Friday, August 14, 2009

Perubahan terpaksa?


Assalamualaikum. Salam sejahtera keatas sekalian bloggers. Tegar ya korang? ;)

Jarang. Kadang-kadang. Itulah aku sekarang. Perhatian terhadap blog usang ni pudar sekarang. Hilang. Banyak komitmen mungkin diri ini. Harap untuk tika dan saat yang tidak seberapa.

Namun, aku punyai blog ini bukan mencari glamour. Bukan berlumba mengumpul followers. Bukan berniaga. Luahan repekan semata-mata. Itupun masih ada yang tidak puas hati. Sinis di blog itu dan ini. Kadang di ruang comment dan chatbox comel yang ada. Comelkah?

Adapun segala yang ku tulis adalah hasil dari apa yang aku baca. Hasil dari apa yang ku lalui. Pengalaman. Indah dan suram? Itu terpulang pada waktu dan keadaan.

Kali ini, aku hanya meluahkan perasaan. Membawa makna segala yang akan tertaip dan terbaca serta tertulis seterusnya ini adalah hasil dari apa yang aku rasa. Dari apa yang aku lalui. Pengalaman. Tegaskan lagi.

Perubahan terpaksa. Perlu. Tapi sekiranya hijrah itu dari buruk kepada baikmu. Bukan kerana ketaksubanmu.

Jawatan? Oh tahniah kerana kamu dan kamu memegang jawatan yang memang diperkata-katakan. Tapi, perlu ke? Perlu ke kamu mengubah diri dengan drastik. Adapun perangai dan caramu yang dulu lebih disenangi ramai. Kalau perubahanmu kerana jawatan dan pandangan orang yang bangga akan dirimu, maaflah. Elok kiranya kamu dan kamu membetulkan niat.

Ingatlah. Orang suka dan senang kiranya kamu menjadi diri sendiri. Janganlah terpengaruh kerana jawatan tinggi dan perangai yang dengki. Terikut-ikut betul. Cara sendiri kan ada. Perlu ke inginkan sesuatu itu terlalu sempurna hingga semua salah dan silap orang bawahanmu langsung tiada tolak ansur dari kamu dan kamu yang menjadi ketua. Ya. Ketua. Oh mati la.

Gerak kerja mu bijak. Sempurna. Kurang dipertikaikan. Maklumlah. Semenjak dua menjak ni muka mu semakin ketat. Sedarlah. Segala itu bukan kerana kebijaksanaanmu seorang. Masih ada kuli-kuli yang menggerakkannya bersama kamu dan kamu. Kalau kamu buat muka ketat dan aku pun bermuka ketat. Mana yang longgar?

Sakit oh. Menjaga hati orang yang lebih atas dari kamu? Jagalah juga hati orang yang dibawah-bawah kamu. Ingat juga, sekarang kamu kepala. Kelak menjadi telinga mungkin? Ataupun sekadar tapak kaki? Mungkin juga ;)

Namun untuk pengetahuan kamu dan kamu. Aku. Dan mungkin kami. Inginkin kamu menjadi kamu yang dulu. Bukan kamu yang kini.

Sekali lagi. Gerak kerjamu bagus. Arahanmu clear. Tapi caramu tak kena gaya. Terima kasih kira kamu membaca dan faham segala ini ditujukan kepada kamu. Terima kasih.

Satu Malaysia. Satu Universiti. Satu kelab. Satu keluarga. ;)

11 comments:

SuFy said...

hehe...hidup dgn jawatan mesti beri komitmen sepenuhnya..apapun, gud luck!

beDAhkAriM said...

btol3..aku sgt setuju dgn ape yg ko ckp..jd diri sendiri..
mmg sakit bile asyik nak kene jage hati org sampai hati sendiri terabai..=[

maya.sumaiyah said...

pedih dan terkesan..

miss izan said...

die pakai seluar ketat kot...
semoga dapat carik seluar yg sesuai, kembali normal and di terima umum ;)

lokman@keme said...

oh
hmm
diberi tanggungjwb,belajar memikul tugas,dan perubahan perlu kalau x mampu bawak tugas ikut 'format' kita yg asal.

terpulang bagaimana 'format' tu.
terpulang bagaimana 'perubahan' itu.
semua ni demi keberjayaan matlamat pastinya ,bukan untuk kerosakan2 yg lain(harap2nya)

ini semua satu proses

sebab the world don't just revolve around us :)

Monkey D Luffy said...

jangan gila kuasa sudah

The Hobbit Frodo said...

orang tamak selalu untung & kadang2 jadi orang yang muka tembok (tembok kew? xoxoxoxo) baixx untuk mental. huhuhuhuhu. Perubahan perlu tp kene jgn pgg prinsip matlamat menghalalkan cara. bahyer ~ ((uikk aper aku merepex ni)) abaikan jerr .. muhkakakka

((naper aku rasa sayu jew baca entry ni? huhuhuhuhuhu))

lumut said...

tulis lah dari hati,
bukan untuk mencari duit atau mengumpul blogger..

hehe..

harap kamu dan kamu dan kamu itu mengerti.
pangkat bukan segala galanya,
jangan kerana pangkat orang bwahan dipijak pijak,
hidup ini sebenarnya sama taraf je.
eh aku dah merepek neh.hehe

nice writing..
teruskan menulis
=)

unwanted said...

>>*OFF TOPIC.<<
Salam kunjungan.
Terima kasih kerana menjadi salah seorang follower blog http://unwanted86.blogspot.com..:)

ijad said...

ramainya follower blog ni....selamat maju jaya...

job said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...