Saturday, October 9, 2010

Kekasih.


Assalamualaikum kekasih kekasih sekalian? (Ramainye kekasih).. Moga sihat di samping kasih kekasih.

Bercakap pasal kekasih. Bagaimana ya kehidupan kau orang sebagai pasangan kekasih? Suka duka gembira sedih?

Berkasih bukan senang yang aku dengar. Lebih banyak pengorbanan, lebih bererti kasih kekasih berkenaan tapi bila tengok yang banyak berkorban tapi untuk berkasih bagi masa yang singkat tu camne? Huhu..

Tak pakar dalam bab berkasih. Cuma bercakap dari pengalaman. Pengalaman yang didengar, bukan dilalui.. Ada kawan berkasih untuk pendorong. Bunyi menarik. Pendorong kebaikan? Pendorong kejahatan? Itu selidik lagi dalam.

Ada jugak yang berkasih untuk hilang rasa bosan. Ada jugak macam ni.

Yang nak berkasih tapi kasih tak diterima pulak macam mana? Bukak fikiran lapang dada. Kalau asalnya kawan, tapi bila cinta ditolak, janganlah terus jadi lawan. Kalau dah kasih, teruskan kasih. Mungkin kasih sebagai sahabat lebih senang dari kasih sebagai kekasih.. Sebab tu cakap, buka fikiran lapangkan dada. Jangan kerana tak diterima, terus tarik muka. Jumpa pun masam mencuka. Belakang, buka cerita. Jangan sampai terbuka pekung di dada. 0ranglah kata. Aku tak kata. Haha.

Yang dah berkasih, bukan semua kekal. Pada yang dah janji sayang itu ini begitu begini. Peganglah pada janji. Kalau kata sayang sampai mati, terus sayang sampai mati.. Ingat tu pada yang janji. Kehkeh.

Haish makin taip makin menjadi. Melalut merepek memang mainan jari jari ni. Huhu. Cukuplah. Assalamualaikum.

Nota kekasih : Jangan buat muka. Aku pilih ini. Kau baik. Aku jahat. Kita kawan kan? HAHA!

3 comments:

Eyda Sheyda said...

lama suda tidak berkasih.. lupa da rasa nya.. ahhahhaha

Eyda Sheyda said...
This comment has been removed by the author.
hanie bonie said...

berkasih mcm memasak.

kne campur garam kasi masin.. gula skit.. manis... perah limau skit kasi masam...kasi letak cili boh..pedas2 ckit...

so... jgn la takut utk berkasih. kalau terpedas...telan je...minum air..xpedas la nanti..=)

kalau mknan tu pedaaaaaassss je.. xmanis..xmasin..xmasam.. xsedap lakan???

tp kalau mknan tu pedas... nanti di ari2 mendatang.. kita xkan msk mknan pedas semata2 da.. kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...