Thursday, July 16, 2009

Semangat sangat


Salam petang yang dingin (aku rasa aku memang ada masalah nak mulakan apa je entri aku).
Takpelah, who's care.. ;)


Harini macam biasa, tak tidur sebab kononnya kelas 8 pagi so malas la tidur. Dah terbiasa, ala-ala imsomnia? Betulkah ejaan ini?

So tak tidurlah. Dalam area jam 7.50 pagi dah semangat turun nak gi kelas ni. Kelas 8 pagi.

Kejutkan tenggiling.
Sempat borak dengan Alep seketika cuma. Yelah aku da lewat kan..
Kelas pukul 8 pagi ni. Hairan. Aku semangat sangat hari ni nak gi kelas.

So dengan usaha yang gigih, melawan onak dan duri, lautan api semua jadah akhirnya sampailah aku ke fakulti kesayangan aku. Cantik fakulti aku ni. *tetiba*

Dah siap ikat tenggiling apa semua *tenggiling tak basuh-basuh lagi ok* terus jalan laju-laju menuju ke dewan kuliah. Semangat ni. Semangat. Tengok jam dah 8.05 pagi. Bertambah laju aku jalan takut masuk lewat.

Sampai dewan kuliah tu, terus buka pintu. Aikk?? Dewan kuliah kosong. Ya! Empty! Yilek! Sunyi! Sepi!

Keluar balik, tengok betul tak dewan kuliah yang aku masuk ni. Hah betul! Bukan kes macam yang salah bilik hari tu.

Kelas batal ke? Takde sape inform kat aku pun?

Aku pun pergi tengok kat PC sebelah dewan kuliah tu.
Tergamam jap.

Hampeh!
Kelas pukul 11 laa.. ;(

Balik bilik laju-laju.
Dah tak semangat dah.

Balik bilik konon nak baring-baring je tunggu pukul 11.
Sekali tertidur.
Terus terlajak 11.30 baru bangun.
Tak pergi kelas la maknanya.
Sengal.

p/s : sem ni baru je mula, tapi aku da berapa banyak da ponteng =[


8 comments:

Ery Farieha said...

heh. agak ksian. da la pepagi buta :P

Alepela said...

ni semangat xkne waktula,haha

dak baik said...

semangat 2 penting....
teruskan bersemangat...

shandye. said...

laen kali dable cek timetable yek adek?

ahaks.

(dengan chomelnye jalan laju2)

Monkey D Luffy said...

hahaha

ini 'tulah' sebab ko x mandikan tenggiling

muahaha

along comel said...

semangat2
waja2
merah2
kami pantang menyerah!!!!
semangat tuh!!!!
ngeh3..

miss izan said...

sian kat tenggiling ko dapat tuan si topex ;P

laen kali tulis jadual tu besar2 tampal kat pintu ;P

geeds said...

haha.
sgt larh semangat~
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...