Tuesday, October 13, 2009

Tok bomoh tonyoh



Baru-baru ni kena teman kawan berubat dengan sorang bomoh ni. Ikut cara kampung katanya sebab dah cuba makan ubat hospital, klinik dan sebagainya tapi masih tiada kesan yang positif.

So pergilah teman kawan jumpa sorang bomoh ni. Bomoh ni memang nampak handal la. Baca macam-macam, hembus sana, hembus sini *tapi mulut tetap busuk wokey. 


nak je aku maki "hey bomoh, walaupun muka kau macam Ashraf Muslim, mulut kau tetap bau hanjeng"



Jampi punya jampi, baca punya baca sekali si bomoh ni suruh aku dengan kawan aku ni pergi ke kubur. Haish aku masa tuh dah taknak percaya dah. Nak balik je rasanya. Ye la ada ke patut suruh kami pergi kubur kan. Tapi sebab kawan aku ni nak jugak cuba so aku temanlah buat-buat berani.


Sampai kat kubur tok bomoh tu sambung lagi baca-baca. Last sekali dia suruh kitorang duduk kat kawasan perkuburan tu satu malam. Alahai tok bomoh, kau nak kena sepak dengan aku ke apa? Nak suruh aku lepak kat kubur tuh kenapa? Bagi la lepak kat mapley ke ape ke boleh jugak minum-minum. Ni tidak, kubur jugak yang dia pilih kan.. Gigih betul.


So nak tak nak kami pun dah ada kat kubur tu kan. Duduk la kononnya nak abiskan satu malam kat situ. Nak buat apa ntah kan? 


Keadaan kat kawasan kubur. Yang ada kami je dua orang. Tok bomoh dah hilang kemana dah. Haish sedap-sedap dia suruh kitorang lepak kat kubur, dia balik tidur agaknya. Dalam hati tak payah cakap. Sumpah seranah dalam setiap bahasa dah keluar.


Nak tidur memang tak dapatlah, dengan nyamuknya, dengan seramnya kan. Bayangkanlah kau kena tinggal dua orang je kat kawasan kuburan kan? Gelap gelita. Yang nampak pun samar-samar batu nisan warna putih. Seram siot.


Apa tok bomoh ingat kubur tu seksi macam ni ke?



Agak lama lepas tu tetiba tok bomoh yang agak tuttttttttt tu datang kat kitorang. Dia tanya kat aku. "kau makan gula-gula berangin tak?". Aku dengan slumber babi badak jawab "ada makan tadi, dah habis dah". Tetiba tok bomoh tu naik marah kat aku. Dia kata hantu suka sangat kalau orang makan menatang tu. Siap tak bagi aku ikut diorang balik lagi. Aku dah nak gelak dah time tu sebab aku ingat tok bomoh nak melawak sebab aku pikir macam takde kaitan la pulak kan hantu dengan gula-gula berangin. Sekali tak jadi nak gelak tengok muka dia serius gila. Terus tak jadi nak tergelak, rasa nak terkencing terus.



Sambil marah dia cakap "hantu tu akan ikut kau!!" Sambil-sambil tu jari dia tonyoh-tonyoh muka aku. "hantu tu ikut kau balik nanti!!" haish tok bomoh, lu apahal nak takutkan gua ni kan. Sambil tu dia tonyoh-tonyoh lagi kat muka aku. Geram campur cuak campur nak berak lagi aku masa tu.


Tonyoh sana tonyoh sini ingat muka ni ada tulis "sila tonyoh sesedap rasa" ke? Nak je aku sepak si bomoh tu. Harap je aku ni sopan lagi. Padahal cuak tahap hanjeng jelir-jelir dah masa tu kan. Tetap nak ego tu.


 tonyoh lagi tok bomoh! tonyoh! *tok bomoh macam monyet!


Makin lama tok bomoh tu makin menjadi-jadi pulak tonyoh muka aku. So aku nak bukak mulut la kan nak maki. Tetiba tok bomoh cakap "bangun wei bangun, kata nak gi sahur dah pukul 5 pagi ni". 


Bukak mata, tengok roomate sendiri tengah tonyoh-tonyoh muka aku atas tujuan nak buat gangguan seksual kat aku kejutkan aku sahur.


CILAKAK!! Nak maki kang roomate sendiri kan? Sabar je la.


Nota tonyoh-tonyoh : cerita rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang menonyoh muka aku. Sekian.


7 comments:

Anonymous said...

cerita yg poyo
hahahhaa

Frodo Baggins said...

wakakakkakaka cacat kau!!!!

muhkakakakkakakka ~ agak2 napas roomate ko bau hanjeng tak time suh ko bagngun sahur tuh?


>___<

kojah said...

owhhhh fizo omar

=P

nak num tepon bleh?

wakakakakkaa

izansalleh® said...

ceit!
aku terpedaya!!!!!!!

et said...

ngeh3..hape punyer mimpi la~

keme said...

yeah topex sudah kembalii:D

Saifura said...

huk alohh..mimpi ke ngigau?
agaknye roomate ko lom gosok gigi ms kejut ko kot?
lalala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...