Monday, March 8, 2010

Excuse me, saya tengah beraklah.


Maka tersebutlah alkisah. Cerita zaman dahulu kala. Zaman Hang Tuah Hang Jebat Hang Lekir Hang Hang Matilah Hang!

Nama panjang Salahud. Nama pendek Sal. Hoho. Hari kejadian, aku ada kelas sama dengan Sal. Pengurusan Emosi. Hmmm tapi sampai sekarang emosi tak pernah terurus. Duk emo je lagi~

Kelas tu pukul 11 pagi. Tapi 8 pagi tu aku ada kelas dah kat Fakulti aku. Lepas kelas 8 pagi aku terus gerak gi kelas 11 pagi ni la. Hah kelas 11 pagi ni kat fakulti lain. Kira sebelah fakulti aku je. Terkedek-kedek la aku jalan kaki pergi kelas. Maklumlah masa ni belum kahwin dengan Siti Tenggiling.

Sal pulak masa ni dah ada moto. Kelas pukul 11 pagi tu kelas first dia untuk hari tu. Rempit je la mamat ni. Dengan mata bengkak masuk kelas. Baru bangun tidurlah tu!

Kami layan la pensyarah tu mencarut kat depan. Telinga agak-agak tuli disulam dengan menguap tiga empat puluh kali.

Habis kelas. Macam biasa aku nak naik dengan Sal ni. Dia pun dah tau aku naik dengan dia siap bawak helmet lebih. Kami gerak pergi ke parking moto. Nak pergi isi perut dulu sebelum gerak balik isi peta pada bantal pulak.

Sampai kat parking. Sal gelabah semacam. Gagau sana. Raba sini. Jolok sana. Cucuk tang sini. Cucuk tang sana.

"Apahal bro?"

"Kunci...."

"Apahal kunci?"

"Hilang..." Muka gelabah puyuh.

"Kau letak mana sampai takde? Jom cari kat dewan kuliah tadi kot kot terlupa ambik"

Kami lari laju-laju ke dewan kuliah tadi. Aku pun gelabah gak masa ni. Gelabah sebab perut tengah lapar nanti kalau kunci hilang macam mana nak isi perut? Haha gila kejam. Bukan nak risau pasal moto orang tu kan?..

Cari punya cari. Akhirnya... Tak jumpa. Sal buat muka tahi. Tahi lalat.

"Cuba kau ingat balik, kau pergi mana lepas parking moto?" Aku cuba nak jadi Detective Conan jap.

"Mana ada gi mana mana.. Terus gi kelas" Sal masih dengan tahinya. Erk! Maksud aku muka tahinya.

"Mana la tahu kot kot kau pergi makan, pergi tandas, berak ke apa ke?"

"Mana ada.. Eh jap jap! Aku rasa aku gi tandas jap tadi"

"Hah tadi kata tak pergi mana. Jom pergi tandas"

Lari-lari anak pergi tandas. Perut lapar ni. Harap cepatlah dapat balik kunci moto tu. Haha tak habis-habis pikir pasal perut ni.

Sampai tandas.

"Kau buat apa pergi tandas?"

"Aku makan nasik. Pastu tengok Chelsea lawan MU"

"*&@#$%!!"

"Ok ok! Aku kencing. Tandas ni"
Sambil jari tunjuk tandas yang tertutup.

Aku pun macam nak jadi hero la jap. Ketuk pintu tandas. Tok tok tok!! "Excuse me, ada kunci tak dalam tu?"

Senyap je.. Takde suara. Agaknya malu kot sebab kitorang duk kacau dia berak kan?

Aku ketuk lagi. Bang bang bang! (ketuk cara kasar bunyi macam ni ok)

Tetap takde respon.

Lepas tu Sal pulak ketuk.

Lepas Sal, aku pulak.

Lepas aku, Sal pulak.

Lepas tu.. Hah palotak kau bila nak habis cerita ni?

...Tetiba tergatal lak tangan ni nak tarik pintu tu.

"Kreeekkkk!" Pintu terbukak.

Damn! Pintu ni jenis kuak ke luar. Bukan ke dalam! Cis!~

Sal ambik kunci tergantung pada pintu tandas. Kami terus blah sambil gelak terkangkang-kangkang.

Nota orang berak : Kalau aku duk dalam tu tengah melepas aku jawab "Hey gila! Agak-agak la! Nak berak pun tak kenyang camni!"

2 comments:

Mitsuo said...

ko memang suka skodeng org berak kan? ahaha!

cik uya said...

hahaha..sengal la topex=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...