Sunday, October 31, 2010

Domo dan kawan-kawannya.


Haritu pergi tengok wayang dengan kawan-kawan aku kat MidValley, aku tengok sebijik (sebijik?) patung yang pelik, jelek (ugly), warna coklat, busuk (ada bau ke?), dan lain-lain. Tapi, patung ni comel. Comel yang seriously comel. Haha.


Ini dia. Domo.

Sebenarnya sebelum ni memang aku dah pernah tengok kat internet, kat blog dan sebagainya pasal patung ni cuma aku tak tahu nama dia apa. Lepas pergi Mid Valley haritu, aku tengok Domo ni comel semacam. Balik dari Mid Valley aku pun godek-godek google. Tahulah serba sedikit pasal Domo. Ok mari kita cerita pasal Domo...

Tipu. Ini bukan Domo.

Domo sebenarnya maskot rasmi stesen televisyen NHK Jepun. Berdasarkan cerita kat TV (ada cerita Domo tau, dulu ada tayang kat NTV7) ni makhluk aneh yang menetas dari telur. Domo ni memang begitu keadaan dia, mulut besar ternganga & menampakkan gigi dia. Kesian dia, cacat barangkali tak boleh tutup mulut.



Nampak tak? Mana ada dia tutup mulut kan?

Domo suka makan Daging Masakan Jepun & kentang rebus. Makanan paling dia tak suka adalah Buah Epal. Sebab apa tak suka? Berkaitan dengan DNA dia dan tak dapat dijelaskan. Ini berdasarkan watak Domo dalam cerita kat TV tau. Dia ni mana boleh makan pun, korang boleh pijak-pijak ada la.

Domo ni muka ganas kan? Tapi dia ni boleh berkomunikasi dengan menghasilkan suara bernada rendah je. Jadi jangan ingat muka ganas cakap pun ganas. Domo ni cakap nada rendah je. Sopan menatang ni. Kan?

Domo tinggal kat dalam gua bawah tanah dengan Mr Usaji. Mr Usaji ni seekor arnab tua. Mr Usaji ni dah duduk dalam gua tu berdekad lamanya. Cheah! HAHA. Mr Usaji suka tengok TV & suka minum teh hijau. Teh merah & biru dia tak layan. Macam biasalah dah namanya arnab, Mr Usaji ni suka makan lobak. Kalau ada arnab yang suka makan burger, korang lempang je arnab tu sampai pengsan pastu bagi aku buat burger arnab.


Dalam gua tu jugak, ada dua ekor batman kelawar tinggal. HAHA. Bab ni aku tergelak kaw-kaw punya. Nama kelawar tu MAYA! HAHA. Maya, kau jangan marah aku k? Memang nama dia Maya. HAHAHA. Sekor lagi tu anak dia. Nama anak dia Mario. Eh bukan Super Mario yang kutip duit, hentak kepala kat tanah & terajang kura-kura tu ok. Maya suka alkohol. HAHAHAHHAA Maya.. Maya.. Mario pulak suka Spaghetti Tomato ala Jepun (Cheah kelawar je pun, nak spaghetti pulak). Tapi Mario lagi suka makan Shiitake Mushrooms (Cendawan ambil tahi. HAHA. Translate dari sebutan).


Watak seterusnya, seekor musang atau cerpelai. Musang betina nama Tashanna. Umur dia 17 tahun. Tashanna ni berangan nak jadi model atau fashion stylist kat Tokyo. KAHKAH! Dia mencari balak yang mempunyai sifat penyayang atau bersifat persaudaraan (persau-teruna-an dia taknak). Tashanna suka makan apricot & mint tarts.


Lepas tu, Hee & Haw. Mereka ni dewi bunga. Domo je boleh nampak diorang.




Antara watak lain, The Fox Trio (Esther, Broter Fox & Fox Boy) mereka adalah rubah. Hungry Bear yang besar dan kuat pastu kuat makan. Bear Boy atau A Little Bear yang pemalu & suka main baseball. Last but not least, The Ghost. Muncul & hilang ikut suka hati. HAHA

Nota Domo kun: Pergi beli sekor Domo untuk aku. Sekarang Domo ni ada dalam bentuk beg, bekas pensil, tabung, seluar dalam, peti sejuk, mesin basuh, helikopter ok melampau pulak aku menipu! HAHA.


18 comments:

© bLurr said...

DOMO serius comel! hahah. bagi awek, confirm cair. lol

ade kedai jual domo eh? ape name kedai tu eh?

nanad said...

hai DOMO dan kawankawan :D

Privacy_Resident said...

@© bLurr
HAHA kalau bagi aku pun aku cair. Boleh? HAHAHA

Privacy_Resident said...

@© bLurr
Oh ya lupa lak, kat dalam Mid tu kat kedai kecik2 tu banyak Domo kat situ :)

Privacy_Resident said...

@nanad
Hai nanad dan kawan kawan HAHA

© bLurr said...

aku ngah youtube show domo. siyes fun! hahaha

Privacy_Resident said...

@© bLurr
HAHA internet aku lembab. Aku ada bukak gak. Nanti internet ok aku nak tengok semua. HAHA

SnowladieS said...

ngahaha essay anda metafora! hyperbola! :p
comel ke minatang ta tutop mulut ni?

baru ku tahu minatang ni ..
da lame ta tgk cte katon!

maya.sumaiyah said...

haha.. jahat eh ko gelak. nak satu domo! :P

[ sHarpEx ] said...

jom topek. kita carik domo kat times square pulak!

atEe said...

aku ada patung domo 1. tp sekarang aku campak2. sebab yg bg domo tu buat shit ngan aku.
ko nak ex domo aku?
:D

Privacy_Resident said...

@SnowladieS
Oih mana ada esei! HAHA.

Comel kan? Belikan aku satu! :P

Privacy_Resident said...

@maya.sumaiyah
Wei aku dengar ade domotopex? Cis!

Privacy_Resident said...

@[ sHarpEx ]
Jom pek ko belanja aku! Nak?

Privacy_Resident said...

@atEe
Atee, takot ah nanti orang yang wat shit ngan ko tu dah jampi ke domo tu?

p/s: kalo tak jampi bak mai sini aku nak! HAHAH

Eyka said...

eyka suke domo 2!! suke! suke! like entri n sgt2~ comel!^^

nadey said...

comey gile!!!!!!!!!! rase nk pijak2 je

i'm shin... i'm inesen said...

Nak komen? Klik nombor sebelum perkataan 'comments' bahagian atas kiri tajuk entri! Thanks! ;) <--- patut la sblm ni nanges nanges shin x reti camne nak komen blog hebat ni huhu

*nak natang tu 3 bley?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...