Thursday, April 8, 2010

Buruh punya ekonomi. Aku punya exam.


Ekonomi buruh. Macam-macam hal la kena belajar pasal pasaran buruh. Pasal kenapa upah perempuan murah la. Kenapa upah lelaki mahal la. Kenapa itu ini begitu begini. Matilah aku.

Esok (means today la) exam lah aku Ekonomi Buruh ini. Jam 9 pagi. Sepatutnya paper ni 22 haribulan tapi dah jadik 8 haribulan. Aiseymen aiseymen.

Sekarang study sampai berbuih mulut dan berdarah hidung. Kenapa hidung berdarah aku tak paham pulak. Dalam nota takde pulak gambar-gambar seksi meksi mekdi (lapar la nak makan mekdi.. T_T) sampai boleh buat aku ghairah ke apa. Wops Wops.

Takpelah. Exam tetap kena pergi esok walau aku merepek meraban kat sini sekali pun.

Akhir kata dari hati dan pusat ini..

"Bak datang exam, bajet aku cuakkkkkkkkkkk?!"

Ok tipu! Aku cuak! *Nangis. Lari pergi baca nota lagi.. Hmmm~

Nota buruh : Lapar ni. Nak makan. Dalam bilik ada maggi je. Tak lalu. Kedai pulak ramai manusia yang tengah tengok permainan apa ntah. Yang tendang-tendang benda bulat tu. Berebut-rebut nak tendang benda bulat tu. Beli la satu sorang. Senang. tak payah nak rebut-rebut dah! Huh~

2 comments:

Ery Farieha said...

ayat last ko tu mcm ko x minat bola sepak
hahaha yeke?

izan salleh said...

good luck topex!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...