Monday, October 12, 2009

Terkejut orang utan


Salam petang Isnin..

Ok harini hari Isnin. Kalau ikot bahasa penjajah Omputeh, kiranya today is Monday. Kalau dalam India pulak kau boleh tanya budak bilik sebelah kau ataupun makcik cleaner aras aku ni. Tadi dia tanya aku "mana budak bilik ini sebelah?" aku ingat dia nak ngorat budak tu rupanya aku lupa kat pintu bilik sebelah ni ada tampal iklan "Di sini ada jual topap RM 3, 5, 6 > 10. Celcom, DIGI, Maxis" <-- aku tiru seketul macam yang beliau tulis ok.

Di sebabkan harini Isnin. So aku ada kelas la kiranya. Jam 8 pagi sampai 11 pagi, pastu sambung pulak kelas 11 pagi sampai 2 petang. Oh 6 jam ok. Mahu kertu encik bontot aku. Tapi kekdahnya aku tak pergi pun kelas-kelas tersebut. Sebab? Sebab musabab yang tertentu. Haiyo kalau dah malas tuh malas jugak la kan? *lagi nak cakap banyak apa nak penampar ke?

Then tadi dalam pukul 3. Lepas dah mandi dah solat semua bagai, rasa macam berani pulak nak pergi jumpa pensyarah untuk kelas yang aku ponteng tadi. Konon berani padahal takot nak jumpa. So ntah camne aku pergi jugak. Dengan macho, hensem, kemas dan bergaya *ok aku tipu. Aku pakai selekeh, muka tak bermaya, hodoh tapi tetap comel. Boleh?

Sampai kat fakulti, terus pergi bilik pensyarah tu. Sampai depan pintu bilik.. Ketuk-ketuk. Takde respon. Ok ingat nak blah je. Tapi tangan ni gatal pulak pergi goncang-goncang tombol pintu *macam along kutip utang je ganas semacam. Tetiba dari dalam aku dengar suara "yes?". Alamak matilah aku dah kurang ajar camne ni nak lari ke nak tunggu je pintu tu terbukak? Nak tak nak, aku tunggu je sambil buat muka comel macam badak air kucing.

Buat muka comel + sedih cam kucing ni. Ingat senang ke?

Pintu terbukak. Pensyarah tu ala-ala buat tak kesah aku goncang-goncang macam nak cabutkan tombol pintu dia tadi. So aku tengok dia buat tak kesah, aku pun terus "ADA AKU KESAH"kan dia. Boleh pulak kan macam ni?

Terus masuk. Tak duduk. Malu *aku memang pemalu yang amat orangnya. So pensyarah tanya kenapa tak datang apa semua yang dia nak tanya. Aku pun transform jadi manusia paling comel dengan muka lebih kurang 40sen bagi la sebab dan musabab yang tertentu. Nasib baik dia terima alasan yang aku bagi. Terus bagi aku tandatangan untuk kehadiran kelas harini. Dalam hati aku masa tu dah cakap "haish senangnya hidup".

kau boleh buat muka 40 sen macam aku buat dalam gambar kat atas ni?

Tup-tup dia kata dia dah bagi result untuk MID SEM baru ni. Alahai tak bersedia nak tengok. Hmmm memang, tak payah tengok pun dah tau result aku macam biasa mestilah A. Ingat aku bodoh sangat? *ok tipu lagi, aku tak dapat A. Kekdahnya lagi aku kena dengar leteran pensyarah tu lagi. Aku pun agak terkejut orang utan tengok result sendiri.

lebih kurang terkejut orang utan camnilah aku tadi

Buat-buat pekak *jangan pekak betul sudah aku pun dengar la dengan tekun dan comel Lastly, dia bagi aku soalan-soalan tutorial yang aku kena bagi penekanan. Walla! Kira ok la aku tak datang kelas, pastu dapat tandatangan kehadiran pastu dapat tips lagi. Ok lepas ni kena buat selalu ponteng kelas tu. Suka? *perasan lagi.*muka mantain tak bersalah. Memang nak penyepak pedas betul.

Apapun, aku tak study lagi untuk FINAL ni. Sekian.

nota bulu idong beruk : Kelas satu lagi tu kira aku datang gak ah sebab member dah tolong tandatangan. Suka?



2 comments:

izansalleh® said...

insaflah topex....

Nurul Saadah Tumiran said...

serius ni.kucing tu sgt comel22...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...