Sunday, December 12, 2010

Pelik sangat ke nama blog aku nih?


Pelik tak peliklah bila dengar merepeksematamata korang ada rasa pelik tak? Nak masuk pun malas bila dah nama pun merepeksematamata ya?


Kali ni aku join segmen Bro Ben Ashaari. Segmen dia bertajuk 'Pelik sangat ke nama blog aku nih?' Klik lah tajuk segmen tu ataupun klik lah gambar kat atas tu untuk korang faham lebih lanjut. Pergi! Pergi! Aku rela! Haish apasal buang tebiat ni?

Nak tahu macam mana aku boleh dapat nama blog aku ni eh Bro Ben Ashaari? Meh sini nak cerita. Masa mula-mula blogging dulu, aku mengaku aku duduk bawah konsep 'Orang lain ada blog, aku pun nak ada blog' sampai aku terus bikin blog dengan nama Merepeksematamata. Lagipun aku ni memang suka merepek & melalut. Haha. Itulah gamaknya sebab macam mana aku boleh dapat nama blog aku ni.

Lepas tu nak tahu maksud di sebalik nama blog aku eh Bro Ben Ashaari? Ok macam ni, lepas aku dah buat blog & duduk bawah konsep 'Orang lain ada blog, aku pun nak ada blog', lama-lama aku rasa sedikit demi sedikit konsep yang pelik tuh dah mula hilang dalam diri aku. Aku rasa, aku berblog bukan untuk merepek saja. Sebalik aku merepek tu, ada isi yang aku nak sampaikan. Tapi aku tetap guna link merepeksematamata sebab aku nak biar orang kita ni tak menilai isi kandungan blog berdasarkan link atau nama blognya. Haa. Don't judge a blog by it's name/link. Ok?

Siapa orang kuat blog aku? Orang kuat dan hensem blog aku adalah aku sendiri. Siapalah yang sudi nak mengarang dalam blog cikai macam ni selain aku ni Bro. HAHA. Sekarang ni aku buat apa saja aku mesti terfikir nak masukkan dalam blog nak buat satu entri berdasarkan apa yang aku tengah buat tu. Haa kuat tak kuat lah kasih sayang aku kat blog aku sekarang ni. Kan?

Angan-angan terhadap blog aku ni? Angan-angan biarlah jadi angan-angan. Yang tinggal biarlah impian je Bro. Impian aku nak jadikan blog aku ni dikenali bukan kerana merepeknya, tapi kerana penulisannya dan mesej yang ingin disampaikan. (Baca dengan nada motivator boleh?)

Kalau nak tukar nama blog aku nak tukar nama apa? Oh kalau nak tukar nama blog, aku nak letak nama MSM yang bermaksud MerepekSemataMata. Eh macam sama je? Tak sama. Pendek sikit MSM tu berbanding MerepekSemataMata. Sebab aku rasa panjang pulak bila orang nak taip merepeksematamata.blogspot.com. Kan? Kalau msm.blogspot.com pendek sikit. Tak gitu encik?

Kalau berkemampuan, aku nak iklankan blog aku ni kat dalam Buletin Utama. Kahkah! Apa? Apa gelak-gelak? Aku tak buat lawak lah! Memang nak suruh iklan kat dalam Buletin Utama pun! Kalau boleh biar ada teks MerepekSemataMata duk lalu lalang atas muka pembaca berita tu masa dia tengah sampaikan berita. Baru stylo! HAHA.

Blog yang wajib aku singgah setiap hari adalah blog aku sendiri. Aku baca balik entri lama-lama aku, pastu aku gelak-gelak, guling-guling jap. Aku bandingkan dengan entri aku sekarang ni rasa lain benar gayanya. Tak percaya pergi tengok entri lama-lama dulu kala. HAHA.

Suruh lengkapkan slogan pulak ya Bro? Ok! Ok!

Saya suka blog saya kerana saya rasa kat sini saya boleh luahkan segala perkara dengan cara pemikiran saya sendiri. Saya bebas berfikir di sini. Sekian.

So Bro Ben, Bro rasa nama blog aku ni pelik ke tidak? HAHA.

# Awal-awal ni aku ucapkan terima kasih kat Bro Ben sebab sudi link kan blog aku kat dalam blog dia (Walaupun belum di-link-kan lagi)..

1 comment:

Cik Miza said...

nak mang-link2 nih memang fail lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...