Wednesday, November 10, 2010

Mana kau dapat duit ni?


Sekarang hujung-hujung semester. Biasanya waktu macam ni aku pokai gila guinea pig (baca : babi) kot. Tapi semester ni macam tak berapa nak pokai gila guinea pig sangat. Semua pun sebab gaji banci. Alhamdulillah tak sia-sia bertekak dengan tuan rumah masa kerja banci dulu. HAHA.


Mak selalu telefon sekarang.Aku dah tak tanya dah macam kes ni. Takut aku! Haish. Sekarang dialog dengan mak jadi macam ni pulak.



Mak : Kau ada duit lagi tak ni?
Aku  : Ada mak.
Mak : Haish mana kau dapat duit ni?
Aku  : Duit gaji haritu la. Tak kan jual badan pulak? Hehe.
Mak : Bertuah punya anak kesitu pulak dia!
Aku  : Kemana mak?
Mak : Haish kau ni laa.. Tak sah kalau tak menyakat.
Aku  : Mana ada, hehe. Kenapa mak tanya orang ada duit tak?
Mak : Takdelah. Kalau kau takde duit, nanti mak masukkan dalam akaun kau. 
Aku  : Oh. Itu kalau takde. Kalau orang ada duit pulak camne?
Mak : Dah kau kata dah ada duit, mak ingat nak pergi beli rantai emas la.
Aku  : Oih, orang takde duit la sebenarnya.



"Tutt.. Tutt.. Tutt.." Talian putus.. Adeh!..-_-"



Nota mana dapat duit: Dialog tambah tambah jugak ni. Bukan 200% betul ok. Heh.

4 comments:

maya.sumaiyah said...

haha. penat mak ko layan loyar buruk ko tu.

Paan Ovrtd said...

Hehe... mak... macam tu la fitrahnya. Tambah2 bila dah dapat cucu. Kemain sayang.

i'm shin... i'm inesen said...

yok kawen.. bestnya ada mak mentua mcm tu...

angahpikah said...

hahahaha.... mummy yg cool.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...