2... memang hilang selera akak dibuatnya....so bye bye...

Unknown said...

Saya mmg pantang dgr org mkn bunyi mecap2 ni...tp klu mak mertua yg mkn bunyi mecap2 haa mcm mne? Haha

MF said...

Aku klau org mkn bunyi ni aku jd nk bebai..yala nk tegoq nnt pnjang cita x tegoq xtau nk letak tlinga dkt mn..haish x tenang langsung nk mkn so trpksa la aku mkn sorang2 klau dkt rumah��

MF said...

Buat apa nk mkn bg bunyi klau dh pntang kcuali bila tua dh xda gg lain la bro/sis..adab tu kena jaga bila mkn sbb tu slh 1 dari discipline..peace

Unknown said...

Roommate aku baru je tadi aishhh geram aku tengah study pon xleh fokus , terus bukak google searsh psl ni

Anonymous said...

Sama weii semak nak mampos

Unknown said...

tapi ada juga sesetengah parents yg tak pernah tegur anak makan berbunyi, parents dia pun 2x5 mkn mcm tu.. mungkin parents pun tak tau tu salah satu adab makan.. 😭 stress la dengar!

Pujangga Dekad Akhir said...

Lihat apa yang dimakan... kalau makanan itu keras dan berkuah atau makanan itu liat... bgmana nak makan tidak berbunyi... saya dah tanya dgn banyak pak Ustaz... yg tak tahan degan bunyi org yg sedang makan ni sbnrnya menghidap sejenis penyakit yg sensitif dgn bunyi berdecip.. boleh search atau google kalau tak percaya... sebab ada sesetengah org suka dgr orang makab berbunyi juga... namun sehingga kini saya belum menemukan sbrg hadis yang melarang kita berdecip apabila makan...so kalau ada dalil yang sohih melarang orang makan tanpa berdecip mungkin boleh membantu manusia yg punyai penyakit tak boleh dgr org makan berdecip...

Anonymous said...

hee kat opis ni ada dua, duduk meja depan aku betul2 memecap makan. yang sorang tu mecap nyer tak boleh bincang, nasib la yg betul depan ni kurang sikit. Kalau pasal org lain bukan main complain itu ini. diri sendiri huh. Pernah gak despatch tegur yg memecap kuat tu, siap boleh cakap ikut suka hati dia lah nak makan bunyi ke tidak. masaalah nyer ko makakn org lain dengar. Aku tak tahan aku kua opis jer.

ina said...

nak komen jugak..walaupun pos ni dah lama..
dekat rumah aku ni baru ada manusia yang mkn berbunyik2...aku dah tegur...kejap jek ok..mak nya sejenis x ajar kunyah jgn bunyik gamaknya...

kemurugan aku nak mkan sekali dekat satu meja...
seriusly kembang tekak...putus selera...

Anonymous said...

Ya betoi. Kena makan degan sopan dan kurangkan bunyi berlebihan. Kadang2 tidak dapat dielakkan bunyi bila mngunyah makan rangup atau keras. Kunyalah perlahan-lahan agar tidak bunyi terlalu kuat. Jika bunyi kuat mengecap dan lain sangatlah tidah sopan. Bunyi mengecap sy boleh tahan lagi. Ada orang makan bunyi seperti sedut makanan bersama kuah atau sup bergegar slurrpps…bila makan seperti mee kuah, sup dll😅 Aduss. Hebat lagi bila makan nasi pun boleh bunyi sedut seperi ada kuah, hebat betol . Bagaiman boleh buat begitu. Marilah kita menjamu selera secara sopan dan beradap, mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Anonymous said...

I pun tak suke sangat dengan suara makan mencap ni. Macam orang tak ada adan laah. Bising telinga kot mendengarnye. Orang tak diajarkan adab nampaknya makan mencap ni. Nampak sembarang je laah. I dislike very much more and more.

Anonymous said...

Tak makan ditegur ....Susah kalau tidak diajar drp kecik cara makan yg.beradab ni.
Makan berbunyi.....minum pulak hirup dgn kuat.
Saya sudah buntu macamana untuk tegur pasangan yg. Tidak mahu berubah.

Anonymous said...

pergi mampos org nk ckp apa.. dia ckp blkg. dia phla kurg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...