Monday, December 20, 2010

5 perkara suka & tak suka bila buka semester.


Bila dah buka semester baru ni. Orang dah mula ramai. Keadaan pun dah lain berbanding sebelum ni yang mana aku rasa macam aku duduk blok ni sorang-sorang. Setiap malam sunyi sepi. Tak keruan hidup. Takut. HAHA.


Antara perkara aku suka bila buka semester.

1. Orang dah ramai. Tak perlu takut lagi. Erkk pelik ke? Tak pelik pun kau tahu dalam blok ni bila manusia kurang. Macam-macam penghuni lain masuk. Bukan hantulah hantu! Penghuni lain tu macam anjing, beruk, monyet dan kura-kura. Serius.

2. Meriah. Lampu bilik semua terpasang. Tak rasa hidup macam sorang-sorang dah kat blok ni. Tak sunyi. Tak sepi. Bunyi orang jerit-jerit. Boleh berlawan kentut dengan orang bilik sebelah. Serius mencabar. Sedih tiap kali kalah! Maklumlah orang sebelah sihat. Alep kan?

3. Kafe, koperasi, kedai-kedai dalam UKM dah bukak semua. So tak payah nak rempit keluar kalau nak beli barang yang tengok pada harga memang rasa tak patut keluar pun tapi bila tengok kegunaannya memang kena keluar by hook or by crook. Contohnya nak beli Pil Chi Kit Teck Aun RM1.50 kat 7E. Jauh kot nak keluar tapi kena jugak keluar sebab nanti cirit makin kronik.

4. Pegawai keselamatan kat pintu pagar tu dah tak berapa nak tahan sangat sebab ye lah orang dah ramai so dia pun macam malas-malas nak tahan sorang-sorang. Ramai kan? Penat lah kot nak check sticker UKM ada ke tak apa semua. Sebelum buka semester bukan main lagi dia tahan. Sebab yang ada kat UKM pun masa tu berapa kerat je.

5. Orang dah ramai online facebook. Facebook jadi meriah. 

Itulah serba sedikit perkara yang aku suka bila buka semester. Kat bawah ni pulak perkara yang tak berapa nak suka bila buka semester.

1. Parking sudah penuh! Tak boleh parking lintang pukang macam sebelum ni dah. Parking sekarang kena selit sembelit seboleh-boleh. Jimatkan ruang katanya. Banyak moto, ramai orang.

2. Tandas sudah penuh! Tahi tak flush pun banyak! Sedih! Sedih! Nak mandi kena beratur. Bangun kena awal nanti takut tak sempat pergi kerja. Oh apa? Korang buka semester kena belajar ya? Aku kerja. Tak payah study. (Konon bahagia)

3. Jalan dalam UKM sesak. Dah tak boleh buat sesuka hati rempit wrong way. Tak boleh lawan arus. Nanti kena langgar mati.

4. Bila orang dah ramai online, wifi pun jadi siput. Menyampah lah pulak. HAHA.

5. Barang-barang pun dah kena jaga elok-elok. Sebelum ni boleh je nak letak satio kat atas meja bilik pantri ikut suka hati. Sekarang cubalah buat tengok. 

# Apapun, bolos saja semester ini. Selamat belajar guys!

11 comments:

Homemade Pizza JB said...

haha. xbleh blah tang org blek seblah. sat gi alep kentut kat muka ko baru tau. haha

ko selalu kne cirit birit ke? haha

Puteri Iqa Izyan said...

uhhh.tak suke pak gad! haha

Zana Zingaa. said...

haha lawak !

Suehaily Mohd Jiwa said...

yah yah!wifi semakin lemabab.aku xsokaaaa.hehe

FH said...

aku tak suka bila lect start bg assignment. -.-"
haha

zey said...

eh, ada kura-kura sesat? apelarr~~

SyahmiFikri said...

yea.. sokong.. bab parking kereta plg geram.. uia pon sama jer.. mest penuh.. berebut2.. last2 parking jauh.. haishh

Paan Ovrtd said...

Dah2. Kamu toksah nak mengada2. Gi balik kampus sana. Haha!

Kei Hiroki said...

gigih gila kura-kura naik blok ko..ha3

JRY The Boonto said...

paling x best wifi slow bila ramai dah balik. gua rasa setiap u pun alami benda yg sama:D

Anonymous said...

rempit wrong way tu akak byk kali buat 2 kali kene saman ok! hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...