Tuesday, November 9, 2010

Tolong tambah TOLONG.


Hidup sebagai manusia tak lari dari meminta dan memberi pertolongan sesama manusia. Sedangkan haiwan pun ada sifat tolong-menolong antara satu sama lain, inikan pula manusia. Sesungguhnya kalau diteliti, kehidupan kita bersama kawan-kawan bagaikan saling melengkapi antara satu sama lain. Mungkin kau lebih dari segi ini, aku pulak lebih dari segi ini. InsyaAllah.


Dalam menjalani dan men-berlari kehidupan seharian. Jangan lupa, kita tidak selalu senang dan tidak juga selalu payah. Bila tiba waktu tidak senang bagi kita, tibalah masa untuk kita memohon pertolongan. Sudah semestinya pertama dari Tuhan (Mohonlah pertolongan dariNya baik waktu senang, mahupun tidak). Kemudian mungkin daripada kenalan.

Tolong ingatkan aku - Ana Raffali.



Apabila memohon pertolongan, caranya kena betul. Dah nama pun memohon pertolongan, haruslah ada paling tidak pun unsur baik-baik walaupun sekadar lakonan. Siapa agaknya akan memberi pertolongan sekiranya kita meminta dengan cara yang tidak sepatutnya? Haram tak ada langsung yang ingin menolong nanti.




Contoh pertama di sini, Ali sedang fokus mengulangkaji pelajaran Ekonomi Antarabangsa (Oih ni paper aku esok!). Bila dahaga, dia malas keluar beli air maklumlah tengah fokus. Jadi, dia minta Abu belikan air. Dia boleh cakap :



"Abu, belikan aku air. Aku dahaga.." ataupun "Abu, TOLONG belikan aku air. Aku dahaga..".



Jadi yang mana agaknya lebih sedap didengar Abu? Kalau dikaji, ayat pertama tanpa perkataan TOLONG menjadikan ayat itu seakan arahan kepada Abu bukan? Nampak tak kekuatan perkataan TOLONG?




Tak kisahlah kawan-kawan, adik beradik mahupun bukan kenalan. Gunakan perkataan TOLONG sekiranya memohon pertolongan. Ia memberi impak yang besar sebenarnya. Selamat beramal.



Nota tolong: "TOLONG belanja aku Pizza boleh?" Haaa kan sedap didengar tu? Meh cepat belanja aku! :P

8 comments:

Paan Ovrtd said...

That's the uniqueness of certain words! Aku pernah terpikir nak buat entri, tapi...lupa. Cis demmit!

nadzirah yahya said...

setuju...tp tulah...ad gak org yg ntah spesis ap ntah..w/pon kita menggunakan perkataan TOLONG tu dgn penuh sopan sntun n berbudi bhs ..tp masih ad gak yg slh fhm,,dan aggp ia mcm arahan...kata kita desak mendesak...padahal hny mohon pertolongn,,,,x lebih dr tu...tu yg kdg2 pikir...hidup ni better sendiri2,,minta tlg sikit..kata mengarah..dh disalahtafsir..xkn nak jerit kuat2 TOLONG!!belikan ak air...haiz ntah r..manusia mcm2 perangai..ha3

zey said...

dulu masa kecik2, my aunt would totally ignore me if i asked for help without the word TOLONG.
memang dia xlayan langsung taw.
dat's the magicness of the word HELP kan?
kita patot ajar generasi bwh kita =)

Kei Hiroki said...

tolong jawabkan paper esok leh? haha

ILA HonEyBuNNy said...

tolong tolong tolong.......he2

Nanana said...

like..like..like..=)

Abu Uwais said...

tolong dtg blog jey. hihi...

ezzu said...

tolong senyap boleh...??hehehe
xde lh gurau jer..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...