Wednesday, June 24, 2009

Aku jadi pelik


Aku jadi pelik. Sangat pelik. Banyak sangat perkara yang buat aku jadi pelik.

Aku jadi pelik bila santunnya bahasa seorang lelaki disalahtafsirkan hingga dikatakan lembut yang ‘lembut’. Inikah punca ramai anak bangsa Memilih pertuturan kurang ajar dari yang sopan?

Aku jadi pelik bila seseorang itu bahagia, pasti ada yang tak senang dan tak suka. Ada saja yang mencari jalan untuk melihat yang bahagia jadi porak-peranda. Agaknya mereka sakit melihat bahagia? Ataupun mereka suka melihat duka?

Aku jadi pelik bila baik yang banyak tak mampu nak tutup buruk yang sedikit. Inikah yang dikata “Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut boleh pula dilihat?”

Aku jadi pelik bila kita senyum, mereka kata kita nak tarik perhatian, bila kita masam pun mereka kata kita nak tarik perhatian. Habis nak buat muka bagaimana ya?

Aku jadi pelik bila kita ambil berat, ada yang kata kita nak jaga celah kain orang, tapi bila kita tak endah, mereka kata kita macam kera sumbang?

Aku jadi pelik bila seseorang itu malas, ada yang kata “kau pemalas” dan bila seseorang itu rajin, ada pulak yang kata “janganlah nak tunjuk rajin”, habis macam mana?

Aku jadi pelik bila seseorang itu susah menerima kata dan nasihat, konon dia saja yang betul. Bila dibuktikan salah, masih tak mengaku kalah. Tak ke nampak makin biol?

Aku jadi pelik bila ada yang nak marah tentu hala, tegur sikit darah naik ke kepala, marah balik mula tarik muka. Apa kau ingat kau serigala?

Aku jadi pelik bila ada yang suka membangkang tapi tak pandai nak bersemuka, bagi cadangan bergunung-gunung, masa laksanakan langsung tak nampak batang hidung. Apa kau fikir nak dirikan rumah mula dari bumbung?

Aku jadi pelik, sebelum pertandingan kau kata dia punya idea langsung tak kena gaya, tapi bila dah mencapai jaya, wahhhhh kau kata nasib baik kau yang jadi kepala?

Hmmmm… Aku jadi pelik….

p/s : esok aku exam tapi aku study masih tak masuk apa, so aku jadi makin pelik..T_T




3 comments:

Na Shari said...

Tak ada apa yang pelik kalau dah memang manusia tak pernah rasa bersyukur dgn apa yg ada...Salah org nampak, salah sendiri tutup rapat2... :)

miss izan said...

pelik2...
gamak nye kurg kasih syg kot deme ni topex ;P
tape2,kene masukan deme ni lam wad kottt
wad sakit mentall!

haruan tasek said...

apa nak pelik itulah dunia akhir zaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...