Wednesday, November 3, 2010

Kisah benar aku jadi peragut kerana mereka.


Assalamualaikum. Hari ini aku sedia menceritakan kisah bagaimana aku sanggup menjadi peragut kerana mereka. Inilah kuasa kasih sayang. Kerana kasih dan sayangnya aku kepada mereka, aku sanggup menjadi peragut.

Kisah ini baru berlaku, aku kongsikan kepada semua pembaca blog aku ini supaya boleh dijadikan tauladan dan pedoman kehidupan masing-masing. Blog merepek ini kadang kala ingin juga berbicara serius.

Kisah ini berlaku apabila aku mula berkenalan dengan mereka. Kami mula berkenalan kira-kira 3 bulan lepas. Perkenalan kami yang pada mulanya sekadar suka-suka menjadi semakin serius kesan daripada keserasian yang ada. Makin lama kami semakin akrab. Segala masalah, rasa suka duka aku kongsikan dengan mereka.

Semakin hari, keakraban ini mengajar aku erti pengorbanan. Aku sanggup menghabiskan masa, menghabiskan wang demi keseronokan bersama mereka. Betul kata orang, kasih dan sayang mengatasi segala.

Ya, aku tak kisah berkenalan dan berkawan dengan mereka walaupun aku tahu mereka susah. Ketiadaan wang untuk berbelanja itu perkara biasa bagi mereka. Sebab itulah aku kata, bila berkenalan dengan mereka aku mengenal erti pengorbanan. Masa yang ada aku luangkan dengan mereka. Wang yang ada aku belanjakan untuk kesenangan mereka. Mereka senang, aku bahagia. Mereka murung aku merana. Bunyi macam menggelikan tapi itulah hakikat sebenarnya.

Saban hari, aku sendiri ketiadaan wang untuk dibelanjakan. Mereka nampak tenang sahaja sedangkan aku bersusah hati memikirkan tentang makan dan minum mereka. Kasih dan sayang aku masih kuat. Tak mungkin aku biarkan mereka bersusah payah kelaparan segala.

Akhirnya, aku mengambil keputusan mudah. Biarlah orang kata aku gila. Biar orang mengumpat aku sewel segala. Aku sanggup. Aku memilih jalan ini. Masalah kewangan ini membuatkan aku memilih untuk menjadi peragut. Demi mendapatkan makanan. Bukan bagi aku, tapi bagi mereka. Ya. Bagi mereka. Peragut pun peragutlah. Hanya itu jalan yang ada.

Steado Deado, aku sayang korang. Aku sanggup jadi peragut rumput segar untuk dijadikan makanan korang. Korang sayang aku tak?...

Nota meragut: Jangan marah. Nanti cepat tua. Baik tolong aku jadi peragut jom! ;)

5 comments:

Paan Ovrtd said...

Hahaha! Kasih sayang mengatasi segala ya....

Wana ~ said...

haha..dah agak dah ending cite ko mesti xleh blah.ayt lak nk geli2..so dr awl2 bce ak dh gelak..hahaha =Pa

ezzu said...

hahaha..x marah tp kelakar...hehhe..
memg btol kasih syg mengatasi segalanye...

Zulfahmi Abidin said...

kuat berimaginasi lah dye nie.kasihsayang mmg penting kan??

Terkini:
1. Tembikai Susu Ais Kisar Gembira
2.Lupe Sampai Tak Ingat 
3.Beeppp..Beeppp....Beeppp

Homemade Pizza JB said...

aku pon slalu amek rumput untuk kikilili.. huhu.. ade je org nampak. tp aku buat tak tahu je. yang penting meke kenyang. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...