Wednesday, March 10, 2010

Nenek 101 tahun ada tanduk di dahi | Gajah.


Salam Rabu malam Khamis. Dah berak semua? Jangan tahan-tahan ok? ;)

Apa sudah jadi. Macam-macam benda yang dah jadi. Minat pulak nak kongsi gambar sorang nenek berumur 101 tahun yang ada something kat kepala. Tak pastilah benda apa sebenarnya benda ni, tapi seriously ia nampak macam tanduk. Sebijik. Cuba tengok..


 
See? Tanduk kan?
Thanks MYADHA.
LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.

Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.

Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.

Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.
Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit.

- Agensi


Hmmm tak tahu nak kata apa. Kalau tanduk betul. Pergh! Gila hebat nek! Jangan tanduk saya!

Kuasa Tuhan…
 
*****************

Baik, kita terus ke topik kita yang seterusnya. Gajah. Semenjak dua menjak ni aku nampak minat orang-orang kita semakin menggunung terhadap gajah ni. Kawan-kawan aku pun sama. Nak gajah! Nak gajah! Ingat murah ke nak macam tu je? Gajah mahal tau.

Aku pun tak ketinggalan minat kat gajah. Nak kumpul duit nak beli gajah. Walaupun tak berapa pandai nak pelihara gajah ni, tetap nak jugak. Tapi nak kumpul duit nak beli gajah ni bukan senang. Binatang ni mahal!

Hmmm doa je la banyak-banyak moga harijadi nanti dapat hadiah gajah! Takyah letak dalam kotak pun takpe, aku paham gajah ni besar sangat sampai tak boleh nak letak dalam kotak. Janji aku dapat gajah pun dah cukup. Haha. Nak gajah k.. *berangan
 

Gajah!


Nota nenek gajah : Nek, Berat tak menatang gajah ni?

5 comments:

Homemade Pizza JB said...

hoho..baru jek bace psl nenek tu kat blog myadha..tgk2 ko post gak..hehe

dslr...best tu kalo dapat...
kalo ko da ade gajah tuh, bleh la aku pinjam...^_^

geeds said...

t kalo ade org nk bg u gajah tuh.
tell them to make it two. one for me.
hehehe. :p

Frodo Baggins said...

dasyat arr nenek!!!
tanduk kepala konceng ~~


aku pooownn nak gajah ..
yeah make it 3 plss ...


>>___<<

Anonymous said...

jgn sbut gajah2 ni topek.terasa aku

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

siyes nenek tu chumel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...