Thursday, April 1, 2010

Si sihat dan chewing gum nya.


Assalamualaikum. Masih hidup semua? Bagus.

Malam ni nak story kisah dulu kala. Zaman aku duduk di bangku sekolah. Kadang-kadang tak duduk pun sebab kena berdiri atas bangku kat sekolah. Kena denda. Erk!

Ni namanya 'Denda berdiri melintang'.
Masa tu dalam tingkatan 2, 3 or 4 kot. Ntah-ntah tingkatan 5. Ok fine aku dah lupa tingkatan berapa, yang penting tingkatan la.

Kat sekolah tu, aku ada seorang kawan perempuan yang sihat-sihat sahaja hendaknya. Sihat yang 'sihat' maksud aku. Ok aku tak cakap kau gemuk ye. Huh? Dah tercakap gemuk? Ok Sorry sorry! ;P

Walaupun I gemuk, I tetap Minah Rempit tau!

Anggaplah nama dia ni Enot. Sebab selalu orang sihat-sihat ni sesuai je dengan nama Enot kan? Aku tak nak la letak nama sebenar dia kat sini. Kang mahu aku kena pijak bertubi-tubi dengan tuan punya badan.

Kejap ye, Cik Gajah tengah pilih  nak pijak siapa dulu.

Nak dijadikan cerita, aku dengan Enot ni sama kelas. Dalam kelas ni pulak, aku & beberapa orang kawan aku ni selalu borak-borak & buat-buat bising time cikgu takde. Bergosip pun ada la kot sikit-sikit. Memang dah tak boleh lari lah dari bergosip. Suka sangat duk meraih dosa ni! Hish~

Nak dijadikan cerita lagi, ada satu hari tu, sedang kami sibuk bergosip bergelak ketawa bertepuk bertampar berterajang & ber-flying kick, Si Enot ni datang duk curi-curi dengar kami bergosip. Lepas dia dengar dia duk gelak-gelak. Kejap-kejap dia gelak. Lepas gelak dia gelak lagi. lepas gelak lagi, dia ketawa pulak. Haish! Gelak dia taknak besar-besar pulak kan? Nak retak bangunan sekolah bila dia gelak macam tu. Macam kuda! Risau aku.

Enot gelak macam kuda ni ke kuda ni gelak macam Enot? Pening jap.. -_-"
Sampai la time klimaks. Huh Si Enot klimaks ke?

Apa benda ntah masa tu kawan aku duk gosip tetiba Si Enot ni ketawa terbahak-bahak. Lebih bahak dari biasa. Semua budak dalam kelas duk pandang kat dia. Dia buat dekkkkk je. Berpeluh-peluh dahi dia gelak. Sampai budak yang lalu-lalang kat luar kelas pun boleh berhenti seminit sebab nak tengok kenapa dia gelak sangat.  Semua duk berebut intai ikut celah-celah tingkap. Celah-celah pintu. Habis semua celah diorang intai Enot!


Haa kau tengok ni! Kucing pun berebut nak tengok Enot ikut celah pintu!

Masa orang duk tengok-tengok dia gelak ni. Kami dah diam dah. Takut cikgu datang. Dia makin menjadi-jadi gelak. Nak je aku letak kasut saiz 7 dalam mulut dia masa tu sebab nak dia senyap. Budak-budak lain makin pelik kenapa Enot tak berhenti gelak...

TETIBA.. Masa dia gelak tu, chewing gum dalam mulut dia terbang keluar! Ye! Terbang keluar. Laju pulak tu! Dengan rasa comelnya, chewing gum yang terbang tu mendarat TEPAT atas tangan aku! Ye! Tepat atas tangan aku. TEPAT!


Nah, chewing gum Enot terbang macam burung!

Aku terdiam. Kawan-kawan yang duk gosip-gosip tadi pun terdiam. Budak-budak yang tengok Enot tadi pun diam. Sunyi jap.

6.7 saat lepas tu, keadaan sunyi tadi jadi riuh rendah. Bising gila setan! Semua orang gelak macam Enot gelak tadi! Gelak sebab chewing gum Enot mendarat atas tangan aku! Tersembur-sembur dengan air liur dia sekali! Siot kau Enot!


Semua orang gelak! Ya! SEMUA! Tengok tu gelak sampai tutup2 mulut! Cis~

Orang lain duk gelak-gelak. Enot pulak diam. Terus dia SAMBAR balik chewing gum dia! Dengan kelajuan 121.14 km/j dia pecut keluar kelas! Masuk tandas! "HAHAHAHHAHAHA!!" kami dengar dia mengilai dalam tandas! Setan sungguh Enot! Kau boleh gelak lagi?


Hah lari Enot! Lariiiiiiiiiiiiii!!

Hari tu satu hari aku kena gelak kes chewing gum Enot singgah atas tangan aku! Sampai sekarang aku ingat kau Enot! Hish!


Nota Enot sihat : Sekarang kau kat mana Enot? Dengar cerita kau jadi body builder?.. ;P

5 comments:

maya said...

ahaha..sengal r..
seb bek x terbang msk dlm mulut ko kan..:P

luvly mya said...

haha..lawak je..haish!muahaha

Aus MeLankoLik said...

Hahahak , kalau besar2 cmtu boleh lari ke ? hahahak .

hebat woo !!

i'm shin... i'm inesen said...

samak x??

opahcute('',) said...

hai taufik...pendrive ku bile ko nk bg....
kali kedue ku dgr citernie...
tp dlu ko x le citer detail sgt....ko juz citer psai terlekat chewing gum jeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...