Wednesday, July 15, 2009

Bercinta berkawan


Semenjak.
Dua menjak.
Tiga menjak.
Empat menjak.
Banyaknya menjak..

Haish kebelakangan ni tetiba terjumpa kawan-kawan yang ringan mulut.
Bertanyakan aku..
"bila lagi nak menyambung percintaan yang tak kesampaian?"
Nih nak marah ke nak gelak ni?

Jawapan aku?
*senyum campur gelak darab masam tolak masin sikit*
Itu dulu, zaman kanak-kanak riang, zaman mengenal dunia monyet.
Oh aku tak monyet, mereka la monyet. ;)

Sekarang aku dah besar. (ye ke?)
Biar la gerak dan gaya ku tidak sematang mereka yang kononnya matang.
Tapi aku sudah belajar dari salah dan silap sebelum ni.
Haruslah aku aplikasikan dalam dunia mendatang.
Dalam dunia yang menanti dihadapan la orang kata :)

Kalau dulu mungkin otak aku sedikit pelik pemikirannya.
Konon bila tengok kawan-kawan ada kekasih, aku pun mesti punya paling kurang pun seorang .
Hah sebab tu la kot.
Niat tu da salah.
haha.

Tapi..
Oh takde tapi-tapi.
Barang yang lepas jangan dikenang.

Mencari jodoh?
Taip ON JODOH dan hantar ke 33890 ok.

Sekarang, kalau masih ada yang bertanya..
Aku hanya senyum..
Gelak? Nanti kecik pulak hati member :D

Selalu jugak aku main-main.
Kononnya aku kan kahwin dengan pilihan keluarga.
Oh masin mulut aku nanti macam mane la agaknye :D

Ataupun aku yang tak pandai mengawal diri?
Tak pandai mengambil hati?
Oh kalau ya, nak buat macam mana ini kan diri aku, hidup aku.
Nak berlakon watak romeo ni bukan aku kot.
Cari orang lain please :D

Tapi, kebelakangan ni kenapa ada bayang yang terlintas?
Berlesung pipit.
Ya! Aku suka melihat gadis berlesung pipit.
Carikan aku sorang boley?
Haha :D

Tak mahu!
Lebih selesa kiranya menjadi kawanku :D

p/s : Laptop ni nak kena buang ke nak kena hempas atas lantai? Virus apakah? H1N1 kot.


5 comments:

LuVidA^^ said...

lesung pipit.....lolzzz

Monkey D Luffy said...

tapi kalau tgk org dah kawen... mesti ko nak kawen gak

hehe

atEe said...

aisehmen.
aku xde lesung pipit!

geeds said...

yg pandai guna lesung batu x mahu?
hehe~

HAFFYZA said...

nice post, simple tapi bermakna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...