Thursday, November 4, 2010

Sekitar pembukaan rasmi UNIQLO Malaysia, Fahrenheit88 Kuala Lumpur.


Pergh! Hampa gila weh.. HAHA. Oih hampa gelak-gelak pulak apa hal? HAHA.


Sempena pembukaan UNIQLO Malaysia (Sila klik), aku ingat sambutan tak adalah macam ni. Walaweh! Gila punya ramai manusia datang pembukaan UNIQLO ni! HAHA. Silap la aku. Memang butik UNIQLO tu buka mula pukul 11 pagi, tapi manusia yang excited dah mula kumpul awal pagi kot semata nak masuk kedai tu! Aku? Aku datang awal jugak! Pukul 1 petang baru sampai sana! HAHA. Makhluk asing pun datang! Tak percaya baca sampai habis!


Aku sampai je sana, masa berjalan kaki nak pergi ke Fahrenheit88 tu aku dah pandang kiri kanan aku orang lalu lalang pegang beg plastik shopping yang warna putih tulisan merah-merah! Ya! Beg plastik UNIQLO la tu! Haish. Siap dengan beg percuma lagi. Melepas.. Melepas.. 


Sampai je Fahrenheit 88 tu, aku tengok orang beratur ya rabbi ramai gilak! HAHA. Terus padam niat nak masuk UNIQLO. Duduk tengok-tengok jap je dari luar. Cis!


Hati tambah paneh bila tengok Echa dengan spek mata baru barangkali, duk pegang bakul dalam Butik UNIQLO tu! HAHA. Sakan kau bershopping kan Echa? Blackberry mana? Echa cakap (ok kat sini ada pembetulan. Sebelum ni aku cakap diorang pergi pukul 8 pagi kan? Silap!)


Sebenarnya mereka bertolak pukul 6.45 dari UKM! Sampai sana pukul 8 pagi & diorang tunggu kat situ dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi baru boleh masuk UNIQLO! Pergh! HAHA. Haish gila excited kau Echa? MK pulak dah tak hirau orang luar dah. Tak nampak pun agaknya aku kat luar butik tu kan? Fine la MK! HAHA.



Beratur dari dalam...

Dan dalam lagi...

Sampai ke luar...

Dan luar

Dan luar lagi!

Malas beratur? Duduk luar je tengok diam-diam.

Ni hah makhluk asing pun datang. HAHA.
Ni ada promosi broadband apa ntah.


Ok. Lepas tu aku dapat cadangan baru. Aku pergi kat parking motosikal aku, aku pakai helmet, hidupkan moto brooom balik UKM semula. Cilaka! Ingat aku rajin nak beratur macam tu?


Bye UNIQLO. Next time aku datang. Tak ada promosi pun tak adalah. Janji rock.


Tapi kan, ada benarnya kata MK. Lepas ni UNIQLO akan jadi serbuan budak-baru-nak-naik-yang-suka-pergi-Topman. Maka, hilanglah ke-eksklusif-an UNIQLO lepas ni. Heh.


Nota UNIQLO: Tak apa. Aku bukan peminat tegar UNIQLO. Cuma berminat dengan harga murah-murah sempena promosi pembukaan je. Cheah! Konon!...-_-"

6 comments:

Paan Ovrtd said...

Urgh... I don't do Japanese wears, so Uniqlo can pass.

Tapi ramai betul la pulak ya?

Taufik Jusoh said...

@Paan Ovrtd, ramai gila babi. haha

Uniqlo simple weh takde jepun sangat.HAHA

Mohd K. Anuar said...

ish mana perasan, aweks-aweks hot ramai wo. rambang mata nak pilih awek, eh silap, seluar jeans.

* budak-baru-nak-naik-yang-suka-pergi-Topman = biasanya poyo sebab macamlah brand ini je yg dia tau nak beli. katanya, bundle-bundle tak main seh. tapi akhirnya masuk juga butik dia kat malaysia.

shandye. said...

haha.
aku gerak dr ukm jam 8, sampai frnht 88 tepat kul 10, queue dh panjang tahap gaban sampai depan butik aldo dh.

aku baru je join queue tak sampai seminit aku tgk blakang tudiah dh sampai ke sebelah sana dh panjangnya.

dua jam kebalkan kaki utk menahan sabar/lapar/mata/sakit semata-mata untuk jeans2 uniqlo yg super-murah.

ngee...

bangga dgn diri sendiri kejap.

ILA HonEyBuNNy said...

hahhah..makhluk asing pn ada....huuhu

drsshk said...

pergghh macam best! nak g tapi takde member! *nak pegi gak sebab ade harga promosi* :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...