Saturday, June 27, 2009

Seram ohh..


Hai senangnya dalam hati.. Exam dah habis. Ringan kepala. Tapi kenapa tak balik lagi? Sebabnya adalah aku telah menjadi PC iaitu Pemudah Cara. Alahai.. Tak tahu lagi? Fesilitator untuk Minggu Mesra Pelajar UKM Sesi 2009/2010. Wah! Dah nak masuk 2010 dah ke? Hoho..

Itu semua tak kesahlah. Tapi yang aku kesahkan sekarang adalah.. Aku diberi bilik. Bilik aku ni letaknya di Kolej Keris Mas. Kolej ni la yang aku akan duduk bila naik Tahun 2 ni. Sayangnya, bilik yang aku dapat sekarang ni blok lain. Bukan blok yang aku akan duduk kelak.

Tambahan lagi, bilik ni aku duduk sorang-sorang. Lagi ditambah disini, blok dimana bilik aku sekarang ni, penghuninya kurang. Dalam 3 or 4 bilik je yang ada orang duduk (kot?). Aras aku ni pulak aku rasa aku sorang je yang ada. Seram. Sunyi sepi. Aku tak suka. Aku ulang. Aku tak suka! Ngerti tak?

Sepanjang aku duduk kat sini (padahal baru je pindah tadi), aku rasa seram. Baru aku tahu yang banyak perkara yang boleh buat aku seram.

Masa mula-mula nak masuk bilik ni tadi, ada pakcik tukang repair apa-apa ntah kat depan blok aku ni. Oh seram..

Bila masuk bilik, tengok almari dia besar sangat (almari bilik aku sebelum ni kecik je). Oh seram...

Bila dah letak barang semua baru aku perasan lampu study kat meja aku ni takde. Oh seram..

Aku gi tandas. Sangat banyak bilik air dia. Ada tempat untuk Air Besar. Ada jugak tempat untuk Air Kecil. Ada jugak tempat untuk Mandi. Tapi rasa banyak sangat sebab aku sorang-sorang sekarang. Ada berapa? Aku lupa nak kira sebab Oh seram..

Dalam tandas ada cermin. 4 cermin. Besar-besar! Apsal letak 4? Aku rasa sekarang ni aku duk sorang je. Oh seram...

Lepas tu aku duk je dalam bilik. Lama gila aku duduk dalam bilik. Ngadap laptop. Bosan. Aku jenguk kat luar tingkap. Baru aku sedar rupanya bilik aku sekarang ni menghadap blok yang tak siap. Blok tuh siyes seram weh. Bertambah lagi aku punya Oh seram...

Aku main game kat facebook (gi la challenge aku main waka-waka, wakakaka) Tapi game yang aku main tu background music dia macam dalam citer hantu. Siot betul. Oh seram..

Dalam pukul 8.30 malam aku keluar. Terpaksa sebab ada meeting. Kalau tak mati la aku nak keluar (kencing pun tahan). Nilah part paling seram. Aku kena lintas 3 bilik sebelum sampai pintu keluar dari blok aku ni. Sunyi je. Aku pandang terus kat depan. Pandang pintu keluar tu biar rasa cepat sikit perjalanan aku.

Aku dah melintasi satu bilik. Lek je. Aku wat muka slumber badak. Badak pun mau mati pengsan tengok aku wat muka cam dia. Sampai bilik kedua dari bilik aku.. Tiba-tiba mata aku melirik pada benda hitam kat longkang. Zupp! Sekali.. Aku tak tegur. Rilek lagi. Zuupp!! Kali kedua. Aku tak toleh lagi. Muka masih badak lagi. (badak jantan ok bukan badak betina). Zupp! Kali ketiga weh!! Aku dah tak tahan dah kali ni. Aku nak pandang gak biarlah apa je yang melintas-lintas tu. Matlamat aku nak tengok gak. Aku pun berani tak berani (muka badak da tuka jadi muka beruk nervous) toleh la kat benda yang zupp! Zupp! tadi tuh..


Tergamam. Aku diam je. Mata aku tak berkedip. Betull! Ada!! Benda hitam! Tiga! Comel. Anak kucing. Hitam legam. Ciss!! (dalam hati). Terus aku sambung jalan balik. (muka beruk nervous tukar jadi muka hensem aku sedia kala). Oh serammm..

Sampai la ke waktu ni aku seram je. Sampaikan bunyi kipas pun seram bagi aku sekarang. Hampeh3!! (tepuk dahi).

Aku tak kira. Esok aku nak gi mintak tuka bilik (kalau dapat) aku nak tuka gi bilik aku yang memang aku akan duduk bila naik tahun 2 nanti. Korang doakan aku biar aku dapat bilik sana. Bilik sana best, sebab bilik sana duk kat blok yang ramai orang duduk sekarang ni.

Lokman (budak yang patut duk sebilik ngan aku sekarang) la ni taknak duk kolej ni. Nak gak duk kolej sana. Cittt! Haha.

Alamak weh, aku nak kencing ni. Meh teman aku please.. I'm begging u =[.

p/s : Sape nak teman aku mandi ni? Pukul 6 pagi dah kena kumpul dah =[.




15 comments:

haruan tasek said...

bro jadi le seorang lelaki yang gagah perkasa...hu..hu

adey manis said...

hantu la temankan hang mandi.

pocong2... buleh teman aku dak?? ku takut la.. hg tgu kat luaq na.. haha

izansalleh® said...

ceit!
penakot rupenye ini topex...

Anonymous said...

meh aku temankan meh..
hihi

Kapten Luffy said...

penakut giler


kakaka

Taufik Jusoh said...

@4198058905448635162.0
gagah la ni. hahaha..
dah nak wat camne kucing tu takotkan aku.
siot nye kucing.

Taufik Jusoh said...

@4836727605446892748.0
sat gi pocong tuh g mandi ngan hang.
siap tlg cukoq bulu ktiaq hang lagi.

Taufik Jusoh said...

@8094351873362436944.0
ni adalah cerita.
ishh (baik punye cover)

Taufik Jusoh said...

@4266174342313127223.0
haaaa...
yg ni la yg aku tggu ni :P
jom~ >.<

Taufik Jusoh said...

@6313841581894085274.0
ntah la giler tu mmg penakot :P

Anonymous said...

aku dulu masa masuk hostel dok blok yg dah lama org x duduk n satu blok aku 4 org jek.coz hostel lain da pnuh.tpi x lama coz pastu bdk2 bru msk lega r sikit.

-WaN- said...

huh kantoi takot penakut kalo duk sesorang...hakhakhak

Mrs Nurul said...

silala buat bace yasin sikit lam bilik tu ok

nadz ruslan said...

seronok sangat mensaiko diri. hehehe

aleena said...

hikhik..

as a guy kene berani owh;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...