Thursday, August 27, 2009

Jangan Paksa Kalau Belum Tiba Masa


Salam Ramadhan. Sekalian yang sudi menjengah ke blog ini Terima Kasih. Sudah lama tidak berupdate. Yang bertanya ketika bersua, yang bertanya walau tak berjumpa berkenaan bila blog ini hendak diupdate, juga terima kasih..

Ramadhan. Bulan yang mulia. Wajib puasa. Ia ibadah. Susah juga kerana sekarang dilihat ramai yang berpuasa kerana adat, disalah ertikan kerana ia adalah ibadat sebenarnya. Mesti ingat, adat dan ibadat adalah dua perkara berbeza.

Bukan bagus sangat. Sekadar menyampaikan apa yang telah disampaikan. Sebarkan Ilmu selagi mampu orang kata.

Sepanjang bermulanya Ramadhan kali ini. Sudah pelbagai peristiwa yang aku alami. Sampai terdetik beberapa kali, betapa jahil diri ini. Dimana kedudukan aku sekarang? Landasan ke puncak kejayaan atau merangkak di lorong kemalasan.

Berita-berita sekarang juga bukan main lagi melonjak-lonjak. Kartika, moga tabah menghadapi hukuman setimpalnya. Kau bukan artis atau pelakon barangkali. Sebab itu kau yang pertama sekali. Berubahlah. INSYAALLAH.

Pakcik di bazar juga. Terima kasih kerana menipu terang-terangan depan mata. Air secawan melonjak RM2? Plastik dah habis katanya. Itu apa yang bersusun-susun meja? Oh kaya.. Kaya.. Untung-untung boleh keluarkan zakat lebih kemudian hari.

Jom kita bagi penekanan dalam perkara wajib sebelum perkara sunat. Jangan lupa juga bagi penekanan yang kuat dalam perkara haram sebelum perkara makruh.


Mari pastikan kita dan mereka menunaikan perkara wajib seperti Solat Lima Waktu dan Puasa Ramadhan. Ini kan lebih penting sebelum kita berbicara tentang perkara-perkara sunat di bulan Ramadhan?

Jika dilihat seseorang yang memang sukar diajak membuat perkara Sunat. Jangan persoalkan terlebih dahulu mengenai perkara sunat tersebut kerana persoalan tentang perkara wajib kepadanya sendiri masih belum terjawab. Solat Fardhunya dijaga dan pastikan dahulu puasa Ramadhannya sempurna.

Kerana, kiranya perkara wajib sendiri masih belum jelas, Apakah sesuai kita beratkan mereka dengan amalan-amalan sunat sehingga mereka merasai satu kejutan berubah daripada hidup yang lalai kepada hidup yang terlalu padat? (Wallahu a'lam)


Melihat kepada sudut yang berlainan pula, bentuk solat yang sempurna. Sempurna Rukun dan Syaratnya. Sempurna seperti yang dibawa Rasulullah SAW. Masih ramai dalam masyarakat kita, yang masih melakukan kesilapan-kesilapan yang menyebabkan solat tersebut tidak sah.

Adakah golongan seperti ini akan dilontarkan mengenai soal malas menunaikan solat sunat? Apa yang lebih utama adalah membantu mereka menunaikan solat mengikut hukum dan syarat yang sempurna sebagaimana Rasullullah SAW solat dan membantu mengingatkan mereka mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat. Inikan lebih utama dan aula? ;)

Ia juga berbalik kepad ibadah puasa yang dituntut oleh Allah SWT. Ia ada rukun dan syarat yang telah ditetapkan. Elok sangatlah kalau kita mengajar umat ini tentang puasa yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Itu juga lebih aula daripada mempersoalkan kenapa mereka tidak menunaikan perkara yang sunat atau digalakkan.

Isu tadarus. Elok sekiranya kita tumpukan perhatian dalam ajaran membaca al-Quran dengan betul terlebih dahulu. Baik dari segi sebutan, tajwid dan cara melagukan al-Quran. Tadarus dan membetulkan bacaan. Bukan sekadar terlalu laju kerana mengejar untuk menghabiskan 30 juzuk.


Segala kata yang terdapat dalam entri kali ini bukanlah untuk mempertahankan sikap malas. Hanya perkongsian dalam bacaan aku sebelum ini mengenai nasihat untuk para pendakwah sama ada secara rasmi atau tidak, agar mereka memperhatikan apakah tajuk yang perlu dibangkitkan di hadapan kumpulan sasaran mereka.

Kiranya jelas. Barulah kita tidak akan menampakkan masalah dalam memilih keutamaan. Supaya tidak berlaku salah faham seolah-olah kita mementingkan perkara sunat melebihi perkara fardhu.

Bukan itu sahaja, kita juga mungkin dapat mengelak dari berlakunya anggapan masyarakat kepada para pendakwah sama ada secara rasmi atau tidak yang mereka ini adalah kasar dan tidak menghargai amalan yang telah dilakukan.

Contohilah cara Rasulullah SAW berdakwah iaitu bermula dengan perkara wajib sebelum perkara sunat.

Ini jelas seperti sebuah hadith riwayat Imam Muslim tentang seorang arab kampung yang datang membuat pengakuan bahawa dia tidak mahu menunaikan solat sunat atau puasa sunat dan apa juga perkara sunat. Dia hanya ingin menunaikan perkara yang wajib sahaja.

Maka Rasulullah SAW memberikan respon yang perlu sentiasa diingati oleh para pendakwah:

‘dia akan masuk syurga sekiranya pengakuannya benar’
(al-Bukhari, no.1891 dan Muslim, no.110).


Segala yang aku kongsikan kali ini adalah berdasarkan apa yang aku baca. Mohon diperbetulkan kiranya ada salah dan silap.

Terima Kasih & Selamat Menjalani IBADAH puasa.

bila Topex cuba berbicara serius ;)

1 comment:

Sufy said...

stuju...kalo tadarus tu bukan main laju lg tp bacaan tajwid semua hncuss..susah gak kalo cmni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...