Sunday, December 12, 2010

Memang tak adil.


Kalau aku cerita semua ni lepas tu korang masih tak setuju dengan aku, korang pun memang tak adil lah. Kalau lepas aku cerita ni korang tak sokong aku, korang memang tak adil juga lah.



Korang perasan tak dalam blog, dalam facebook, dalam apa-apa saja yang ada dalam dunia ni selain dari baju dalam, kalau perempuan cakap perempuan itu ini cantik comel cute apa saja yang horny-horny pelik-pelik, orang tak berapa nak kisah pun. Kan?


Cik Epal cakap orang itu ini cantik, dia suka, jatuh hati, suka tengok apa itu ini, Sherah XOXO cakap Cik Epal cantik siap buat entri nak flirting itu ini sampai ada surat cinta sayang abang pun orang tak kisah. Kan?

Kalau dalam facebook perempuan buat in relationship dengan perempuan lain orang tak kisah pun. Kan? Bila perempuan buat status sayang cinta awak perempuan lain orang tak ambik peduli pun. Kan?

Kalau perempuan keluar jalan pergi pasar beli ikan, pergi pasar malam beli baju dalam (wei apa da asyik baju dalam?) pergi pasaraya beli kuihraya, pergi sana sini pegang tangan sendel kepala atas bahu kawan perempuan lain tak ada yang nak tengok pelik pun. Kan?

Cuba kalau aku tulis dekat dalam blog ni review pasal blogger itu ini hensem aku suka tengok. Haaa nampak? Korang dah pelik dah kan? HAHA.

Cuba kalau aku buat in relationship dengan kawan lelaki aku dekat facebook matilah komen masuk kat situ bertalu-talu semua cakap aku apa? Sendiri tahulah. 

Cuba kalau aku keluar lepak Mid Valley Times Square Sunway apa semua aku pegang tangan dengan kawan lelaki aku. Korang tak sempat nak mengumpat pun aku dah kena terajang dengan kawan aku tu kot? HAHA.

So? Betul tak betul ada tak adil di situ? HAHA.

# Pergh bunyi macam desperate gila nak buat entri pasal lelaki ensem, nak buat in relationship dengan lelaki & nak keluar jalan-jalan sambil pegang tangan kawan lelaki. Cilakalah kau! HAHA.

10 comments:

FarhanaDr said...

Hahahaha.. Kamu ni lawak laa topex.. :p

Db Cooper said...

gua bukan lah orang yang adil. so gua x stuju.. haha

© bLurr said...

jap lagi aku request relationship ngan ko. nak? HAHAHA

nn said...

ha hahahaha. lumrah perempuan suka tengok benda yang cantik. thats why suka puji2 perempuan lain. :P

twinkle twinkle said...

ahha betul juga,,ape yg ditulis dlm entry ni

~ i K i N ~ said...

hahahah aku sokong ko.
kuikui!
aku pun penah in a relationship ngan p'puan kt fb, x kontroversi lgsg! xde sape kesah..

klu ko buat?
ahaaa...

♥CIK SHA♥ said...

wahahaa..nak buat mcm mana..dunia..jangan sentap2 topex..

Puteri Iqa Izyan said...

hahahaha.aku setuju!
baru je sari due lepas aku pikir hal nih. haha..

tapi lelaki mmg xleh wat.konpem org ckp gay.haha

FH said...

kalau pompan nmpk cm sweet.. manje2 gitu..haha
kalau laki bwt GELI. mcm pelik jee.. XD

nadey said...

bangla pegang tgn mase melintas aku pelik gile rase mcm nk tendang je muke dorg...so ko xyah la gatal2 buat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...