Sunday, October 31, 2010

Tempat Latihan Industri.


Setelah berhempas pulas bertepuk bertampar berpenerajang semua, akhirnya aku dah dapat tempat untuk Latihan Industri. Banyak kot syarikat aku mohon untuk Latihan Industri ni. Ada yang respon tak terima orang LI, ada yang tak terima aku, ada yang terima tapi aku pulak tak terima. HAHA. 


22 November ni Insyaallah aku akan menjalani (men-berlari ada tak?) Latihan Industri di Etiqa Takaful Reko Sentral Bangi, Selangor.






Lepas tengok Kelantan Lawan Negeri Sembilan malam tadi, aku pergi tengok pejabat tu. Sangatlah jauh! Dari UKM ambil masa kira-kira 6.5 minit! Jauh tak jauh? Haish! HAHA.



Ok gurau. Sangat dekat sebenarnya, boleh pergi jalan kaki je pun. Tapi kalau jalan kaki nanti ambil masa 1 jam pulak? So tak jadilah nak jalan kaki, naik moto jugak. Adeh.



Tak sabar nak merasa kehidupan kerja ni. Cuak pun ada. Ohoi! Aku kena buat apa eh nanti? Pakai baju apa eh nanti? Kena pakai kemas-kemas kemeja seluar slack bagai ke? Adoi sangat malas. Habislah hensem aku nanti!



Doakan segala perkara untuk Latihan Industri aku ni berjalan (berlari pun boleh) dengan lancar dan stylo. Nanti kalau diorang bagi elaun mahal aku belanja korang tengok wayang tapi sebelum tu korang bank in la duit dulu. Nanti senang aku nak beli tiket wayang untuk korang. Ya, aku belanja. Tapi guna duit korang ok? Sayang kot kat korang ni! Aha.



Nota Latihan Industri: Doakan jugak Etiqa tak suruh aku bukak booth tarik orang masuk takaful! Mana boleh! Kan kan?

12 comments:

Homemade Pizza JB said...

haha.. all the best ye. kalo bukak booth jgn tarik aku yaw. haha

Shahada Fauzi said...

haha..baru nak cakap..kalau dorang suruh ko bukak booth macam mana??keh3..

anyway...good luck for ur praktikal..amik pengalaman untuk tempuh pekerjaan yg sebenar pulak nnt..

keme said...

MAYA JANGAN SEDIH2..BOLEH SAMPAI TEMPAT NI SOKMO2~

keme said...

MAYA JANGAN SEDIH2..BOLEH SAMPAI TEMPAT NI SOKMO2~

ILA HonEyBuNNy said...

good luck..jgn lupa lanja makan..ehhe

Adam Raqie said...

leh jual takaful la pasni.. wat LI sambil carik dwet.. ekeke...

Taufik Jusoh said...

@maya.sumaiyah
HAHA ko dah ada takaful belom? Kalo belom sila langgan! HAHA

Taufik Jusoh said...

@♥CIK SHA♥
Haish taknak taknak bukak booth! HAHAHA

Taufik Jusoh said...

@lokman.keme
Kenapa Keme? Kenapa?

Taufik Jusoh said...

@HonEyBuNNy
Ok takde hal jangan lupa bank in duit. HAHA

Taufik Jusoh said...

@Asrol
Haish ntah la aku kena bahagian mana nanti -_-"

Unknown said...

Salam. Boleh tak sy nak tahu elaun praktikal di takaful berapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...