Tuesday, November 16, 2010

Surat buat diri.


Menemui diri sendiri yang sedang menaip entri untuk blog merepeksematamata. Kelihatan kau sihat dan bertambah sihat. Belum mandi dan belum makan ya? Lepas ni pergilah mandi dan makan.


Diri sendiri, esok 17 November 2010. Itu tarikh hari jadi kau kan? Itu juga tarikh Hari Raya Haji bagi tahun ini. Tahniah. Dah besar panjang pun kau. Dah boleh kahwin barangkali. Cukup bertuah kau sebab hari jadi kau jatuh pada hari raya haji untuk tahun ni. Kalau tak ada orang nak sambut hari jadi kau pun, kau anggaplah sambutan hari raya haji ni sebagai sambutan hari jadi kau sendiri. Kesian.



Diri sendiri, orang lain boleh dikatakan semuaaaaaaaaaaa dah balik ke kampung. Beraya sakan bersama keluarga. Kau pulak tak balik. Masih tercegat di UKM. Tapi tak apalah, bukan kau sorang pun yang tak balik. Masih ada saki baki manusia yang tak balik pun. Berayalah dengan mereka ok?



Diri sendiri, 19 haribulan ni kau ada bengkel tesis kan? Waktu tu nanti kau kena analisis data untuk tesis kau. So, lepas mandi & makan, kau jangan lupa key-in data siap-siap ok? Lagi satu, tesis bab 1, 2 & 3 tu kau siapkan se-complete mungkin tau sebab Prof nak tengok semuanya nanti. Kiranya tak ada masa dah untuk kau bersuka ria. Cheah! Kononnya lah. Aku tahu kau mesti curi masa untuk bersuka ria jugak. Memang kau degil macam hantu.



Haaa, lupa pulak. Tahniah sebab permohonan untuk tangguhkan tarikh lapor diri untuk Latihan Industri kau nanti dah berjaya. Tapi ingat, 23 haribulan nanti kau masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Lagi satu, harap program UPSM berjalan lancar sahaja hendaknya. Doa banyak-banyak kat Tuhan ya!



Sekarang, nak taknak kau kena selesaikan apa yang patut. Sebab, nanti adalah jugak bezanya kau yang tak balik beraya dengan mereka yang balik beraya. Haa, manfaatkan masa kau ok? Kalau kerja kau tak siap & kau tak balik raya kau tak rasa loser ke? So, fikir sendirilah ye?



Tak apa, aku faham kau sedih sebab tak dapat balik beraya. Kau kan tak pernah tak beraya dengan keluarga? Kiranya ini salah satu perkara yang mengajar kau berkorban demi masa depan kau. Manfaatkan masa ni sebaiknya InsyaAllah semua berjalan lancar.



Tujuan aku mengutuskan surat ini hanyalah sekadar untuk mengingatkan kau wahai diri sendiri. Ingat, dalam hidup ni ada banyak perkara yang memerlukan kita melakukan pengorbanan. Tapi ingat, bila dah berkorban salah satu perkara, kau pulun untuk satu lagi perkara. InsyaAllah itu yang terbaik untuk kau. Berdoalah sebaiknya.



Akhir kata dari aku, semoga kau sentiasa ingat apa yang aku pesan ni. Jangan lupa. Berdoa, manfaatkan masa, berdoa dan berdoa. Terimalah ucapan Selamat Hari Raya Haji dari aku untuk kau. Assalamualaikum.

12 comments:

Paan Ovrtd said...

Wow! Bagus gila! Macam phrase "one should reflect himself"

lokman.keme said...

aku faham pex..aku pun selalu tulis2 utk diri sendiri.

bedah said...

jangan cakap erti perjuangan kalau tak tahu erti pengorbanan.
jangan cakap erti pengorbanan kalau tak tahu erti keikhlasan.
*ade kaitan tak??
hehe. ;)

nn said...

huhu. happy becoming birthday and selamat hari raya!!

twinkle twinkle said...

slm aidiladha :)

aswadz said...

aku pun still keje ari ni. tak half day, tp full day. kul 5 nnt baru nak gerak balik kampung...

© bLurr said...

happy bday dan selamat beraya! *atleast ko ada member beraya.. aku? :|*

HonEyBuNNy said...

salam aidil adha~~~

eyk@_zuL said...

hepy beday n slamat hari rayaa!!!:)

Cik Shazie said...

hepi hari jadi topex!!!! (^,^)v

kesian bile ak bce surat ko ni,tp sambil2 tu ak stil gelak gak..ngeh3..jahat2..

Amoi said...

hye !

Rara Nasiha said...

selamat hari jadi, selamat hari raya aidiladha. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...