Wednesday, April 27, 2011

Everyone have their own choice.


Sekarang, semua yang masuk universiti sekali dengan aku, satu batch kemasukan dengan aku, yang belajar dalam kos 3 tahun sama macam aku dah boleh dikira habis belajar dah. Tunggu masa untuk konvo je.

Universiti Kebangsaan Malaysia akan berkonvo bulan September bermula 24 - 27 September 2011. Ada berapa bulan lagi tu nak tunggu. Lambatlah kiranya konvo tahun ni berbanding tahun² sebelum ni. Tapi kira untunglah untuk siapa yang tak sempat habiskan unit sebelum konvo. Sempat lagi praktikal masa semester pendek. Aku sendiri pun terpaksa balik semula untuk semester pendek sebab ada dua subjek tak settle. Pheeww! Lucky me!

Can't wait to lambung² like this! xD

Kadang² mengeluh juga bila tengok kawan² yang dah settle semua, cuma tunggu untuk konvo je dah naik status kat facebook masing². Ada yang dah dapat jadi Eksekutif sana sini. Sambung kerja sana sini. Tak kurang ada yang sambung terus kerja tetap kat tempat praktikal masing². Terbaik. Tahniah! Cukup bulan merasalah aku makan free. Hey, remember me hah!~ xD

Semua orang pun ada jalan mereka sendiri. Lepas habis belajar, nak belajar lagi. Habis belajar, nak kerja. Habis belajar, nak kahwin. Habis belajar, nak menganggur. Err, menganggur tu memang tak la kot? Ada ke yang nak menganggur je habis belajar? Bosan.

Aku? Aku sendiri nak kerja. Kalau ikutkan, mak aku suruh je sambung belajar. Tapi, itulah. Malas. Diri sendiri pun rasa nak pegang duit sendiri. Nak tolong itu ini. Banyak benda yang rasa nak dapatkan. Poyo. Hey, tapi itulah sebenarnya. 

“Slow but steady wins the race”

Everyone have their own choice. Mungkin ada yang fikir kalau sambung belajar lagi baik dari terus kerja. Education. Ada yang fikir baik kerja terus. Ada yang fikir nak kerja dulu nanti² sambung belajar. Ada yang fikir kerja sambil belajar. See? Everyone have their own choice aite? Cuma yang membezakan mereka adalah pelaksanaan. 

Moga² percaturan yang dilaksanakan bukan sesuatu langkah songsang dan salah. Aku tak mintak lebih pun. Kalau aku duduk dalam golongan slow & steady pun dah cukup syukur dah. Susah nak laju² ni. Tapi kalau boleh laju, apa salahnya? Hahah.

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Teringat lagi pesan Cikgu masa sekolah dulu. "Walau kemana pun awak nanti, pastikan jangan lupa ibu bapa awak. Sedekahkan Al-Fatihah tak kira dia hidup atau dah tiada. Ingat, kalau awak berniaga, tak perlu cari pelaris benda² tak elok macam tu. Yang penting jangan lupa berdoa untuk ibu bapa awak je. Kalau awak kerja apa sekalipun, tetap jangan lupa doa untuk ibu bapa awak. Jangan sampai Allah sempitkan pintu rezeki kerana kealpaan awak tu.."

*Ayat lebih kurang macam ni lah isinya. Tambah² sikit bagi sedap. xD

Semoga kita, atau aku sendiri tak lupa benda ni. InsyaAllah.

**Amboih serius benar blog kau ya sekarang? HAHAH!

3 comments:

mizzbutterfly said...

selamat buat shortsem....

AfiQ said...

best of luck weh! ^__^ ak doakan yg terbaik tuk ko..tp da keje jgn lupe ak lak! haahah..

agak serious ko skang eh.. da matang mungkin? hahaah

HaMiZah said...

terbaikkk .good luck :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...